Pesawat Mendarat Cemas Kerana Emas?
Posted by Admin2u on Friday 14 February 2014 | 0 comments
Pesawat dari Singapura dibenar berlepas ke India selepas pemeriksaan
Sepang: Tiga bungkusan ketulan logam yang dipercayai emas tetapi disangka bahan kimia dijumpai dalam tandas pesawat menyebabkan ia terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Pesawat Airbus A320 syarikat penerbangan tambang murah India, IndiGo, yang dalam perjalanan dari Singapura ke Chennai, India, meminta kebenaran mendarat di KLIA, apabila anak kapal menjumpai ketulan itu yang dibungkus dan mencurigakan.
0 comments for "Pesawat Mendarat Cemas Kerana Emas?"
Leave a reply