Riyadh: Seorang gadis berusia 17 tahun mendermakan SR50 juta (RM44 juta) kepada kegiatan kebajikan di Arab Saudi.
Gadis yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar tempatan, jumlah itu suku daripada kekayaan yang diwarisi daripada bapanya.
Menurut laporan, gadis berkenaan pergi ke mahkamah di Riyadh dan mendermakan wang itu kepada kumpulan kebajikan yang terbabit dalam pembinaan masjid, membantu membebaskan tahanan yang terlibat dengan hutan, pembinaan sekolah, hospital dan aktiiviti lain.
“Saya digalakkan oleh ibu dan abang saya untuk menderma. Saya mengambil keputusan untuk berbuat demikian kerana takutkan Allah dan kerana sayangkan bapa saya,” katanya.
Tagged with
Global
New Delhi: Telefon bimbit di India mempunyai banyak kegunaan selain hanya membuat panggilan atau menghantar mesej. Bagi beratus-ratus penduduknya, telefon bimbit hanya satu-satunya teknologi di rumah mereka.
Keadaan ini menjelaskan mengapa wujud kaedah penggunaan unik telefon di negara itu, yang juga pasaran telefon bimbit paling pantas berkembang dengan 900 juta pelanggan.
Membuat panggilan tetapi memutuskannya sebelum diangkat orang yang dipanggil atau missed call amat popular di India dan ia sering digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan ‘mesej’ tanpa dikenakan caj panggilan.
Kanak-kanak dan pekerja sering menggunakan kemudahan itu untuk ‘berhubung’ dengan ibu bapa atau majikan. Missed call juga digunakan meluas untuk pemasaran.
Ada stesen televisyen menawarkan perkhidmatan missed call kepada penonton yang mahu diingatkan waktu siaran sesuatu rancangan. Missed call juga popular di Afrika, Filipina dan Bangladesh tetapi di India perniagaan itu diunjur bernilai lebih AS$100 juta (RM330 juta).
Seorang penulis teknologi yang berpangkalan di Delhi, Prasanto K Roy berkata, syarikat baru Zip Dial membolehkan 100 syarikat seperti Proctor & Gamble, Cadbury, Colgate dan Disney meminta sampel atau perkhidmatan hanya menerusi missed call.
Dengan lebih 200 stesen radio, India menawarkan pilihan meluas stesen FM kepada pendengar tetapi kebanyakan menikmati radio menggunakan telefon mereka berbanding menggunakan radio.
BHarian.
Tagged with
Global
Pesawat dari Singapura dibenar berlepas ke India selepas pemeriksaan
Sepang: Tiga bungkusan ketulan logam yang dipercayai emas tetapi disangka bahan kimia dijumpai dalam tandas pesawat menyebabkan ia terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Pesawat Airbus A320 syarikat penerbangan tambang murah India, IndiGo, yang dalam perjalanan dari Singapura ke Chennai, India, meminta kebenaran mendarat di KLIA, apabila anak kapal menjumpai ketulan itu yang dibungkus dan mencurigakan.
Tagged with
Global
PESHAWAR - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam beberapa siri serangan bom di sebuah pawagam di wilayah barat laut Pakistan, kelmarin.
Pegawai Polis Kanan Peshawar, Ijaz Ahmed berkata, tiga letupan bom tangan tercetus di panggung wayang Shama di tengah bandar yang juga terkenal dengan tayangan filem pornografi.
"Satu letupan berlaku di dalam pawagam yang ketika itu dipenuhi pengunjung dan dua lagi letupan berlaku di luar pawagam," katanya kepada media.
Ijaz berkata, pawagam itu sebelum ini pernah menerima ancaman keselamatan dan pihak polis telah menasihatkan supaya memasang alat pengesan logam, namun nasihat tersebut tidak diendahkan.
Sementara itu, saksi, Akbar Khan, 62, berkata, ketika sedang menonton wayang dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan pertama diikuti dengan dua letupan lain.
"Keadaan menjadi kecoh dan saya berasa seperti besi panas tertusuk ke dalam lengan dan kaki kiri. Ketika itu saya tersedar telah terkena serpihan bom dan berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan
diri sebelum dihantar ke hospital," katanya dipetik CNN
Setakat ini tiada kumpulan atau individu didakwa melakukan serangan tersebut.
Tagged with
Global
BANGKOK - THAILAND. Parti kerajaan Pheu Thai (PT) memfailkan petisyen meminta pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membubarkan Parti Demokrat dan mengharamkan ahli jawatankuasa eksekutifnya daripada berpolitik selama lima tahun.
Petisyen difailkan oleh jurucakap Pheu Thai Prompong Nopparit diterima Timbalan Ketua Urusetia SPR, Amnuay Noysopha, semalam.
Prompong berkata, Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) diketuai Suthep Thaugsuban dan lapan pemimpin lain dari Parti Demokrat telah melanggar Perlembagaan di bawah Seksyen 68 dan ianya disahkan selepas Mahkamah Jenayah meluluskan waran tangkap terhadap Suthep kerana melakukan pemberontakan.
“Anggota PDRC telah menyelaras aktiviti keganasan dengan 25 ahli dari sayap Parti Demokrat. Mereka juga gagal memenuhi tatacara berpolitik seperti dalam Seksyen 94 Akta Parti Politik,” katanya.
Disember lalu, pemimpin kanan Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva bertindak meletak jawatan beramai-ramai bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra untuk membubarkan Dewan Rakyat dan membuat pilihan raya baru dan kemudiannya diboikot oleh parti itu sendiri.
Semalam, laporan dipetik dari Bangkok Post, Parti Demokrat memfailkan petisyen meminta Mahkamah Perlembagaan membatalkan pilihan raya 2 Februari lalu kerana berlaku kepincangan dan penipuan.
Sumber Sinar Harian
Tagged with
Global
LONDON - UNITED KINGDOM. Jutaan penduduk menghadapi masalah pengangkutan sejak kelmarin apabila ratusan pekerja sistem kereta api bawah tanah melancarkan mogok yang memasuki hari kedua.
Tindakan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan akan menutup kaunter tiket sekali gus mengakibatkan 1,000 pekerja hilang pekerjaan.
Keadaan makin tegang apabila, perbincangan antara Datuk Bandar London Boris Johson dan Ketua Sistem Pengangkutan Bawah Tanah London Bob Crow serta dua syarikat kereta api bawah tanah terbesar di Britain, Rail, Maritime and Transport (RMT) dan Persatuan Pengangkutan Pekerja (TSSA) kelmarin gagal mencapai kata sepakat.
Media tempatan melaporkan, ribuan pengguna pengangkutan awam terpaksa menaiki bas dan teksi.
“Mereka berbaris panjang untuk menaiki bas dan teksi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Sebahagian daripada mereka berbaris hampir dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan itu dan ramai yang lewat tiba ke pejabat,” menurut laporan itu.
Difahamkan mogok berkenaan menyebabkan kerugian 50 juta pound (RM270 juta) sehari, laporan dipetik dari Reuters.
Sumber Sinar Harian
Tagged with
Global
BERLIN - JERMAN. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang dibelenggu skandal rasuah sejak tahun lalu memulakan kempen pilihan raya di Jerman.
Erdogan berkata, beliau tidak akan tunduk dengan semua tuduhan dilemparkan terhadapnya termasuk krisis kepimpinan dan pentadbiran dengan anggota keselamatan.
“Saya berdiri teguh dan tidak akan tunduk dengan mereka. Kabinet di Turki hanya tunduk kepada ALLAH SWT, “ katanya.
Menurutnya, beliau percaya krisis politik yang sedang melanda negara itu didalangi sekumpulan individu yang ingin melihat kejatuhan empayar Islam.
“Generasi muda harus berpegang teguh kepada Islam dan wujudkan warga Turki yang paling berpengaruh di Eropah.Saya mahu anda bangga kerana mengibarkan bendera Turki di Jerman,” katanya.
Kempen besar-besaran pilihan raya itu pertama kali dibuat di luar Turki selepas negara itu membenarkan mengundi di luar negara.
Jerman dipilih sebagai venue kempen pertama, memandangkan negara itu dihuni paling ramai penduduk Turki iaitu kira-kira tiga juta orang terutama di Kreuzberg yang lebih dikenali sebagai Little Istanbul, laporan dipetik dari Al Arabiya.
Sumber: Sinar Harian
Tagged with
Global
Assalamulaikum dan Selamat Datang Ke Oh! Buletin...
Oh Buletin atau
Oh! Buletin Merupakan Website berbentuk Blog Buletin yang Memaparkan dan Menyampaikan Berita Terkini, Isu-Isu Semasa, Kisah-Kisah Politik, Slot Agama, Perkongsian Informasi dan Tips, Hiburan, Sukan, Bisnes, Koleksi Cerita Lawak, Pelik, Seram dan Lain-Lain kepada Setiap Lapisan Umum Masyarakat yang Melawat Website Ini.
Kami menyambut kedatangan Anda dengan Tangan Terbuka bagi memeriahkan lagi Keadaan di Oh Buletin.
Segala Teguran Membina Amat kami hargai bagi meningkat dan menambahbaikkan Website Blog Oh Buletin ini.
Sekian Terim Kasih.
Admin2u
(Admin Oh! Buletin)
Tagged with
Agama
,
Automotif
,
Bisnes
,
Global
,
Hiburan
,
Informasi
,
Isu Semasa
,
Lawak
,
Pelik
,
Politik
,
Seram
,
Sukan
,
Teknologi
,
Tips