Rakyat India Suka Ber"Missed Call"

Posted by Admin2u on Sunday 16 February 2014 | 0 comments


New Delhi: Telefon bimbit di India mempunyai banyak kegunaan selain hanya membuat panggilan atau menghantar mesej. Bagi beratus-ratus penduduknya, telefon bimbit hanya satu-satunya teknologi di rumah mereka.

Keadaan ini menjelaskan mengapa wujud kaedah penggunaan unik telefon di negara itu, yang juga pasaran telefon bimbit paling pantas berkembang dengan 900 juta pelanggan. 

Membuat panggilan tetapi memutuskannya sebelum diangkat orang yang dipanggil atau missed call amat popular di India dan ia sering digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan ‘mesej’ tanpa dikenakan caj panggilan. 

Kanak-kanak dan pekerja sering menggunakan kemudahan itu untuk ‘berhubung’ dengan ibu bapa atau majikan. Missed call juga digunakan meluas untuk pemasaran. 

Ada stesen televisyen menawarkan perkhidmatan missed call kepada penonton yang mahu diingatkan waktu siaran sesuatu rancangan. Missed call juga popular di Afrika, Filipina dan Bangladesh tetapi di India perniagaan itu diunjur bernilai lebih AS$100 juta (RM330 juta).

Seorang penulis teknologi yang berpangkalan di Delhi, Prasanto K Roy berkata, syarikat baru Zip Dial membolehkan 100 syarikat seperti Proctor & Gamble, Cadbury, Colgate dan Disney meminta sampel atau perkhidmatan hanya menerusi missed call. 

Dengan lebih 200 stesen radio, India menawarkan pilihan meluas stesen FM kepada pendengar tetapi kebanyakan menikmati radio menggunakan telefon mereka berbanding menggunakan radio. 

BHarian.

Pin It

0 comments for "Rakyat India Suka Ber"Missed Call""

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger