Hutang USD18 Juta, Khalid Akan Selesaikan dgn Lebih Murah

Posted by Admin2u on Thursday, 13 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Dalam satu langkah yang mengejutkan, Bank Islam Malaysia yang sebelum ini beria-ia membawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana hutang USD18 juta (RM66.67 juta) kini bersedia untuk menyelesaikan perkara ini dengan amaun lebih rendah.

The Malaysian Insider difahamkan, Mahkamah Persekutuan mengadakan pendengaran sampingan di antara kedua-dua pihak semalam selepas diberitahu tentang rundingan penyelesaian yang sedang berjalan.

Kemungkinan penyelesaian itu mengejutkan ramai pihak termasuk pemimpin tertinggi PKR dan peguam Abdul Khalid. Salah seorang peguam mengatakan beliau mendengar penyelesaian sedang berjalan.

“Saya ada dengar tentang penyelesaian ini dan sedang cuba dapatkan butiran lanjut,” katanya.

Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.

Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor.

Bank Islam Malaysia dimiliki 100% oleh BIMB Holdings Bhd (BHB), di mana pemegang saham majoritinya merupakan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) yang menguasai 54%. Pemegang saham lain adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Amanah Saham Bumiputera.

Mahkamah Rayuan memutuskan pada Mac 2010 Abdul Khalid tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam selepas mengenepikan rumusan penghakiman bank tersebut terhadapnya kerana gagal menyelesaikan kemudahan pinjaman Islam itu.

Pada 21 Ogos, 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan bank untuk untuk mengemukakan penghakiman terus terhadap Abdul Khalid dan memerintahkannya membayar RM66.67 juta.

Tetapi Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad secara sebulat suara membenarkan rayuan Abdul Khalid dengan kos.

Mereka juga mengembalikan semula kes ini ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan isu dalam kes ini memerlukan perbicaraan penuh.

Semasa mengenepikan penghakiman terus itu, Zainun berkata, mahkamah berpendapat di bawah prinsip perbankan Islam, pendapat daripada pakar undang-undang Islam mengenai peraturan Islam tentang kesahan transaksi, adalah diperlukan.

Terdapat dua saman difailkan berhubung kes itu, satu yang difailkan oleh Abdul Khalid terhadap bank dan yang kedua saman balas bank terhadap menteri besar itu.

Dalam samannya terhadap BIMB, Abdul Khalid menuntut ganti rugi dan pengisytiharan, dengan mendakwa terdapat penjualan yang salah saham-saham dalam Guthrie di bawah kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA).

Abdul Khalid, yang ketika itu ketua pegawai eksekutif Guhtrie Berhad, mendakwa wujud kontrak kolateral antara beliau dan BIMB bersampingan dengan perjanjian kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.

Beliau mahu satu perisytiharaan kemudahan BBA itu secara berasingan dan tanpa kontrak kolateral itu adalah batal dan tidak sah dan BIMB melanggar kontrak kolateral dan atau kemudahan BBA.

Dalam saman balas terhadap Abdul Khalid, BIMB mendakwa berlaku pelanggaran perjanjian Al-Bai Bithaman Ajil ekoran kegagalan beliau membayar balik pinjaman. – 13 Februari, 2014

BOSS UK vs Boss Malaysia... Boss Jangan Kerek Naa... :P

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Boss UK Vs Boss Malaysia 

Masa kerja kat Malaysia dulu kan saya jaga property kat Bank. Dan Boss saya sangat kuat kerja. 

Disebabkan dia sangat kuat kerja sayapun anggap perkara datang check Pak Guard pukul 2am sebab nak tengok diorang tidur ke tak atau datang awal pukul 7am adalah sesuatu yang normal. Kadang kadang bila orang call rumah tanya Ain hujung minggu

"Boleh cakap dengan Nazali?. Nak cari dia kat opislah nampaknya. Ofis tu isteri pertama dia. Rumah ni isteri no dua"

Memang macam tu kerja kat Malaysia dulu. Kadang kadang sakit dapat MCpun datang gak kat opis. Kawan saya cakap kes dia lagi teruk. Anak sakit kuat so ambik EMERGENCY leave. Dah memang KECEMASAN. Dia call opis report kat boss.
"Boss saya ambik emergency ya Boss. Anak sakit demam panas"

Tau apa Boss dia kata?
"Kenapa tak apply cuti awal awal? Kerja awak sapa nak buat ni ada urgent report!"

Emergency kottt!! What the Fish nak kena apply in advance! Kengkadang ada Boss yang bossy tu. Pukul 9 malam dok sms dok Whatapps tanya kerja dah siap ke belum? Hari Sabtu malam Ahad! Agak agaklah kot. Takda privacy langsung ke nak rehat.

Semenjak saya kerja kat UK ni Boss UK memang respect ar kalau kita cuti ke MC ke. Dia takkan kacau punya. Siap dia suruh onkan 'OUT OF OFFICE' notification kat email supaya ada auto reply. Anak sakit ke atau nak hantar Adam sekolah dia siap bagi time off lagi.

Kalau masa cuti tu dia nak call benda urgent siap sms dulu mintak maaf hantar sms dan siap kata lagi kalau taknak jawab tak payah jawab. Masa mak Ain sakit nak emergency balik Malaysia. Boss saya kata just leave your office and not to worry about lecture or anything.

FAMILY FIRST!

Bila dah balik dari Malaysia baru saya tahu Boss yang ganti semua kuliah yang saya tinggalkan. Kat Malaysia ada terima satu aja email itupun bukan nak tanya pasal kerja tapi tanya condition Mak dan Ayah Ain macamana keadaannya.

Kenapa eh Boss kita ada yang cenggitu? Kita memang takda hak eh untuk ada ruang privacy dari kena bully under labour law kat Malaysia macam kat UK ni? Ke kita ada macam macam law tapi enforcement tak mantap?

Saya memang sayang ar Boss saya. Sayang office saya. Sayang organisation saya. Diorang memang jaga saya betul betul. Padahal apa yang saya buat tak lebihpun dari masa saya kerja kat Malaysia dulu.

Buat boss yang kerek... Tolong ar Boss. 

We want to have fun BUT we got thing s done! Boss jaga kami..kami dabel jaga boss!

Betul tak geng?

P.S:
Kenalkan ni Boss Mat Salih saya kat Liverpool. Dr Matt Tucker yang gila punya baik dengan family dia. Hensemkan?


Admin: Hensemmm baik lak tu... :) (Tumpang Ambil Artikel ni)

"Complaint" Serina Tak Ambil Kisah Sangat...

Posted by Admin2u on Saturday, 8 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Kuala Lumpur: 
“Benda ini bukan isu besar pun. Setakat seorang dua ‘complaint’ (merungut), tak jadi kudis pun sebab (pelanggan) yang lain ok saja,” tegas pelakon dan usahawan, Serina Datuk Redzuawan menjawab dakwaan beberapa pembaca Harian Metro yang kecewa dengan kualiti operasi perniagaan restorannya, Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai di Kota Damansara dekat sini.

Beberapa pembaca yang berkunjung ke restoran itu baru-baru ini mendakwa terpedaya dan terkilan dengan kualiti makanan, servis dan reka hiasnya yang disifatkan indah khabar daripada rupa.

Serina, 31, yang dihubungi semalam berkata, dakwaan yang ditimbulkan sebahagian kecil pelanggan mengenai operasi restoran terbabit bukan perkara besar yang perlu dijadikan isu.

“Itu pandangan masing-masing. Secara peribadi, saya tak kisah pun. Orang boleh reka dan cerita macam-macam.

“Cuma saya tak mahu sebab benda remeh-temeh begini ditekankan, papa (Che Wan) akan marah pula nanti sebab ia mengganggu reputasi saya dan bisnes.

“Biasalah dalam berniaga, ada saja orang nak jatuhkan kita, jadi biar Tuhan saja balas,” katanya.

Sumber HMetro

Tokey MZ Secret Soap Bermula dgn RM1 utk Berjaya

Posted by Admin2u on Wednesday, 5 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

KETIADAAN modal bukan satu halangan untuk berjaya dalam perniagaan andai agama, ilmu pengetahuan serta semangat tidak mudah berputus asa sentiasa menjadi pegangan hidup.

Itulah yang cuba dibuktikan oleh usahawan muda, Muhammad Zukermi Edi apabila beliau berjaya membina empayar perniagaan atas talian dengan hanya bermodalkan RM1.

Mengakui rakan-rakan terkejut mendengar kisah perubahan hidupnya, Muhammad Zukermi kini sudi berkongsi kisah menarik di sebalik kejayaannya yang bermula dengan RM1 itu.

“Pada umur 21 tahun, saya pernah lalui kehidupan seperti remaja gelandangan di Rembau, Negeri Sembilan. Pengalaman hidup sebatang kara ketika itu betul-betul memeritkan.

“Namun, Allah SWT telah turunkan keajaiban dalam hidup saya. Baki RM1 dalam poket ketika itu telah saya gunakan untuk melayari internet di kafe siber. Itulah saat saya mula berniaga secara ‘dropship’ menerusi akaun Facebook.

“Siapa sangka, masa yang begitu singkat pada ketika itu telah mendatangkan pulangan yang besar. Dari mula berniaga secara ‘dropship’, kini saya berjaya membina syarikat sendiri dengan keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada tahun 2013, Muhammad Zukermi telah melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd. miliknya.

Meskipun bermula tanpa pengalaman yang luas, beliau sendiri tidak pernah menyangka yang produk keluaran syarikatnya berjaya menambat hati ratusan ribu rakyat Malaysia.

Hari ini, pemuda kelahiran Temerloh, Pahang itu sudah boleh berbangga dengan usaha hasil titik peluhnya sendiri dan beliau telah membuktikan kepada semua orang yang sesiapa saja boleh berjaya.

Menjadikan pakar pemasaran internet, Tuan Faisal Abdullah sebagai sumber rujukan utamanya, Muhammad Zukermi melihat 2014 sebagai tahun untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia yang berminat dalam perniagaan atas talian ini.

“Laluan kejayaan kita pastinya sukar, tapi saya percaya dengan izin-Nya, ia boleh dikecapi jika kita berusaha dengan gigih. Jangan jadikan kekangan hidup sebagai alasan untuk tidak berjaya.

“Saya juga percaya masih ramai yang inginkan bimbingan bagi mengubah hidup dengan perniagaan dan mereka inilah yang akan saya buru pada tahun ini," ujarnya.

Terbaharu, syarikatnya bakal melancarkan satu produk yang dirumus khas untuk kebahagiaan suami isteri dan dijangka menjadi satu lagi produk terlaris beliau untuk tahun 2014.

Dengan kejayaan yang telah dikecapi, Muhammad Zukermi kini merancang mencari lebih ramai rakan niaga bagi memeriahkan pelancaran produk terbaharu itu.

“Pada saya, projek terbaharu ini bakal menjadi satu peluang yang terbaik buat mereka yang idamkan taraf serta kualiti hidup yang lebih tinggi.

“Selain itu, saya akan tetap teruskan berkongsi kisah hidup saya menerusi akaun Facebook untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang," katanya.\

Jika ada yang berminat utk membeli Produk MZ Secret Soap sila Rujuk DISINI

Sumber Utusan

RM270j diperuntuk Kepada 600 Usahawan Bumiputera

Posted by Admin2u on Tuesday, 4 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

KUANTAN - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)menyediakan pinjaman sebanyak RM270 juta kepada lebih 600 usahawan bumiputera pada tahun ini.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pinjaman itu bertujuan untuk membantu usahawan skim Prosper Runcit, Prosper Pemborong, Prosper Usahawan Muda dan skim perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjalankan perniagaan atas talian dan membeli bangunan.

Selain itu, katanya, PUNB turut menubuhkan jawatankuasa khas dalam kalangan usahawan di setiap negeri bagi membincangkan masalah dan hala tuju agar usahawan bumiputera terus maju ke hadapan.

"Setakat ini empat negeri iaitu Kedah, Johor, Melaka dan Pahang telah menubuhkannya dan saya sasarkan sehingga penghujung bulan ini semua negeri akan mewujudkan jawatankuasa tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan berjumpaan bersama usahawan bumiputera Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu beliau berkata PUNB akan melantik 50 orang pelatih akauntan bagi membantu syarikat Bumiputera yang berdepan masalah pengurusan kewangan yang menyebabkan syarikat mereka mengalami kerugian.

Mohd Ali berkata sebanyak 30 peratus atau 2,040 daripada 6800 syarikat bumiputera didapati gagal melaksanakan pembayaran balik pinjaman PUNB disebabkan masalah pengurusan kewangan.

"PUNB mengambil keputusan melantik 50 pelatih akauntan ini pada bulan ini dan diharapkan pengambilan ini dapat membantu syarikat yang tidak mampu menyediakan akauntan untuk membuat akaun kira-kira harian dengan betul. 

"Duit keluar, masuk, untung, rugi, pemasaran dan sebagainya perlu diketahui dan dicatat setiap hari, kadang-kadang kita berniaga dengan bagus tetapi akaun tidak teratur dan perkara inilah punca utama syarikat bumiputera tidak berjaya," katanya.

Beliau berkata pelatih akauntan tersebut diberi tempoh masa setahun untuk melaksanakan tugas tersebut dan sekiranya syarikat tersebut telah memiliki sistem kira-kira yang teratur dalam tempoh itu, terpulang kepada syarikat berkenaan untuk terus menggaji pelatih tersebut atau sebaliknya. - Bernama

MAS Lancar Perkhidmatan ke Krabi

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SEPANG - Penerbangan Malaysia (MAS) memulakan perkhidmatan ke pusat peranginan Krabi di selatan Thailand dengan penerbangan sulung menggunakan pesawat Boeing 737-800 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Naib Presiden Kanan Wilayahnya di Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad berkata, Krabi merupakan satu lagi destinasi percutian di Thailand yang paling disukai oleh rakyat Malaysia.

"Ia lebih mesra keluarga dan mudah untuk pelancong mendapat makanan 'halal', kata beliau kepada pemberita selepas upacara pelepasan ringkas penerbangan sulung ke Krabi pada pukul 2.55 petang di KLIA.

Penerbangan MAS empat kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Krabi itu akan berlepas dari KLIA pada setiap Isnin, Selasa, Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan ke Krabi akan beroperasi dengan pesawat Boeing 737-800 berkonfigurasi dua kelas yang terdiri daripada 144 tempat duduk kelas ekonomi dan 16 tempat duduk kelas bisnes.

Muzammil berkata, MAS menyasarkan untuk menambah kekerapan penerbangannya ke destinasi itu, Mac ini.

Beliau turut berkata, MAS akan mengkaji menambah kekerapan penerbangan dari semasa ke semasa bagi destinasi domestik dan antarabangsa seperti Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi, Jakarta, Bangkok dan Phuket.

Sempena pelancaran destinasi baharu itu, MAS Golden Holidays, anak syarikat MAS, menawarkan pakej percutian santai dan kembara selama tiga hari dua malam harga RM950 seorang (twin sharing).

Tempat-tempat yang akan dilawati sepanjang hari antaranya ialah Teluk Phang Nga dan pulau James Bond, berkenu di Ao Thalen dan bersiar-siar di pasar malam termasuk makan malam.

Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang http://holiday.malaysiaairlines.com untuk tempahan atau menelefon 03-7863 4000 atau e-mel kepada goldenholidays@malaysiaairlines.com. - Bernama

Myscan Sasar 40 Peratus Pasaran Malaysia

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SYARIKAT tempatan Heart Base Sdn Bhd (HSBS) menjangkakan produk unik tetikus komputer yang dilengkapi teknologi imbasan edarannya boleh menembusi 30 hingga 40 peratus daripada jumlah pengguna di Malaysia, dalam tempoh dua tahun lagi.

HBSB adalah satu daripada lima syarikat di seluruh dunia terpilih sebagai pengedar tetikus komputer canggih yang turut berfungsi sebagai pengimbas, dikenali sebagai Myscan.

Pengarah Urusan HBSB Nik Mohd Iskandar Nik Hassan berkata, keyakinan itu bersandarkan penerimaan baik produk Myscan di pasaran tempatan.

Produk unik itu dicipta syarikat Dacuda-AG berpusat di Zurich, Switzerland.

"HBSB akan mengedarkan produk ini di seluruh rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

"Dari segi jumlah pasaran, terdapat lebih 190 juta pengguna, bersamaan nilai pasaran RM75 bilion untuk produk ini di Asia Tenggara, termasuk 17 juta pengguna berpotensi di Malaysia, dengan nilai pasaran RM6.78 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nik Mohd Iskandar, HBSB menjalankan kajian pasaran bagi Myscan selama empat bulan sebelum produk pertama diedarkan ke pasaran Malaysia pada Ogos tahun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian pasaran, penerimaan dan sambutan oleh pengguna adalah sangat baik bagi semua peringkat seperti pelajar, guru, pentadbir, profesional dan lain-lain.

Tetikus komputer dengan teknologi imbasan itu boleh mengecam teks utama dan menyokong lebih 198 bahasa.

"Teks dan jadual yang diimbas dengan serta-merta boleh disunting menggunakan perisian seperti Microsoft Words, Microsoft Excel dan juga aplikasi lain yang popular.

"Kemudian kandungannya juga boleh dikongsi melalui emel dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter," katanya.

Menurut beliau, selain boleh digunakan sebagai tetikus komputer biasa, mengimbas dan menyunting teks dan jadual, Myscan juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti aplikasi Google Translate untuk penterjemahan kepada 71 bahasa lain dan aplikasi carian Google menggunakan imej.

Nik Mohd Iskandar berkata, bagi pasaran Malaysia, HBSB akan melaksanakan rancangan pemasaran dengan dua pendekatan iaitu melantik pengedar untuk pemasaran melalui kedai perniagaan di seluruh negara dan melantik pengedar untuk pemasaran melalui perniagaan ke perniagaan.

HBSB juga melantik Myscan (M) Bhd sebagai pengedar tunggal produk itu di Malaysia.

Tetikus Myscan dijual pada harga RM399 seunit serta didatangkan dalam warna hitam dan putih, dengan jaminan setahun.

Selamat Datang ke Oh Buletin

Posted by Admin2u on Monday, 3 February 2014 | 4 comments | Leave a comment...

Assalamulaikum dan Selamat Datang Ke Oh! Buletin... 
Oh Buletin atau Oh! Buletin Merupakan Website berbentuk Blog Buletin yang Memaparkan dan Menyampaikan Berita Terkini, Isu-Isu Semasa, Kisah-Kisah Politik, Slot Agama, Perkongsian Informasi dan Tips, Hiburan, Sukan, Bisnes, Koleksi Cerita Lawak, Pelik, Seram dan Lain-Lain kepada Setiap Lapisan Umum Masyarakat yang Melawat Website Ini.


Kami menyambut kedatangan Anda dengan Tangan Terbuka bagi memeriahkan lagi Keadaan di Oh Buletin.
Segala Teguran Membina Amat kami hargai bagi meningkat dan menambahbaikkan Website Blog Oh Buletin ini.

Sekian Terim Kasih.
Admin2u
(Admin Oh! Buletin)

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger