PR Belum Tentu Mengekalkan Kajang

Posted by Admin2u on Tuesday 11 February 2014 | 0 comments


KUALA TERENGGANU – Kerusi Dun Kajang belum tentu menjadi milik PR sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut sebagai calon PKR mempunyai pengaruh yang kuat.

Pengerusi Gerakan Terengganu, Datuk Yap Kea Ping berkata, sikap PKR yang seolah-olah menjadikan isu pengosongan kerusi Dun Kajang sebagai perkara main-main boleh menggugat keyakinan rakyat memberi peluang kedua kepada parti itu.

“Peletakan jawatan Adun Kajang sebelum ini tidak munasabah, seolah-olah mereka menganggap pilihan raya ini main masak-masak.

“Isu ini juga turut menimbulkan rasa tidak setuju rakyat terhadap tindakan PKR. Jadi, tidak tahulah sama ada rakyat mahu sokong Anwar atau tidak.

“Biarlah orang tempatan menilai sendiri sikap PRK yang sanggup menyusahkan rakyat kerana masalah dalaman mereka dan membazir wang,” katanya.

Beliau berkata, kepercayaan rakyat terhadap PKR juga boleh terhakis akibat beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam pentadbiran Kerajaan PR khususnya di Selangor, setelah memasuki tempoh penggal kedua di negeri itu.

Menyentuh perkara sama katanya, pemilihan Anwar sebagai calon juga dilihat tidak begitu sesuai dan laluan boleh diberikan kepada individu lain memandangkan Anwar sendiri telah pun menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Sepatutnya berilah kepada orang lain, pemimpin lain, kalau semua dia mahu ‘sapu’, itu tidak berapa betullah,” katanya.

Mengulas mengenai calon BN, beliau bersetuju sekiranya laluan terus dikekalkan kepada MCA dan memberi peluang kepada parti itu mengetengahkan calon berkaliber untuk melawan Anwar di kerusi N25 Kajang, 23 Mac ini.

Walaupun wujud percanggahan pendapat dalam soal calon sehingga ada yang mencadangkan calon luar dari MCA, Kea Ping khuatir sekiranya perkara itu berlaku ia boleh menimbulkan krisis perpaduan di kalangan parti-parti komponen, sekali gus melemahkan kerjasama antara parti dalam memenangkan calon BN.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, jika MCA tidak mempunyai calon sesuai, pihak terlibat boleh duduk berbincang sesama rakan komponen BN untuk membolehkan satu penyelesaian dibuat sebelum tiba tarikh penamaan calon, 11 Mac ini.

Sumber SinarHarian

Pin It

0 comments for "PR Belum Tentu Mengekalkan Kajang"

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger