Buku ABC yang Tidak Sesuai untuk Kanak-Kanak

Posted by Admin2u on Sunday, 16 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Setiap hari, kita akan dihidangkan satu demi satu berita pelik yang tersebar di media sosial.

Namun apa yang paling menghairankan apabila anak kecil yang baru hendak mengenal huruf juga turut sama terkena tempias dengan perangai pelik orang dewasa di negara ini.

Mana tidaknya, sebuah buku Belajar ABC didapati menggunakan contoh yang tidak masuk akal dijual secara terbuka di kedai-kedai buku ketika ini. Buku ini menggunakan contoh seperti huruf Z bersamaan dengan ‘Zakar’!

Menurut sumber, buku yang berharga RM5.99 ini boleh didapati di pusat-pusat membeli belah. Dan gambar diatas di ambil di salah satu pusat membeli belah berdekatan Stadium Shah Alam, Selangor.

Bagaimana buku seperti ini boleh mendapat kelulusan penerbitan? Di harap pihak berwajib menyiasat perkara ini. Sekiranya ada kelulusan, penerbitan buku-buku seperti ini perlu ditarik semula kerana ditakuti kelak merosakkan fikiran kanak-kanak di usia muda mereka lagi.

Nama Terpanjang Di Dunia huhu...

Posted by Admin2u on Saturday, 15 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Pernahkah anda melihat nama sebegini panjang?

Apapun Alhamdulillah dan tahniah kepada ibu dan bapa anak ini kerana setiap satu namanya itu bermakna baik-baik sekali. Tapi oleh kerana panjang sangat, susah nak muat untuk tulis di muka depan buku lebih-lebih lagi tulisan kanak-kanak. Itu yang terpaksalah guna komputer untuk lebih memudahkan.

Semoga adik Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu dan bapa ya? Amin.

Admin: Pengalaman sendiri serik dengan kepanjangan nama yg ada... Terpaksa tulis nama berjela2 utk menjawab soalan peperiksaan.. sedangkan org lain dah jawab soalan ..kita baru dok menulis nama :( .. 
Pengajarannya: Jangan menyusahkan Anak kemudian hari (Ini bapak Aku lah ni kasi nama.. Ish) ... :P

Lelaki Buat Kerja Tak Senonoh...

Posted by Admin2u on Thursday, 13 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Aksi tak senonoh lelaki yang berjaya dirakam CCTV. Gambar yang menunjukkan "si hensem" ini dia tak tahan godaan dengan perempuan yang berpakaian seksi.


Kepada perempuan-perempuan jangan terlampau seksi kerana aksi yang lebih teruk mungkin boleh terjadi. Bagi yang Islam menutup aurat lebih baik.

Kepada lelaki-lelaki jangan bertindak bodoh seperti ini....silap anda dimaki, mungkin juga dipukul separuh mati!! 

Ustaz Bandung Panas Baran Melutut Kepala Petugas

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...



Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa Barat. Lelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem bunyi pada majlis berkenaan.Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet memberitahu majikannya bertindaknya demikian kerana marah dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu.

“Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik,” katanya.Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam keadaan marah kepada Ustaz hariri menjadi punca mengapa majikannya bertindak menginjak kepada lelaki itu.

Namun menurut Odet, ustaz Hariri telah memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan menganggap isu itu sebagai selesai.Begitupun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali.

Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim sebagai sombong dan memalukan penganut Islam.-Mynewshub

Admin: Ustaz ni tak boleh jadi Contoh yang baik pada org ramai... Sikit tak ada sikap sabar... dan Caranya kasar :( 

Lelaki Ubah Diri Jadi Setan

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

London: Seorang bekas pengawal keselamatan sanggup menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik yang menyakitkan untuk menjadikannya kelihatan seperti “syaitan.”

Dengan imej lidah bercabang, gigi taring tajam dan tanduk di dahi, Diablo Delenfer, 43, yang berasal dari Kent, kini kelihatan seperti Lucifer yang menakutkan.

Delenfer yang menggelar dirinya ‘artis pengubahsuaian tubuh’ kini berusaha untuk memasang implan besi yang dilekatkan dengan skru pada tengkorak kepalanya bagi mendapatkan imej syaitan bertanduk yang lengkap. 

Memandangkan ‘pengubahsuaian tubuh’ tidak dibenarkan undang-undang United Kingdom (UK), keseluruhan pembedahan itu dilakukannya tanpa bius.

RUPA Delenfer pada peringkat permulaan transformasinya pada tahun 2009.


“Semua pembedahan dilakukan dalam keadaan saya sedar sepenuhnya. Saya melihat jarum pembedahan menembusi badan saya dan ia sangat menyeksakan. Tetapi sebagai ‘Manusia Syaitan’ saya tidak boleh takut dengan kesakitan,” kata Delenfer.

Antara pembedahan yang dilakukan Delenfer yang nama sebenarnya Gavin Paslow ialah membelah lidahnya, memasukkan implan untuk membentuk tanduk dan membuat tatu pada mata putihnya untuk menjadikannya merah. 

Walaupun ia amat menyakitkan, Delenfer tidak bercadang untuk berhenti melakukannya.
“Pengubahsuaian tubuh adalah cara hidup saya. Mungkin ia agak pelik tetapi inilah saya. 

“ Saya memilih cara begini kerana perkara lain sudah banyak dilakukan di United Kingdom atau di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, saya tidak membawa fahaman syaitan, ia cuma untuk keseronokan,” kata Delenfer. 

Delenfer membelanjakan lebih £10,000 (RM54,673) untuk hobinya itu dan dia mengakui proses berkenaan memerlukan belanja besar.

Kos yang tinggi itu juga perlu ditanggung pembayar cukai kerana Delenfer pernah didakwa menyelewengkan RM19,419 dengan beberapa penipuan membabitkan tuntutan faedah dan dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam. 

Dalam usaha merealisasikan impian melengkapkan proses itu dengan mempunyai ekor, Delenfer sudah melakukan pembedahan ke atas telinganya untuk kelihatan seperti telinga syaitan sebenar dan melukis tatu di seluruh tangan dan muka.

Dia mengaku hobinya menjejaskan hubungannya dengan masyarakat setempat.

“Ramai gadis yang tidak mahu mendekati saya. “Saya ingin mencari seseorang yang dapat melihat lebih dari imej ini dan menerima saya dengan seadanya. Walaupun sukar, saya tidak akan berhenti mencari,” katanya.

Dia juga mengakui imejnya menjadi perhatian ramai dan mendapat reaksi berbeza.

“Saya bukan syaitan sebenar, ia hanya sekadar imej,” katanya ketika ditemui, semalam.- Daily Mail

Ular Sawa Pemberi Rezeki...

Posted by Admin2u on Wednesday, 12 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

JASIN - Bermula dengan hanya suka-suka akhirnya memberi inspirasi kepada seorang lelaki untuk meraih pendapatan dengan membeli, menangkap dan menjual ular.

Tan Huat Lai, 55, berkata, pada mulanya dia hanya menganggap aktiviti menangkap ular sebagai hobi mengisi masa lapang, namun semakin teruja selepas mendapat wang daripada kerja tersebut, sekali gus dapat menyara persekolahan keempat-empat anaknya.

Menurutnya, walaupun sedar risiko tinggi yang terpaksa dihadapi sehingga pernah digigit ular berpuluh-puluh kali, namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkecimpung dalam aktiviti itu demi menyara keluarga.

Bagaimanapun, katanya, harga ular yang tidak menentu pada masa sekarang menyebabkan dia sukar untuk terus bergantung kepada pekerjaan itu dan bersyukur berpeluang menyertai anggota Rela yang secara tidak langsung dapat membantu lebih ramai orang sekiranya rumah mereka dimasuki ular.

“Harga sekarang tidak seperti sebelum ini dulu dengan melakukan kerja-kerja membeli, menangkap dan menjual ular saya dapat menyara keluarga termasuk untuk belanja persekolahan anak.

“Sekarang harga bagi satu kilogram ular lebih kurang RM7 hingga RM8 sahaja, itu pun bergantung kepada rupa kulit ular, kalau terdapat luka langsung tidak boleh dijual dan keadaan cuaca sekarang yang panas sukar untuk mencari ular,” katanya yang berkecimpung dalam pekerjaan itu sejak 30 tahun lalu.

Bapa kepada empat anak itu berkata, walaupun sibuk dengan aktiviti menangkap ular namun dia tidak sesekali mengabaikan keluarga.

Malah, katanya, reptilia itu umpama pengikat kasih sayang di antara mereka sekeluarga sehinggakan anak-anaknya bukan sahaja tidak takut dengan reptilia itu, malah turut mempunyai kemahiran menangkap ular.

“Sekali gus, aktiviti menangkap ular ini dapat merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga apabila anak-anak juga teruja dan seronok dengan aktiviti mencabar ini,” katanya yang mempunyai lesen dari Perhilitan.

Misteri Pokok Petai Menangis.. WOoooo....

Posted by Admin2u on Tuesday, 11 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

PASIR MAS - Sebatang pokok petai yang didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak menggemparkan lebih 300 penduduk di Kampung Binjai, Bunut Susu di sini.

Pokok setinggi 10 meter itu yang terletak di laluan utama kampung berkenaan turut didakwa mengeluarkan air seolah-olah air mata.

Penduduk Kampung, Abdul Razak Manaf, 57, berkata, kejadian itu mula berlaku pada malam Jumaat lalu dan berlarutan sehingga semalam.

Saya menyedari kejadian pelik ini pada jam 3 pagi dan mulanya menyangka ia adalah tangisan anak kecil jiran sebelah rumah.

“Selepas bertanyakan perkara tersebut kepada jiran, saya diberitahu tiada tangisan yang berlaku pada malam itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun tangisan itu berulang kembali pada malam berikutnya.

Abdul Razak berkata, disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal dia mengambil keputusan untuk mengesan bunyi tangisan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati ia datang dari sebatang pokok petai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

“Kejadian pelik itu turut didengari oleh jiran yang tinggal berhampiran dengan pokok berkenaan dan selepas itu perkara tersebut menjadi bualan penduduk kampung sehingga tempat ini menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, bukan itu sahaja ada beberapa penduduk telah mengambil air yang didakwa air mata pokok petai berkenaan untuk tujuan perubatan.

Katanya, air tersebut digunakan untuk merawat penyakit antaranya strok, kulit dan sebagainya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Ismail Loman, 58, berkata, tangisan tersebut dapat didengari bermula jam 12 tengah malam dan ke atas.

“Kejadian itu cukup menghairankan penduduk dan ia merupakan kejadian aneh pertama di kampung berkenaan sejak menetap di kawasan itu 13 tahun lalu,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan kejadian mendapati terdapat kesan air yang didakwa air dari pokok berkenaan di atas jalan.

Misteri kejadian itu telah menarik puluhan orang ramai untuk hadir bagi menyaksikan sendiri fenomena pelik tersebut secara lebih dekat.

Sementara itu Pengamal Perubatan Islam, Datuk Shamsuri Shafie berkata, kejadian tersebut berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan makhluk halus.

Beliau yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Tobibi berkata, berdasarkan kejadian yang sama pernah berlaku di sini beliau yakin kawasan tersebut pernah menjadi tempat pemujaan dan membuang barang-barang berkaitan makhluk halus.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian tersebut.

“Sepertimana dakwaan yang mengatakan pokok petai itu mengeluarkan air mata, saya berharap orang ramai tidak terpengaruh sehingga terlalu taksub dengan air tersebut.

“Ini kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku di Pulau Pinang, dan beberapa tempat di negeri sebelah utara.

Jika dipertimbangkan faktor tiupan angin, pokok-pokok tinggi seperti pokok petai ini biasanya akan mengeluarkan bunyi seakan-akan suara tangisan jika ditiup oleh angin.

Oleh itu, kemungkinan pokok petai berkenaan yang mengeluarkan bunyian itu ada kaitan dengan faktor alam semula jadi.

Manakala menurut sumber Jabatan Pertanian Pulau Pinang, 'air mata' yang keluar dari pokok dipercayai berlaku kerana serangga riang-riang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat ketika dalam proses mengawan terutama pada musim kemarau.

“Kemungkinan besar air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai ialah air kencing riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah yang banyak kerana ia serangga bermusim,” katanya.

Namun begitu ada segelintir penduduk kampung kawasan kejadian tidak percaya pokok petai menangis disebabkan serangga riang-riang kerana beranggapan ‘air mata’ itu mempunyai khasiat tertentu.

Sumber Sinar Harian

McDonald Menarik Semula Iklan "Sayur"

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.

Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.

"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.

"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.

Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.

Ia berbunyi seperti berikut: “Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun”

Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya. Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.

Kenyataa itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai.

Bila Mana Orang Perak Pergi Kelantan :)

Posted by Admin2u on Friday, 7 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...


Tersebar satu posting bergambar tentang komen seorang wanita yang datang melawat ke Negeri Kelantan yang dikatakan Makanan yang Manis, tempat makan dan Tandas yang kotor. (lebih2 lagi di Wall FB yang berkait dengan Negeri kelantan yang rata2 Rakyat kelantan tidak berpuas hati dengan apa yang diberitahu)

Ya .. Bila berckp tentang makanan yang manis.. Rasanya semua orang tahu orang kelantan suka makanan manis2.. dan kita seharusnya faham ianya tempat orang.. dan kalau pergi mana2 tempat sekali pun sudah pasti akan ada perbezaan dengan tempat kita dibesarkan... Makanan.. Adab.. Perbuatan.. Bhasa percakapan dan sabagainya... 

Kalau Admin sendiri pergi tempat org lain sudah pasti tak suka rasa PEDAS dan MASINNYA atau TAWARNYA (tak rasa apa2 bila mana tak ada manis)... Mulut asyik nak Rasa Manis... Roti Canai celup Kari Ikan + Gula... tak ada Gula org kata tak ngam ... Semuanya terpulang pada cita rasa Masing2

Oleh itu rasanya tak perlu lah nak salahkan cara pemakanan negeri orang (bak kata org.. diam2 sudah lah sbb lain tempat lain rasa)... apatah lagi kalau dah pergi ke negeri kelantan.. Kalau nak rasa pedas? jgn pergi negeri kelantan.. atau pergi je ke Negeri Sembilan yg tersohor dengan masakan Pedas Kaw Kawnya... sudah pasti ianya menjadi selera org sana.. atau selera org yang suka kepedasan...

So berbalik pada Tempat dan Tandas kotor.. adalah tidak dinafikan memang ada tempat makan dan tandas kotor.. persoalanya dimana makannya? dimana tandasnya? dan apakah tempat2 di negeri lain tak ada tempat makan dan tandas kotor?? .. semuanya bergantung kepada diri masing2... kerana setiap org lain pendapat dan pandangan... 

Tapi apa pun.. Apa yang dikarangkan oleh wanita ini tidak boleh menjadi batu ukuran sepenuhnya untuk mengambarkan keadaan di negeri kelantan itu sendiri... tapi bagaimana pun Orang Kelantan dan Kerajaan Negeri tetap dan harus memainkan peranan yang lebih baik utk memastikan pandangan yang diberi dpt diatasi dengan Jaya atau dengan lebih baik... Oleh itu Org Kelantan jgn lah cepat sgt melatah :) ... Hadapi dengan kebijaksana :) ...

Sya mengucapkan RIBUAN Terima Kasih atas komen2 Akak ni beri.. Semoga ini dpt membantu rakyat dan kerajaan kelantan jadi lebih baik.... :) Peace !!! (Jgn Serang Kawe Lak :P) 

Tambahan.. PEDAS SIKIT: Lupa nak komen pasal Air kurang Bersih??? Eerk.. apa makna cik kak dengan air kurang bersih? Org kelantan hidup dgn air hak ada sejak dari zaman dulu lagi.. Sihat Wal 'afiat.. Bijak Pandai.. Blajar Tinggi2.. dan berjaya2 semuanya... Apakah Air yang dikatakan itu adalah kekurangan air? atau air tidak elok spt mana diwawarkan oleh media masa terutamanya TV yang hanya tahu nak menghentam Negeri dan Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan Selama ini??

Sya kurang bersetuju dengan kenyataan Air kurang bersih.. adakah Air kurang bersih itu Air yang dibancuh?? rasanya sama sahaja kat mana2 pun...  dilihat dari cara pendapat yg diberikan.. saya boleh andaikan Air di kedai yang Akak ni makan kurang bersih.. tapi bila dilihat sehingga membawa Bekalan.. apakah Air kerajaan Kelantan sediakan itu kurang bersih? (Pastu cik kak tak mandi? bawa tangki air ke kelantan ke?) 

Penafian: Kenyataan yang diberi diatas tiada kaitan dengan Warga Perak Mahupun Warga Kelantan keseluruhannya. Tajuk yang diberi Khas utk Akak ini sahaja.. :) .. So tiada isu Kenegerian yang harus dimainkan disini :) ... Harap Maklum.... Segala komen2 dibawah tanggungjawab Anda :)

TerTelan Jarum Peniti

Posted by Admin2u on Thursday, 6 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Jertih: Gara-gara ingin membersih sisa makanan di celah gigi menggunakan jarum peniti, seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, dekat sini, menerima padah apabila dia tertelan jarum berkenaan, kelmarin.

Mangsa, Mohd Alif Aiman Mohd Zulkifli, 14, kemudian terpaksa dikejarkan ke Hospital Besut oleh guru sekolah terbabit selepas tiba-tiba tidak dapat bercakap dan tiada suara. 

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku ketika Mohd Alif Aiman bersama seorang lagi rakan sekelas sedang berehat selepas menikmati makan tengah hari. 

Sebelum itu, Mohd Alif dari Kampung Belaoh, Hulu Besut, dekat sini, meminta sebatang jarum peniti daripada rakannya untuk mencungkil sisa makanan yang terlekat di celah gigi.

"Secara tidak sengaja ketika mencungkil di celah gigi, saya bercakap kuat dengan rakan lalu tertelan jarum peniti.

"Ketika itu saya tidak dapat bercakap serta mengeluarkan suara dan rakan yang melihat insiden itu segera memaklumkan guru yang kemudiannya membawa saya ke hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini, semalam. 

Sumber HMetro


Pelik | Mayat Hidup Semula HKL

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Kisah Mayat Hidup Semula Di HKL | 
Ini la yang terjadi kepada seorang lelaki. “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62.


Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.


Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan. Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.


Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala.

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger