Maya Jahit Lidah Utk Kekal Kurus??

Posted by Admin2u on Sunday, 16 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Caracas: Walaupun sudah berbelanja sebanyak AS$7,000 (RM23,000) untuk pembedahan hidung dan membesarkan payu dara bagi memenuhi impiannya memenangi Ratu Venezuela, Maya Nava merasakan semua itu tidak pernah mencukupi. Malah gadis berusia 18 tahun itu sanggup mengambil langkah drastik menjahit plastik di lidahnya semata-mata untuk memastikan beliau kekal kurus. 

“Ia membuatkan saya turun berat badan dengan lebih cepat,” katanya kepada rancangan Extreme Beauty Queens: Secrets of South America yang disiarkan oleh BBC3. 

Ambil makanan cecair 
“Anda makan (benda) sama tetapi dalam bentuk cecair,” katanya yang mengakui jahitan lidah akan membuatkan beliau terlalu sakit jika memakan makanan pejal. 

Maya adalah salah seorang daripada ribuan gadis remaja yang terlalu taksub untuk dimahkotakan sebagai Ratu Venezuela dan keluarga mereka pula akan melakukan apa saja untuk mencapai impian berkenaan. 

Jaminan masa depan 
“Ia akan memberi jaminan masa depan untuk saya dan keluarga. Ia membolehkan kami untuk meninggalkan kawasan perumahan miskin ini,” katanya. 

Keazaman Maya untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Beliau tinggal di kawasan perumahan Santa Cruz di Caracas di mana satu pembunuhan dilaporkan berlaku setiap 40 minit. 

Dengan mencatatkan kemenangan paling banyak dalam Ratu Dunia berbanding negara lain dan memiliki 50 juta penonton televisyen bagi pertandingan akhir di peringkat kebangsaan, pertandingan ratu cantik disifatkan sebagai satu perniagaan besar di Venezuela. 

Raja Kecantikan 
Diselia ‘Raja Kecantikan’ negara itu, Osmel Sousa, 67, peserta menghabiskan masa enam bulan hingga ke peringkat akhir dalam satu ‘bootcamp’ kecantikan di mana kamera sering memerhati mereka dan pembedahan menjadi rutin. 

Miss Venezuela House dikendalikan orang seperti Sousa yang sentiasa memeriksa perkembangan gadis berkenaan dan sering memberikan nasihat. Malah beliau menggunakan ketajaman matanya untuk kesempurnaan bahagian yang perlu diperbaiki. 

Tetapi tidak semua bersetuju dengan pembedahan melampau yang perlu dilalui peserta. Ibu kepada seorang peserta, Lara menegaskan bahawa anak perempuannya enggan melakukan pembedahan kerana ia akan menjadi satu pertandingan yang tidak adil. 

AGENSI / BHarian.

"Memang Ke Rumah Zizan.. Tapi....", Emma Maembong...

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Pelakon jelita, Emma Maembong bagaikan tidak hentihenti dirundung kontroversi. Selepas didakwa bercumbu dengan kekasihnya yang juga pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak, dalam penerbangan mereka ke Amerika Syarikat, dia pula dikatakan ada masalah disiplin dek dakwaan dirinya menarik diri daripada syarikat pengurusannya, Wire Fame Entertainment (WEF).

Sebelum ini, dia didakwa mungkir janji dengan sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan apabila menarik diri tanpa alasan. Ada yang mendakwa jiran kepada Zizan, menghantar emel kepada sebuah portal hiburan, mengatakan dua pelakon itu dikatakan bersekedudukan. 

Sebelum ini, Emma dikatakan sukar memberi kerjasama kepada produksi dan pihak media massa. Mana tidaknya hampir dua minggu penulis mencari dan menghubungi Emma dan penolong peribadinya, namun usaha itu gagal. Apa sebenarnya masalah Emma? 

B*POP menemui Emma ketika majlis post party Anugerah MeleTOP ERA, Sabtu minggu lalu. Pelakon yang memiliki nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 22, ini menjawab segala persoalan...

Sumber: Bharian

Lumba Haram, PAS Gesa Pembinaan Litar Rakyat

Posted by Admin2u on Friday, 14 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

SHAH ALAM – Kebimbangan terhadap gejala rempit dan lumba haram yang melibatkan golongan muda boleh diatasi sekiranya Kerajaan Negeri Selangor dapat menyediakan kemudahan litar lumba secara sah sekaligus dapat menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, kemudahan litar rakyat tersebut akan dapat memberi alternatif kepada golongan muda yang cenderung kepada dunia permotoran haram dengan membimbing minat mereka kepada kaedah yang betul.

“Selain soal keselamatan, bakat terpendam mereka juga boleh dicungkil untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi kesukaran mereka menceburinya secara profesional di litar sedia ada kerana kos tinggi.

“Jika kemudahan itu dapat disediakan, mereka boleh menunjukkan kebolehan mereka tanpa memerlukan pembiayaan yang mahal, apatah lagi dengan peningkatan kos sara hidup kini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasrat itu telah pun diajukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri dalam satu majlis penyerahan plak sokongan anak muda terhadap pemerintahan PR Selangor pada Sabtu lalu.

Katanya kerjasama ARC Selangor Motorsport, Pemuda Pas Selangor juga menyelitkan beberapa slot pembinaan rohani dan keperibadian anak muda dalam aktiviti permotoran tersebut.

“Usaha ini dilakukan untuk mendidik serta menyedarkan generasi muda bahawa mereka sebenarnya adalah aset besar dalam pembangunan agama, negara dan bangsa. 

“Semoga rancangan pembinaan Litar Rakyat itu lancar dan mendapat kerjasama dan perhatian yang serius daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor sekaligus dapat membantu mengawal masalah sosial yang kian meruncing,” katanya lagi.

Sumber SinarHarian

Penangan Ariana Rose

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

“WATAK sebagai seorang Muslim yang saya bawa menerusi drama ini hanyalah sekadar lakonan semata-mata,” kata aktor kacak, Keith Foo mengenai dakwaan lakonannya menerusi drama nombor satu, Ariana Rose, mempersendakan agama Islam.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Keith akui bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan watak seperti itu (beragama Islam) kerana pada masa yang sama dapat belajar banyak perkara daripadanya.

“Saya memang tidak ada masalah bawa watak ini kerana pada masa yang sama banyak yang saya belajar terutamanya berkaitan agama Islam.

“Ini bukanlah kali pertama saya bawa watak seperti ini kerana sewaktu di Indonesia dahulu sudah beberapa kali saya mainkan watak yang sama,” katanya ketika ditemui pada tayangan eksklusif drama Ariana Rose, baru-baru ini.

Menurutnya, sebagai seorang yang bukan beragama Islam, dia juga amat berhati-hati dalam melakukan babak-babak seperti solat dan berdoa.

“Setiap kali sebelum lakukan babak-babak yang sensitif, saya akan lebih banyak bertanya supaya apa yang saya lakonkan itu saya lakonkan dengan cara yang betul agar mesejnya sampai.

“Sebenarnya Islam bukanlah agama asing bagi saya dan keluarga kerana kakak saya adalah seorang mualaf. Jadi banyak perkara juga yang saya lihat daripada dia,” jelasnya panjang lebar.

Tak laku di Indonesia?

Tidak pernah terbayang popularitinya di Malaysia kian melonjak naik, Keith mahu menjadi yang lebih baik dan perbaiki kelemahan dalam karier lakonan sebagai penghargaan buat penyokongnya.

“Terkejut sangat bila drama ini dapat sambutan yang luar biasa. Melihatkan sokongan peminat, saya kini lebih bersemangat untuk teruskan karier dengan baik.

“Tanpa peminat mungkin saya juga tidak akan berada di sini, jadi untuk menghargai jasa mereka, saya mahu buat yang terbaik selepas ini,” katanya.

Nafi tujuan utama dia kembali ke negara ini kerana kariernya kurang laku di Indonesia, Keith tidak mahu ambil pusing mengenai perkara seperti itu.

“Saya tidak boleh kata apa-apa mengenainya sebab itu pendapat masing-masing. Sehingga hari ini, saya masih dapat beberapa tawaran lakonan di sana tapi saya terpaksa tolak sebab mahu fokus di Malaysia dahulu.

“Lagipun sudah lama saya berada di sana, jadi sudah tiba masa saya kembali ke negara asal di mana keluarga saya juga ada di sini,” ujarnya yang mahu mencabar diri keluar dari zon selesa karier lakonannya di Indonesia.

Sumber SinarHarian

Marah Ibu Kerana Ariana Rose??

Posted by Admin2u on Thursday, 13 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Meluahkan amarah di media sosial sudah menjadi trend semenjak dari dulu lagi. Tambahan pula, trend menjaja amarah ini banyak 'dikuasai' oleh golongan muda yang panas baran. 

Marahkan orang lain tak mengapa, tetapi bilamana membabitkan keluarga sendiri, ia dilihat bagaikan tidak hormat pada ahli keluarga sendiri.

Mungkin itulah sikap yang ada pada seorang remaja perempuan ini, yang mencarut terhadap ibu kandungnya secara terbuka di laman Twitter hanya kerana rancangan drama tv popular, Ariana Rose.

Ibunya berleter mengarahkan anaknya pergi menunaikan solat maghrib. Namun kerana khusyuk dengan drama Ariana Rose, dia mengabaikan leteran ibunya. 

Mungkin si ibu berang dengan tindakan anak gadisnya itu, lalu si ibu mencabut wayar kuasa tv lalu terpadamlah siaran Ariana Rose membuatkan anak perempuannya itu mencarut 'babi' terhadap ibunya sendiri.

Sampai ke tahap itu si anak sanggup lakukan. Walaupun tidak ditulis secara penuh, semua orang boleh mengagaknya, betul tak?

Bagi mereka yang lain, elak-elakanlah menjaja masalah, amarah di laman sosial. Tiada gunanya meluahkan rasa amarah di laman sosial, ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Sebaliknya hanya mendatangkan persepsi negatif terhadap diri sendiri.

Seperkara lagi, hormatilah ibu, kerana dialah yang melahirkan kita ke dunia. Jika tiadanya ibu, mungkin si anak tidak kenal dunia termasuklah Ariana Rose. - My Media Hub

Rabecca Dapat Hidayah Bertudung Di Mekah

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam sudah pun berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yang lain.

Rabecca, 28, berkata, sepanjang berada di Mekah, dia cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut.

“Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.

“Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.

Tambah Rabecca, dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.

Dalam pada itu dia juga bersyukur apabila suaminya turut memberikan sokongan terhadap perubahannya dalam menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik.

Sementara itu, ditanya pula mengenai komen-komen negatif beberapa pihak yang menyifatkan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kerana memuat naik video-video dia mengaji di Mekah, Rabecca berkata, dia tidak kisah dengan kritikan tersebut

Kata Rabecca, tujuan dia memuatkan pelbagai video dia sedang mengaji kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.

MStar

Keluarga Tahu Cerita Tak Betul - Zizan..

Posted by Admin2u on Wednesday, 12 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Kuala Lumpur: “Sudah tentu keluarga bising bila cerita itu timbul tapi mereka faham benda tidak betul,” jelas Emma Maembong berhubung tuduhan mengatakan dia bersekedudukan dengan teman lelaki, pelawak Zizan Razak yang kecoh diperkatakan baru-baru ini.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 22, didakwa jiran Zizan kerap berkunjung ke rumah pelawak itu tanpa segan silu dengan masyarakat sekeliling. 

Bagaimanapun pasangan itu menyangkal dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia tidak berasas. 

Ketika dihubungi semalam, Emma berkata, walaupun tuduhan itu tidak logik tetapi ia tetap menimbulkan persepsi negatif kepada masyarakat, sekali gus menimbulkan reaksi kurang senang daripada ayah dan keluarganya.

“Keluarga terutama ayah memang terkejut apabila isu itu pula timbul. Baru saja kes tempoh hari (bercumbuan) nak reda sudah timbul kes baru pula"

Sumber HMetro

Dilema Lana Nordin

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

HUJUNG tahun lalu, nama Lana Nordin menjadi perhatian ramai. Bezanya kali ini, kontroversi yang berlaku itu bukan disebabkan dirinya, sebaliknya tindakan Johan As'ari yang memilih untuk berpisah selepas mengumumkan melamar Lana selepas tiga hari berkenalan.

Bagaimanapun itu kisah tahun lalu. Akui Lana dia sudah melupakan perkara yang sudah berlalu dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Ternyata, biarpun dilukakan lelaki, namun, pelakon ini tidak memberikan persepsi negatif terhadap golongan lelaki.

Bahkan baginya, itu semua ketentuan tuhan dan dia hanya pasrah kepada hakikat percintaannya yang putus di tengah jalan.

Bagaimanapun anak kelahiran Kuching, Sarawak ini hanya tersenyum sahaja ketika ditanya mengenai hubungan percintaannya kini.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, mengakui timbul perasaan serik, namun dia tidak mudah menghakimi lelaki atau terus menutup pintu hatinya buat kaum Adam.

Lana yang kini tampak sangat bahagia dan lebih tenang mengakui hatinya kini sudah sedia menerima kehadiran lelaki sebagai peneman hidupnya.

“Ada yang mendekati saya, tapi saya masih berkawan saja dengan mereka. Insya-ALLAH, sampai di Makkah nanti saya akan berdoa agar diberikan petunjuk. 

“Sebab sekarang ni saya tak tahu nak pilih mana satu,” katanya yang mengakui tiga lelaki itu mahu menjalinkan hubungan serius dengannya.

Menurut Lana, kini umurnya sudah mencecah 35 tahun dan mengakui tidak ada masa menjalinkan hubungan cinta yang panjang.

Lana berkata, dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan sesiapa yang serius ingin melamar dan menjadikannya sebagai isteri.

“Kalau ada jodoh saya nak terus kahwin. Bercinta selepas kahwin pun boleh,” katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai tiga jejaka itu, Lana mengakui lelaki tersebut bukan dalam kalangan doktor seperti yang digosipkan dengannya baru-baru ini. Malah, menurut aktres seksi ini, ketiga mereka juga bukanlah orang dalam lapangan seni.

"Nanti kalau sudah betul-betul ada jodoh, saya akan beritahu,” katanya.

Bakal tunai Umrah
Dalam pada itu, Lana turut berkongsi keterujaannya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram hujung bulan ini.

Lana yang bakal menunaikan Umrah dengan teman seangkatannya, pelakon Lisdawati, mengharapkan kelancaran perjalanannya untuk melakukan ibadah itu dan meminta semua peminat dan masyarakat mendoakan perjalanannya.

“Insya-ALLAH, saya akan tunaikan umrah pada 28 Februari ini. Sekarang ni tengah tunggu visa Umrah lulus saja,” katanya.

Menurutnya, sejak dua tahun lalu, dia menyimpan niat untuk ke Mekah. Namun hanya kini Allah memakbulkan doanya.

"Baru tahun ni saya dapat menunaikan hasrat itu. Saya rasa seronok nak pergi buat ibadah umrah. Syukur, saya juga banyak dapat tunjuk ajar daripada Lisdawati. Seminggu sebelum ke sana saya nak banyakkan menghafal doa-doa makbul di sana.

“Macam Lisda dah banyak kali pergi, jadi saya banyak bertanya pada dia. Lisda juga selalu ajak saya pergi usrah bersama supaya saya dapat memperbaiki diri,” katanya yang berkongsi serba sedikit mengenai persiapannya ke Makkah, di malam Anugerah Meletop, Sabtu lalu.

Di tebak dengan penampilannya sekembalinya menunaikan umrah, Lana berkata, dia hanya berserah kepada ALLAH SWT.

“Dari segi penampilan mungkin tidak terlalu drastik dan saya akan cuba memperbaikinya secara perlahan-lahan. Saya tetap jadi diri saya. Seandainya dibukakan hati untuk berhijab satu hari nanti, Insya-ALLAH,” katanya.

Punca perpisahan Adira?
Sementara itu, baharu sahaja reda dengan cerita kontroversi, nama Lana sekali lagi dikaitkan dengan gosip panas apabila aktres ini dikatakan menjadi punca perpisahan Adira dengan teman lelakinya.

Di tebak dengan perkara itu, Lana menegaskan dia tidak mengenali kekasih Adira, Shahrul Nasrun Kamarudin yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu.

“Saya tak kenal pun siapa dia. Saya dan Adira pernah berjumpa, tapi, saya tak kenal pun teman lelakinya. Bagaimana saya nak menjalinkan hubungan, sedangkan saya tak kenal?

“Saya pun hairan bagaimana gosip ni boleh timbul sedangkan saya tak tahu pun Adira bercinta dengan siapa. Mungkin orang cuba kaitkan nama saya kerana berita itu berpunca dari artis kontroversi. Jadi, siapa lagi yang ratu kontroversi kalau bukan saya?,” katanya yang menafikan dakwaan itu.

Dia meminta supaya semua orang tidak menyalahkannya sekali gus menutup cerita bahawa dia pemisah hubungan antara Adira dan bekas kekasihnya itu.

Rezeki murah
Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terkininya, Lana berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Kata Hati dan bakal menjalani penggambaran bagi dua telefilem terbaru.

Menurutnya, selain sibuk menjalani penggambaran, dia turut menerima tawaran menjadi model bagi produk kesihatan.

Lana berkata, dia juga mengharapkan selepas pulang menunaikan umrah, apa sahaja peluang yang datang, dia akan menerimanya.

Selain itu, di tebak mengenai watak yang diidamkan Lana, bintang Chow Kit Road ini mengimpikan watak wanita bertudung.

Ini kerana, dia sering kali menerima watak yang sama seperti watak penggoda dan wanita seksi.

"Saya mahu peminat menilai sisi berbeza yang bakal saya bawa selepas ini," katanya yang mahu mempelbagaikan watak.

Sumber Sinar Harian

Nabil Pelawak Merajuk ??

Posted by Admin2u on Tuesday, 11 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

PELAWAK, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad atau Nabil mengakui tidak akan memasuki apa-apa pertandingan lawak selepas ini melainkan program tersebut memerlukan pelawak-pelawak bersaing secara solo.

Katanya, keputusan itu diambil bukan kerana merajuk atau dicemuh peminat tempoh hari susulan tindakannya membuat lawak mengenai Luna Maya.

"Seperti saya cakap sebelum ini, saya tidak akan masuk pertandingan lagi melainkan program itu memerlukan semua bertanding secara solo, kalau tak, saya tak akan sertai lagi.

"Lagipun sebelum ini saya pernah masuk secara berkumpulan dengan Boboi dan dapat nombor tiga, kali ini secara solo," katanya.

Nabil berkata, sejak akhir-akhir ini penilaian orang pada dirinya tidak adil kerana dia dibandingkan dengan kumpulan yang mempunyai dua atau tiga ahli.

"Bagi saya penilaian orang lain pada saya agak tidak adil kerana saya satu kepala lawan tiga kepala dan bila saya buat lawak mereka rasa tak kelakar.

"Jadi selepas ini bila ada pertandingan solo, barulah orang boleh menilai secara individu, siapa yang lebih hebat," katanya.

Mengulas mengenai persembahannya yang sedikit hambar pada malam itu, Nabil berkata, dia sudah cuba membuat yang terbaik dalam tempoh yang agak terhad.

"Sebaik pulang ke Kuala Lumpur, saya telah lakukan sesi latihan berulang kali dan saya memang cuba buat yang terbaik.

"Saya menangis bukan kerana sedih, tetapi apa yang saya rasa atas pentas, saya harap penonton juga dapat rasa," katanya yang mengakui sudah memohon maaf kepada Luna Maya secara peribadi di belakang pentas sebelum pertandingan akhir tersebut.

Berkongsi perkembangan terkininya, Nabil berkata, filemnya di bawah arahan Aaron Aziz, Kriptik dijangka akan ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, single terbaharunya, duet bersama Tegar juga bakal diperdengarkan sedikit masa lagi.

"Beberapa projek saya seperti telefilem untuk Astro Ceria yang menjalani penggambaran di Paris, juga akan ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, saya juga merancang untuk menambah anak dalam masa terdekat ini," katanya.

Sumber Sinar Harian

Zizan Selar 'Jiran' Tuduhnya Bersekedudukan

Posted by Admin2u on Monday, 10 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Pelawak Zizan Razak menyelar individu yang mendakwa jirannya apabila menuduh dia dan aktres Emma Maembong bersekedudukan sejak enam bulan lalu.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, individu tersebut sepatutnya berjumpa dengannya sendiri untuk mendapatkan penjelasan tentang dakwaan tidak berasas itu kerana ia memberikan impak negatif kepada kerjaya seninya.

"Kalau betul saya ada melakukan sebarang kesalahan lebih elok individu tersebut datang berjumpa saya sendiri dan minta penjelasan dan bukannya menyebarkan fitnah.Dalam Islam sendiri menegah kita membuka aib seseorang kepada orang lain apatah lagi dengan membuat fitnah seperti itu," katanya.

Zizan ditemui selepas Anugerah Meletop yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada malam Sabtu lalu. Pada acara itu Zizan membolot empat anugerah selain menerima wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000.

Dalam perkembangan sama, Zizan mengakui Emma ada bertandang ke rumahnya tetapi ketika ibu dan ahli keluarga lain berada di rumah. Jelas Zizan, dia bukan tinggal bersendirian di rumah tersebut sebaliknya abang dan pembantu peribadinya turut tinggal bersama.

"Ibu saya sering berada di rumah berkenaan dan Emma hanya akan datang sekiranya ibu saya ada di sana untuk melawat dan bertanya khabar. Tidak masuk akal mengatakan kami tinggal bersama," katanya.

Jelas Zizan, walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan namun dia tidak cepat melatah kerana ibunya lebih mengenali siapa diri dia yang sebenar.

"Ibu tahu segala-galanya mengenai saya dan dia sering menasihati saya supaya bersabar menempuh dugaa. Ibu lebih percayakan saya sebab saya tak pernah sorok apa-apa pun daripadanya," kata Zizan.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Fesyen Meletop kerana tidak merasakan dirinya sebagai seorang yang pandai berfesyen.

Jelas Zizan, dia yang lebih gemar berpakaian ringkas tidak akan mengubah cita rasa fesyen secara mendadak hanya kerana memenangi anugerah berkenaan selepas ini.

"Saya sebenarnya tidak menyangka akan menang dalam kategori Fesyen Meletop kerana saya bukan seorang yang terlalu mengikuti perkembangan fesyen sebaliknya lebih selesa dengan gaya ringkas tetapi kemas. Saya selesa dengan fesyen sekarang kerana ini adalah diri saya yang sebenar," ujarnya.

Admin: Menang mcm2.. Duit dah banyak.. Kawen lah cepat2... Emma tu cun giler.. ramai yang minat.. nanti kene kebas... dah kawen didik lah elok2... OKeh :)

Nora + Nedim Soon?

Posted by Admin2u on Sunday, 9 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

KISAH percintaan pelakon Nora Danish bersama anak VVIP, Nedim Nazri bukan lagi satu rahsia.

Biarpun sebelum ini mereka berkalikali menafikan perkara itu, dan senang mengatakan hubungan mereka sebagai 'teman rapat'.

Namun terdapat khabar angin mengatakan bahawa mereka bakal menamatkan zaman duda dan janda tidak lama lagi.

Apa yang lebih panas, mereka didakwa sudah pun membeli barangan hantaran untuk perkahwinan mereka hujung tahun ini.

Dalam ruangan gosip akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), terdapat sumber mengatakan bahawa perkara tersebut bukan lagi khabar angin semata mata.

"Dalam diam mereka sebenarnya sudah pun membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit.

"Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana perkahwinan mereka,” khabarnya.

Benar atau tidak mengenai perkara tersebut, kita tunggu sahaja berita gembira daripada mereka kerana Nora mahu pun Nedim belum mengesahkan kesahihannya.


Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger