Wanita Disamun Bersenjata

Posted by Admin2u on Sunday 16 February 2014 | 0 comments


MACHANG – Hasrat murni seorang wanita untuk mendengar khutbah Jumaat bertukar detik mencemaskan apabila disamun lelaki yang tidak dikenali bersenjatakan pisau lipat.

Nor Aini Mohd Nor, 57, berkata, dia kerugian kira-kira RM28,000 apabila lelaki itu merampas beg tangan dan mengambil beberapa barang kemas miliknya, dua utas rantai tangan dan dua utas rantai leher.

Menurutnya, ketika jemaah sedang bersolat, lelaki yang berjalan kaki itu datang berdiri di tepi tingkap kereta sebelah penumpang yang dibuka keseluruhan sebelum mengacukan pisau.

“Dia mengugut dan memaksa saya menyerahkan beg tangan yang diletakkan di bahagian kaki serta sempat menyelak tudung saya kerana dia tahu ada rantai.

“Dia mengambil dua utas rantai tangan, dua utas rantai leher dan juga wang tunai berjumlah RM200,” katanya yang tinggal di Kampung Tok Bok dekat sini, ketika menceritakan kejadian yang berlaku berhampiran Masjid Peringat, Melor, Kota Bharu, kelmarin.

Nor Aini berkata, dia ke Kota Bharu untuk melawat abang iparnya yang sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan singgah di masjid itu untuk solat.

Tambahnya, lelaki itu memberi amaran kepadanya supaya jangan membuka pintu jika tidak dia akan mencederakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku pada jam 1.35 tengah hari.

“Takut dengan ugutan suspek, mangsa menyerah semua barangan berharga yang diminta suspek termasuk barang kemas yang dipakai di tangan, leher dan juga beg tangan yang mengandungi kad bank dan dokumen diri.

“Tempat kejadian dan juga masjid tersebut jarak lebih kurang 500 meter dari masjid dan mangsa tidak cam wajah suspek namun menurut mangsa, suspek mempunyai ciri fizikal berbadan besar, kulit berwarna hitam, misai sedikit serta memakai baju kemeja lengan panjang serta meletakkan kain pelekat di atas kepala,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Sumber SinarHarian.

Pin It

0 comments for "Wanita Disamun Bersenjata"

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger