Ulasan Richard Quest bersama 1st Officer: MH370

Posted by Admin2u on Monday 10 March 2014 | 1 comments | Leave a comment...


Berikut merupakan wawancara CNN bersama dengan Richard Quest yang pernah bersama-sama dengan 1st Officer (After Kapten)...

Pesawat Telah di Temui ???: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Berita VIETNAM: Kapal MH370 setelah lose communication selama 17 jam,dikesan di 065515,1033443 (ni longitude latitude kot) oleh pasukan penyelamat Filipina.

Keadaan kapal agak teruk semasa dikesan namun belum berkecai,kebanyakkan badan kapal telah tenggelam dalam air dan cuma bahagian belakang kapal sahaja yang timbul. 

Terkesan mangsa yang berkumpul di bahagian belakang kapal disamping lebih kurang puluhan orang mangsa terkesan di kawasan perairan berdekatan kapal yang masih hidup. 

Pegawai navy Vietnam menyatakan ini adalah satu keajaiban kerana jumlah mangsa yang terkorban adalah jauh lebih rendah dari jangkaan. Setakat ini Malaysia,China,indonesia,vietnam,singapore dan filipina sedang menuju ke tempat tersebut.

ATM.
a. KD PAHANG belayar Kuantan 081430H Mac 14. JMT kawasan SAR 090200H membawa bersama 3 x Diver, 30 x Body Bags, 1 x Medical (Sjn).
b. KD TERENGGANU belayar dari Selatan Horsburgh Light House 081430H Mac 14. JMT kawasan SAR 091230H Mac 14.
c. Pesawat King Air TUDM berlepas Subang 081220H Mac 14.

Maklumat Tambahan:
APMM.
a. 1 x pesawat CL 415 Bombardier 01 berlepas Subang 081133H Mac 14. 1 x pesawat Bombardier alert state di Subang. 1 x pesawat Bombardier 02 dan 2 x Agusta (102&103) dalam keadaan state alert.
b. KM LANGKAWI, KM AMANAH & KM SEGANTANG berada di kawasan SAR.

TIADA KESAHIHAN... Sumber

"Kemungkinan di Rampas" DCA: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar sejak Sabtu lalu, dirampas.

Namun, menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya memerlukan bukti kukuh bagi mengesan apa yang berlaku ke atas MH370 itu.

“Pada tahap ini, kami tidak menumpukan pada mana-mana kemungkinan. Kami melihat pada semua sudut tentang apa yang mungkin berlaku pada pesawat tersebut,” katanya pada sidang media di Hotel Sama Sama, hari ini.

Bagi mengesahkan apa yang berlaku, DCA tetap memerlukan bukti kukuh dalam bentuk bangkai pesawat.

“Malangnya, kita masih tidak dapat menemui mana-mana bahagian pesawat ataupun mengesan lokasinya,” katanya.

Sehingga jam 7 malam, masih tiada sebarang penemuan dilaporkan daripada mana-mana unit yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan-kawasan terlibat.

SinarHarian

"Raja Bomoh" Turut Turun Bantu Cari: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SEPANG - Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.

"Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.

Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air.

Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy. - Bernama

Telefon Berdering, Tapi Tiada Jawapan: MH370

Posted by Admin2u on | 1 comments | Leave a comment...

SHAH ALAM - Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.

Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain.

Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.

"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi.

"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya.

Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut.

FBI Tak Tolak Aspek Keganasan Dalam: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut laporan media AS yang memetik seorang pegawai kerajaan, penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.

Pegawai itu juga dipetik berkata FBI tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat tersebut. 

Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan.

Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu.

"Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan."Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya.

Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam kemudian mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi. Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal - Bernama

Wajah-Wajah Kru & Penumpang Malaysia: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Berikut merupakan wajah2 Kru dan Penumpang Malaysia... 


Tiada Letupan Dikesan Di Laut China Selatan, Pentagon: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

NEW YORK - Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

The New York Times melaporkan memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu sebagai berkata, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu.

Pegawai ditemuramah itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat terbabit adalah sulit.Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan di jadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Teori Pesawat Meletup di Tolak: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Teori pesawat #MH370 itu meletup di udara ditolak selepas akhbar The New York Times memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pegawai itu dipetik sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan #MH370 tidak meletup di Laut China Selatan berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia. 

Sementara itu, episod kehilangan #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) kini tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria. 

Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan selepas lebih daripada 48 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh. 

"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi #MH370 belum dijumpai. 

Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. 

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui. Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup ketika mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan. 

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA. "Saya masih hairan takkanlah (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya. 

Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines. CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370. 

Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang. 

Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan pembabitan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama

Kapten Zaharie Bina Simulasi Sendiri di Rumah: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SHAH ALAM – Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut ‘diterbangkan’ di rumahnya.

Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.

Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya. Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.

Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama “Kapten Zaharie Ahmad Shah” telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi.

Sumber Forum

Luigi Maraldi "Penumpang" Kehilangan Sedang Bercuti: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Bercakap kepada The Star, Maraldi, 37, yang kini sedang bercuti di Phuket berkata, beliau sudah melaporkan kepada polis, jabatan imigresen Thailand dan pihak Kedutaan Itali berhubung kemungkinan identitinya digunakan oleh individu yang menaiki pesawat yang hilang daripada radar tersebut.

"Saya OK. Saya nak ke pantai. Saya tak tahu bila semua ini berlaku. Semua orang mula cuba menghubungi saya termasuk wartawan daripada Itali. Tapi saya fikir saya tidak mahu diganggu," katanya.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya pada 1 Ogos 2013 selepas mencagarkan kepada agensi kereta sewa dan hanya diberitahu telah hilang sewaktu mahu mengembalikan kereta berkenaan. Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Itali.

Laporan mengenai kehilangan pasport itu terdapat dalam pengkalan data polis antarabangsa (interpol). Selain Maraldi, turut dilaporkan satu lagi pasport milik warganegara Austria turut digunakan oleh individu untuk menaiki pesawat MH370.

Namun, pemilik sebenar pasport itu, Christan Kozel dilaporkan masih hidup dan berada dalam keadaan baik oleh pihak berkuasa.  Kozel memberitahu media negaranya bahawa pasport miliknya dicuri ketika melawat Thailand pada 2012.

mStar

Australia menghantar Pesawat Ke-Dua: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

MELBOURNE - Australia pagi ini menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin untuk mencari pesawat Malaysia Arlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang sejak awal Sabtu.

Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada hari ini, menurut Australian Associated Press.

Marshal Udara, Mark Binskin berkata, pesawat mengawal maritim dan pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai dengan operasi. Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.

Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing. - Bernama

4 Faktor Boleh dikaitkan dgn Kehilangan MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Terdapat empat faktor kemungkinan yang boleh menyebabkan sesuatu bencana berlaku terhadap mana-mana pesawat termasuk MH370, kata penganalisis penerbangan, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah struktur kapal terbang, kegagalan enjin, sistem elektronik termasuk sistem komunikasi, selain kesilapan manusia," jelasnya dalam temubul bersama Astro Awani malam tadi.

Menurut beliau keadaan struktur pesawat dan kegagalan fungsi enjin secara mengejut juga mungkin menjadi antara penyebab pesawat tersebut gagal menghantar sebarang isyarat kecemasan kepada menara kawalan.

Setiausaha Politik kepada Presiden PAS itu juga berkata, sekiranya struktur utama pesawat seperti sayap dan enjin masih lagi sempurna biarpun berlaku kerosakan, ia masih mampu untuk berhubung dengan pusat kawalan terdekat.

"Jika enjin dan struktur kapal terbang masih lagi baik, bermakna terdapat peluang untuk juruterbang berhubung dengan menara kawalan. Namun, fakta ini hanya kemungkinan kerana kita tidak mengetahui sejauh mana juruterbang berhubung atau tidak dengan pusat kawalan.

"Bagaimanapun, jika berlaku perkara-perkara yang mengejutkan pada enjin atau letupan boleh menyebabkan sistem kawalan berada di luar kawalan biasa sehingga menyebabkan terputusnya hubungan," katanya.

Kumpulan Pertama 200 Ahli Keluarga Beijing Tiba: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

AHLI keluarga penumpang pesawat MH370 dari Beijing, China dipercayai tiba di KLIA jam 8.01 pagi tadi menerusi penerbangan MH0361. FOTO Gaddafi Musli.

SEPANG: Kumpulan pertama 200 ahli keluarga dan waris penumpang MH370 dari Beijing tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.03 pagi tadi.


Zaharie Berkongsi Jenaka Sebelum Terbang: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

KUALA LUMPUR - Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak menunjukkan sebarang keganjilan ketika berkongsi gambar-gambar melucukan dengan kumpulan media sosial WhatsApp pada Jumaat, kata seorang rakan.

"Gambar-gambar lucu itu dikongsi beliau pada pagi Jumaat dan itulah kali terakhir Zaharie berkomunikasi dengan kami anggota Kelab Peminat Mila AF5 atau Da Voice of Mila (Davom)," kata Wahida Zamri, 27, kepada Bernama hari ini.

Wahida berkata, dia mengenali Zaharie menerusi Davom sejak lima tahun lepas. 


"Abang Zaharie tidak pernah melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan kelab termasuk mengumpul dana untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza.

"Beliau sering menghubungi anggota kelab menerusi WhatsApp untuk berkongsi tentang aktiviti kelab namun beliau jarang bercerita mengenai tugasnya," kata Wahida yang menyifatkan Zaharie sebagai seorang yang pendiam namun ringan tulang. 


"Kami semua terkejut apabila mengetahui beliau menerbangkan pesawat itu," kata Pembantu Tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu.

Seorang lagi anggota Davom, Nor Azana Hamid, 47, berkata, dia mengenali Zaharie sejak 2007 dan menganggap juruterbang itu sangat berpengalaman kerana sudah berkhidmat 33 tahun.

"Beliau pernah menceritakan tentang cara dia melatih pelatih-pelatih baru. Beliau bertauliah sebab itu dia boleh mengajar orang lain," kata akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu negera.

Zaharie, 53, mengemudikan pesawat B777-200 ke Beijing yang dilapor hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama

Malaysia Airlines & Kerajaan Malaysia Lemah & Lembap?: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Berita Mencari Pesawat MAS MH370 Hilang? Malaysia Airlines & Kerajaan Malaysia Lemah & Lembap? 

Kali ini, Berita Semasa kongsikan pendapat & teguran yang dibuat oleh saudara Nor Azizuddin Abdul Manan dari UUM Sintok mengenai kritikan & pandangan serong yang dilemparkan sesetengah pihak terhadap Malaysia Airlines & Kerajaan Malaysia sepanjang mengendalikan tragedi pesawat MAS MH370 hilang sehingga ke hari ini…..

Berita Mencari Pesawat MAS MH370 Hilang: Pendapat Nor Azizuddin Abdul Manan?
Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat peribadi saya berhubung isu ini memandangkan saya gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak berkepentingan terhadap tindak-selamat Malaysia Airlines (MAS) / Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari Pesawat MAS MH370 Hilang dan menyelamat penumpang dan krew MH370.

1) Berita Mencari Pesawat MAS MH370: Penumpang Pelbagai Negara?
Kita perlu ingat bahawa dalam Pesawat MAS MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. 

Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak Malaysia Airlines (MAS) / Kerajaan Malaysia (KM) untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing.

Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan 36 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan.

2) Berita Mencari Pesawat MAS MH370: Hubungan Diplomatik
Pesawat MAS MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara.

Kerajaan Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun peswat tersebut adalah milik negara kita.

Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan Pesawat MAS MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; “Lain tempat lainlah cara penyampaian”, jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3) Berita Mencari Pesawat MAS MH370 Hilang: Misi Melibatkan 5 negara
Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek Pesawat MAS MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung

Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan terbabit.

Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab “kehilangan” Pesawat MAS MH370. Sekecil-kecil evidens sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4) Berita Mencari Pesawat MAS MH370: Tidak Semudah Yang Dijangka
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan Pesawat MAS MH370 dapat ditemui semula.

5) Berita Mencari Pesawat MAS MH370 : MAS Tetap Dihatiku
Kali terakhir MAS mengalami “major accident” ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami “major accident” dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas.

Walaubagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa Pesawat MAS MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.

Sumber BeritaSemasa

Teori Kenapa MH370 Boleh Hilang: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Nota: Berikut merupakan Buletin dari Luar Negara yang ditranslet menggunakan Google Translet. Haram Maklum.

NEW YORK (AP) - Bahagian yang paling berbahaya adalah penerbangan berlepas dan mendarat. Jarang sekali kejadian berlaku apabila kapal terbang adalah pelayaran tujuh batu (11 kilometer) di atas bumi.

Jadi kehilangan jet Penerbangan Malaysia ke dalam penerbangan pagi Sabtu di Laut China Selatan telah membawa pakar penerbangan untuk menganggap bahawa apa yang berlaku adalah cepat dan meninggalkan juruterbang tiada masa untuk meletakkan panggilan kecemasan .

Ia boleh mengambil penyiasat bulan, jika tidak tahun , untuk menentukan apa yang berlaku kepada Boeing 777 terbang dari bandar yang terbesar di Malaysia , Kuala Lumpur ke Beijing.

"Pada peringkat awal ini, kita memberi tumpuan kepada fakta-fakta yang kita tidak tahu ," kata Todd Curtis , seorang jurutera keselamatan bekas Boeing yang bekerja di 777 jet badan lebar dan kini pengarah Yayasan Airsafe.com .

Radar tentera menunjukkan bahawa tiada Boeing 777 jet mungkin menuju kembali sebelum lenyap , ketua tentera udara Malaysia berkata Ahad sebagai pihak berkuasa sedang menyiasat sehingga empat penumpang dengan pengenalan yang mencurigakan. Ayat-ayat menambah kepada misteri yang mengelilingi minit terakhir penerbangan. Ketua tentera udara Rodzali Daud tidak mengatakan yang mana arah pesawat terpesong apabila ia nampaknya pergi kursus , atau berapa lama ia terbang ke arah itu , Beberapa maklumat yang telah juga disokong oleh radar awam, katanya.

Jika maklumat mengenai U adalah tepat, yang mengurangkan kebarangkalian bahawa pesawat itu mengalami letupan bencana tetapi menimbulkan persoalan lanjut tentang mengapa juruterbang tidak memberi isyarat untuk membantu. Jika terdapat kegagalan mekanikal kecil - atau sesuatu yang lebih serius seperti penutupan kedua-dua enjin pesawat - juruterbang mungkin akan mempunyai masa untuk radio untuk mendapatkan bantuan. Kekurangan panggilan "menunjukkan sesuatu yang sangat tiba-tiba dan sangat ganas yang berlaku ," kata William Waldock , yang mengajar penyiasatan kemalangan di Embry -Riddle Aeronautical University di Prescott , Arizona.

Ia mungkin bahawa terdapat sama ada perpecahan mendadak pesawat atau sesuatu yang membawa ke dalam yang cepat menyelam, curam. Sesetengah pakar juga mencadangkan tindakan keganasan atau seorang juruterbang sengaja terhempas jet.

"Sama ada anda mempunyai peristiwa bencana yang merobek kapal terbang selain, atau anda mempunyai satu perbuatan jenayah ," kata Scott Hamilton , pengarah urusan perundingan penerbangan Leeham Co "Ia begitu pantas dan mereka tidak radio. "

Tidak kira bagaimana tidak mungkin senario , ia terlalu awal untuk menolak apa-apa kemungkinan, pakar memberi amaran. Petunjuk terbaik akan datang dengan pemulihan data penerbangan dan perakam suara dan pemeriksaan bangkai. Penyiasat AS dari FBI , Negara Lembaga Keselamatan Pengangkutan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan pakar-pakar dari Boeing sedang menuju ke Asia bagi membantu siasatan.

Satu carian laut antarabangsa besar-besaran setakat ini hadir tiada kesan disahkan jet, walaupun berkuasa Vietnam berkata lewat kelmarin bahawa kapal terbang rendah terbang telah ternampak objek segi empat tepat dalam air kira-kira 90 kilometer ( 56 batu) selatan pulau Tho Chu, dalam kawasan yang sama di mana slicks minyak telah ditemui Sabtu. Akhbar Thanh Nien negeri yang dikendalikan berkata , memetik Timbalan Ketua kakitangan tentera Vietnam yang pencari tidak nampak apa yang muncul untuk menjadi salah satu pintu pesawat.

Kemalangan kapal terbang biasanya berlaku semasa berlepas dan mendaki jauh dari lapangan terbang, atau semasa datang untuk pendaratan , seperti dalam kemalangan maut tahun lepas jet Asiana Airlines di San Francisco. Hanya 9 peratus daripada kemalangan maut berlaku apabila kapal terbang pada ketinggian pelayaran , menurut ringkasan statistik kemalangan kapal terbang jet komersial dilakukan oleh Boeing.

Pemandangan slicks minyak ( garis pucat di bahagian bawah kanan) dilihat di kawasan yang Abo Laut China Selatan ...

Kapten John M. Cox , yang menghabiskan 25 tahun terbang US Airways dan kini Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan Sistem Operasi , berkata apa yang berlaku kepada jet Malaysia Airlines, ia berlaku dengan cepat. Masalahnya terpaksa cukup besar , beliau berkata , untuk menghentikan transponder pesawat dari penyiaran lokasi, walaupun transponder boleh sengaja menutup dari kokpit.

Salah satu petunjuk pertama apa yang berlaku akan saiz medan runtuhan. Jika ia adalah besar dan tersebar di berpuluh-puluh batu, maka kapal terbang yang mungkin berpecah pada ketinggian yang tinggi. Yang boleh memberi isyarat bom atau kegagalan kerangka pesawat udara besar-besaran . Jika ia adalah satu bidang yang lebih kecil , pesawat mungkin jatuh dari 35,000 kaki ( 10,500 meter) utuh, berpecah apabila terkena air.

"Kita tahu pesawat tersebut ke bawah. Selain itu, kita tidak tahu banyak keseluruhan ," kata Cox.

Boeing 777 mempunyai salah satu rekod keselamatan yang terbaik dalam sejarah penerbangan . Ia pertama membawa penumpang pada bulan Jun 1995 dan pergi 18 tahun tanpa kemalangan maut. Coretan yang berakhir dengan Julai 2013 Asiana kemalangan. Tiga daripada 307 orang di atas kapal penerbangan yang meninggal dunia. Malaysia Airlines penerbangan Sabtu ini membawa 239 penumpang dan anak kapal hanya akan kejadian pembunuhan kedua untuk jenis pesawat.

"\Ia adalah salah satu kapal terbang yang paling dipercayai pernah dibina," kata John Goglia , seorang bekas anggota Negara Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Antara sebab yang mungkin untuk hilang pesawat termasuk:
KEGAGALAN STRUKTUR bencana. Kebanyakan pesawat diperbuat daripada aluminium yang mudah terdedah kepada kakisan dari masa ke masa , terutama dalam bidang kelembapan yang tinggi. Tetapi memandangkan sejarah panjang pesawat dan rekod keselamatan yang mengagumkan, pakar mencadangkan bahawa kegagalan kerangka pesawat udara , atau Rolls -Royce Trent 800 enjin pesawat , tidak mungkin.

Lebih daripada ancaman kepada integriti pesawat adalah tekanan udara yang berterusan dan depressurization kabin untuk berlepas dan mendarat. Pada bulan April 2011, Southwest Airlines Boeing 737 membuat pendaratan kecemasan tidak lama selepas berlepas dari Phoenix selepas fiuslaj pesawat pecah, menyebabkan 5 kaki ( 1.5 meter ) air mata. Pesawat itu , dengan 118 orang di atas kapal, mendarat dengan selamat . Tetapi seperti pecah kurang mungkin dalam kes ini. Syarikat penerbangan terbang 777 pada jarak yang lebih panjang , dengan banyak lebih sedikit pelepasan dan pendaratan , meletakkan tekanan yang kurang pada kerangka pesawat udara .

"Ia tidak seperti ini Southwest Airlines melakukan 10 penerbangan sehari," kata Hamilton. "Tiada apa untuk mencadangkan akan ada apa-apa isu-isu keletihan. "

CUACA BURUK . Pesawat yang direka untuk terbang melalui ribut paling teruk. Walau bagaimanapun , pada bulan Jun 2009, penerbangan Air France dari Rio de Janeiro ke Paris terhempas semasa ribut yang tidak baik di Lautan Atlantik. Ais dibina di atas penunjuk laju udara Airbus A330 , memberikan bacaan palsu. Itu, dan keputusan yang buruk oleh juruterbang, membawa pesawat ke sebuah gerai menyebabkan ia menjunam ke dalam laut. Semua 228 penumpang dan anak kapal di atas kapal meninggal dunia. Para juruterbang tidak pernah lewat radio untuk membantu.

Dalam kes Malaysia Airlines penerbangan Sabtu ini , semua tanda menunjukkan bahawa terdapat berawan.

PILOT DISORIENTASI . Curtis berkata juruterbang dapat mengambil pesawat off autopilot dan entah bagaimana pergi kursus dan tidak sedar ia sehingga ia sudah terlambat. Pesawat itu boleh diterbangkan selama lima atau enam jam dari titik hubungan lepas, meletakkannya sehingga 3,000 batu ( 4,800 kilometer ) dari . Ini tidak mungkin memandangkan pesawat itu mungkin akan telah diambil oleh radar di suatu tempat. Tetapi ia terlalu awal untuk menghapuskan ia sebagai satu kemungkinan.

KEGAGALAN KEDUA-DUA ENJIN . Pada bulan Januari 2008, British Airways 777 terhempas kira-kira 1,000 kaki ( 300 meter) pendek landasan di Lapangan Terbang Heathrow di London. Sebagai pesawat itu datang dengan tanah, enjin hilang teras kerana ais pembentukan dalam sistem bahan api. Tidak ada kematian .

Kehilangan kedua-dua enjin adalah mungkin dalam kes ini, tetapi Hamilton berkata, pesawat itu boleh meluncur sehingga 20 minit, memberi juruterbang banyak masa untuk membuat panggilan kecemasan . Apabila US Airways A320 kehilangan kedua-dua enjin pada Januari 2009 selepas berlepas dari Lapangan Terbang LaGuardia di New York ia adalah pada ketinggian yang lebih rendah. Tetapi Kapten Chesley B. " Sully " Sullenberger masih mempunyai banyak komunikasi dengan pengawal trafik udara sebelum mengakhiri penerbangan enam minit di Sungai Hudson.

A BOMB . Beberapa pesawat telah dibawa ke bawah termasuk Pan Am Flight 103 di antara London dan New York pada bulan Disember 1988. Terdapat juga penerbangan Air India pada Jun 1985 antara Montreal dan London dan kapal terbang pada September 1989 diterbangkan oleh syarikat penerbangan Perancis Kesatuan des Pengangkutan AĆ©riens yang meletupkan sepanjang Sahara.

RAMPASAN . Satu rampasan tradisional nampaknya tidak mungkin memandangkan menangkap kapal terbang itu biasanya mendarat di lapangan terbang dan mempunyai beberapa jenis permintaan. Tetapi rampasan 9/11-like mungkin, dengan pengganas memaksa pesawat ke dalam laut.

"Pencarian Masih Fokus Utama" DCA: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SEPANG - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa pencarian MH370 menjadi fokus utama dan mendahului isu lain.

Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.


"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi,"

"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya.


Menurutnya lagi, pihaknya masih tidak mendapat sebaran pengesahan dari Vietnam berhubung tompokan minyak yang berada di atas permukaan perairan Laut China Selatan.

Dalam pada itu, Ketua Crisis Communication Centre (CCC), V Mano mengalu-alukan pihak media untuk menghantar sebarang bentuk soalan melalui mano@mot.gov.my.


"Laman web ini diwujudkan untuk memastikan maklumat mengenai pesawat MH370 dapat disalurkan dengan tepat dan betul," katanya.


Tambahnya, soalan-soalan yang diterima dari akaun emel terbabit akan dikumpulkan dan dijawab dalam sidang media akan datang.

Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang daripada radar selepas berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi.

Pesawat itu dijadualkan mendarat pada 6.30 keesokan paginya di Lapangan Terbang Beijing namun pesawat tersebut tidak mendarat dan gagal dikesan.

Sumber SinarHarian

Apakah Pesawat Berada Di Vietnam?? MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

HO CHI MINH CITY - VIETNAM. Mata seluruh dunia kini bertumpu di perairan berdekatan selatan Vietnam, lokasi di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan kali terakhir dapat dihubungi menara kawalan sebelum hilang tanpa berita.

Penantian mendebarkan yang kini masuk hari kedua masih kabur, dengan pelbagai teori dan spekulasi baru muncul setiap hari.

Ada yang mengaitkan kehilangan pesawat ini dengan serangan pengganas, dan pakar penerbangan melahirkan rasa hairan dan terkejut mengenai cara kehilangan MH370 yang dikatakan hampir tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehari selepas berita kehilangan itu, penulis menyusuri semula laluan digunakan MH370, untuk ke Vietnam bagi membuat liputan operasi mencari dan menyelamat di negara ini.

Selepas kira-kira sejam berlepas dari Kuala Lumpur, hari ini, seorang pramugara dalam penerbangan itu meminta penulis dan seorang rakan melihat ke luar tingkap, dan bertanyakan sama ada kami boleh melihat lautan di bawah.

"Dekat sinilah kapal terbang MAS terputus hubungan," katanya berdasarkan maklumat yang diberikan juruterbang kepadanya.

Katanya lagi, kami mungkin boleh melihat kapal-kapal (tentera) yang sedang membuat operasi mencari dan menyelamat di lautan di kawasan itu, tetapi kami sudah terlalu tinggi di udara.

Setibanya di Ho Chi Minh, pemandu teksi yang membawa penulis dan seorang lagi rakan media ke hotel bertanya sama ada kami berasal dari Malaysia.

Perkara pertama dikatakannya apabila kami menjawab ya adalah: "Kapal terbang Malaysia Airlines terhempas. Takut mendengar berita itu".

Dia menggunakan perkataan 'terhempas' kerana katanya berita di Vietnam melaporkan perkara itu.

Namun setakat ini, tiada pengesahan rasmi dari Malaysia atau mana-mana negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bahawa pesawat itu terhempas.

Laksamana tentera laut Vietnam yang dikatakan membuat kenyataan bahawa pesawat itu terhempas pun kemudian menjelaskan beliau hanya maksudkan ada kemungkinan terhempas di laut berdasarkan laluan digunakan pesawat itu.

Tanpa kenyataan rasmi, kehilangan MH370 kekal misteri, dan jawapannya kini mungkin berada di Vietnam.

Sinar Harian akan membawakan perkembangan terkini dari Ca Mau, selatan Vietnam mengenai operasi mencari pesawat itu yang sedang dijalankan kerajaan dan tentera negara ini.

Sumber Sinar Harian

India Turut Ikuti Perkembangan Misi MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

NEW DELHI - India sedang mengikuti dengan teliti perkembangan berhubung dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Antara penumpang penerbangan MH370 itu ialah lima warganegara India.

Sejak kelmarin, Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dan Kedutaan India di China dan Korea telah menghubungi saudara-mara kelima-lima rakyat India yang berada di dalam pesawat itu dan memberi jaminan tentang bantuan dan sokongan daripada negara berkenaan, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar hari ini.

Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dari semasa ke semasa berhubung dengan perkembangan itu.

"Doa dan ingatan kami buat keluarga penumpang pesawat berkenaan dan kami mendoakan semoga mereka selamat. Kami menghargai usaha Kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat yang hilang itu," menurut kenyataan itu. - Bernama

Bapa Sofuan Mengharapkan Kebaikan: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

PUTRAJAYA - Bapa seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang, Mohamad Sofuan Ibrahim, masih menaruh harapan agar anaknya terselamat daripada segala malapetaka.

Ibrahim Abd Razak berkata anak bongsunya itu adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang ditempatkan di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Beijing.

Bagaimanapun beliau dan keluarganya tetap reda dengan ketentuan Allah. "Semasa panggilan telefon oleh pihak MAS, saya berada di rumah Sofuan tetapi panggilan telefon dibuat di kampung saya. Panggilan itu dijawab oleh kakak Sofuan," katanya.

Beliau berkata selepas menerima berita itu beliau bersama isterinya terus bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sehingga kini masih menunggu arahan untuk membawa mereka ke lokasi.

Sofuan, 33, yang juga anak lelaki tunggal daripada lima beradik, sebelum ini adalah pegawai di Istana Negara dan baru sahaja ditugaskan di Beijing bagi tempoh enam bulan.

Operasi menyelamat dilancarkan sejak semalam selepas sebuah pesawat MAS yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara awal pagi semalam. - Bernama

"Pesawat Terbang Rendah Dari Biasa", Nelayan

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

KOTA BHARU - Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.

Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut.

“Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita di televisyen, semalam.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.

“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat).

Adakah Ini Wajah Suspek Campak Al-Quran di Masjid?

Posted by Admin2u on Wednesday 5 March 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Semalam kecoh rakaman beberapa gambar dan cctv yang tersebar mengenai beberapa lelaki yang memecah masuk ke dalam 3 buah masjid yang berbeza untuk lakukan sabotaj dan perbuatan khianat. 

Apa yang mereka buat sejurus berada dalam masjid ialah:
1. Selerakkan Alquran, yassin dan buku2 agama yang berkaitan.
2. Ambil Alquran dan letakkan dalam mangkok tandas dan dalam bilik air.
3. Baling, pijak dan sepak Alquran (berdasarkan rakaman cctv).

Insiden tersebut mendapat perhatian rakyat di negara ini memandangkan hari ini dijadualkan berlangsungnya perbicaraan kes kalimah Allah. Isu yang kontroversi membabitkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian di bible dan The Herald. Maka, ada yang beranggapan kejadian ini mungkin cubaan untuk sabotaj pihak2 tertentu.

Apapun menurut info yang aku terima:
1. Suspect lelaki melayu.
2. Mungkin beragama Islam.
3. Menghadapi masalah mental.
4. Suspect sentiasa rasa nak koyak2kan Alquran dan pernah lakukan perkara tersebut beberapa kali sebelum ini di rumahnya.
5. Suspect akui dia melakukan kerja (sabotaj di beberapa masjid) seorang diri.

Walaupun kita melihat ada 2 atau 3 lelaki yang pecah masuk ke dalam kawasan masjid namun yang melakukan perbuatan khianat tu sorang je. Tak dapat dipastikan kenapa 2 yang lain ikut sama..

Apa pun bagi yang dah tengok gambar suspect tu di wassap dah tengokla. Bagi yang belum, biar tunggu polis buat pengesahan dulu. Satgi sebar punya sebar alih2 fitnah. Lagi naya.

Kita tunggu laporan polis nanti....

Sumber sozcyili.blogspot.com

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger