"Siasat Dengan Segera", Khairi
Posted by Admin2u on Tuesday, 11 February 2014 | 0 comments

Beliau berkata tindakan seorang pemain dan penolong jurulatih T-Team bersumpah Al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu malam tadi dilihat sebagai sesuatu yang amat serius.
Mereka mengangkat sumpah seperti yang disarankan Ahmad sebelum ini yang percaya langkah itu mampu merungkai perkara sebenar yang berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain.
"Ada sesuatu yang berlaku, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat, tetapi apabila ada pemain dan pegawai sanggup mengangkat sumpah, perkara ini bukan perkara remeh.
"Saya ada menghubungi Datuk Hamidin Mohd Amin (Setiausaha Agung FAM) memaklumkan kepada beliau perkara ini adalah serius dan tidak boleh diketepikan.
Kalau memang ada kejadian yang tidak diingini berlaku di Stadium Larkin, FAM kena membuat pertuduhan.
"Jika ada kesalahan jadi perlu dihukum, hukuman itu haruslah tidak pilih kasih. Saya hanya menteri belia dan sukan, saya tidak boleh membuat sebarang hukuman. Sekiranya FAM tidak mengambil tindakan terhadap apa yang berlaku, kredibiliti FAM akan terjejas," katanya.
Khairy juga meminta FAM memperketatkan lagi kawalan keselamatan di stadium bagi mengawal tindakan agresif penyokong bola sepak tempatan.
"Ada sekumpulan penyokong yang muncul boleh dikatakan sebagai samseng, saya juga telah memaklumkan kepada Datuk Hamidin yang saya bimbang perkara ini.
Kerjasama dengan pihak PDRM (polis) perlu diperketatkan. Bola sepak adalah sukan kelurga, ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka menonton perlawanan, jadi bahaya kepada mereka jika penyokong menjadi agresif," katanya.
Pada aksi Liga Super pada Jumaat lepas di Stadium Darul Makmur, Kuantan, penyokong JDT dan Pahang dilapor mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan ada penyokong JDT cedera dipercayai terkena balingan objek keras. - Bernama
0 comments for ""Siasat Dengan Segera", Khairi"
Leave a reply