Kenapa Org Dulu2 Kurang Bercerai??

Posted by Admin2u on Wednesday, 19 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

KENAPA DULU ORANG KURANG BERCERAI, SEKARANG RAMAI ORANG MUDAH BERCERAI. 

Salah satu sebab zaman ini berlaku banyak penceraian bermula dari 100 tahun dulu. Ketika kaum isteri hanya sebagai suri rumah dan Sang Suami mencari nafkah menyebabkan isteri terlampau bergantung kepada suaminya walaupun suaminya seorang yang bengis, tak romantik, tak hensem, boroi, tak tahan lama dan macam-macam lagi. Mereka kekal dalam perkahwinan sehingga mati. Selepas kematian salah seorangnya, yang ditinggal akan merindu sampai mati. Tapi ramai juga yang BAIK-BAIK berbanding yang jahat.

Dari kes nenek moyang kita yang tertindas dengan karaktor atuk-atuk kita yang bengis dan jahat itu menurunkan pesanan kepada ibu dan nenek kita agar perempuan menyediakan persiapan sekiranya berlaku perceraian dan tidak mudah ditindas suami. 

Lalu generasi berikutnya memberi pendidikan tinggi kepada anak-anak mereka dan menggesa anak-anak mereka turut bekerja membuat simpanan sebanyak mungkin sebagai persiapan jika diceraikan oleh suami. 

Kesan sosiologi, ramai (bukan semua) isteri yang ketahanannya tidak sehebat nenek moyang kita dahulu. Dari kes mahkamah syariah, ada yang disebabkan suami suka picit ubat gigi dari bawah dan isteri suka picit dari atas menyebabkan pergaduhan dan penceraian. Isteri tak perlu risau apa-apa. Simpanan dah ada, kerjaya dah tinggi, anak pun dah ada. Apa perlu risau hidup tiada suami? Pantang suami tegas sikit pun ada yang nak minta cerai. 

Ini fenomena yang berlaku. Truth fact yang pahit untuk ditelan. Jika awak dalam sebuah bot kecil meredah lautan. Ada masa lautan tenang, ada masa ia bergelora. Jika awak dah siapkan sampan kedua semasa awak menaiki sampan suami awak, nanti bila laut gelora sikit awak dengan mudah akan lompat dalam sampan sendiri dan bawa haluan sendiri. 

Perceraian banyak berlaku pada zaman ini kerana semakin kurang kebergantungan isteri terhadap suaminya. Belum kahwin dan buat persiapan perceraian, bagaimana perkahwinan nak kekal lama. Tak salah buat persiapan sekiranya suami meninggal tetapi buatlah persiapan itu BERSAMA SUAMI bukan sendiri-sendiri secara peribadi. Awak pun tak tahu, suami atau awak yang mati dulu. 

Sama dengan cerita ini, Tareq Ibn Ziyad yang belayar merentas laut Mediterranean menuju ke selatan Sepanyol untuk bertempur dengan tentera Spain membakar kapal kesemuanya selepas selamat mendarat di pantai. Balatentera hanya ada 1 jalan untuk kembali bertemu isteri dan anak-anak di seberang sana…iaitu dengan memenangi peperangan. MEREKA MENANG kerana tiada jalan untuk berpatah balik. 

Isteri dulu sangat bergantung kepada suami dan takut diceraikan. Isteri sekarang tak takut suami dan tak kisah diceraikan. Jalan dari kita di Loh Mahfuz sampai ke akhirat nanti semuanya ialah JALAN SEHALA. Jika awak rasa perkahwinan ini jalan yang boleh u-turn, memang anda akan buat u-turn. 

Betul tak?

Alhamdulillah, saya dan isteri hidup rukun damai dalam sebuah bot. Kadang-kadang ada ribut ada taufan, tapi kami masih pegang dalam bot yang sama walaupun bot kami tak besar mana. Sekejap, nak add friend Erra Fazira 

Suami Intan, Daddy Orked, Seri & Lela

Tanda-Tanda Anda Perlu Mencari Pekerjaan Baru

Posted by Admin2u on Saturday, 15 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

1. Sudah tidak ada passion dalam bekerja 
Anda mesti rasa sengsara jika terpaksa bangun pagi setiap hari ke pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang anda tidak suka. Perasaan bosan di mana apabila bekerja anda lakukan ala kadar sahaja. Untuk berjaya dalam kerjaya, anda perlu ada perasaan ‘seronok’ dan semangat untuk melakukan yang terbaik, barulah dapat naik pangkat dan gaji.

2. Masalah kewangan syarikat
Jangan cari masalah dengan pilih untuk setia dengan syarikat yang asyik melengah-lengahkan bayaran gaji anda. Anda ada pelbagai bil untuk dibayar jadi masalah kewangan syarikat adalah masalah kewangan anda juga.

3. Tidak suka dengan rakan sekerja/bos 
Perkara ini sebenarnya biasa berlaku dalam mana-mana syarikat. Anda perlu cuba atasi perkara ini terlebih dahulu Namun jika ianya melampau dan melarat, dan anda tidak nampak sebarang penyelesaian lain, rasanya eloklah anda angkat kaki dari situ.

4. Rasa tertekan dan negatif yang konsisten 
Tekanan di tempat kerja sebenarnya merupakan perkara biasa. Namun jika ia sampai menjejaskan fikiran, ketenangan dan kehidupan anda, ada baiknya anda cari pekerjaan baru. Tekanan di tempat kerja sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan anda secara fizikal atau mental malah lebih teruk lagi jika kedua-duanya sekali.

5. Tidak serasi dengan budaya syarikat / sudah hilang kepercayaan dengan syarikat
Mungkin ada etika atau polisi syarikat yang anda rasa salah tetapi anda ‘paksa’ diri mematuhinya demi memenuhi kehendak kerja. Misalnya jika syarikat anda jenis yang mengamalkan rasuah untuk mendapatkan kontrak ataupun anda perlu menemani klien ke tempat-tempat hiburan walhal anda bukan orang yang selesa dengan persekitaran begitu.

6. Kerja sehingga hilang keseimbangan hidup 
Anda perlu pertimbangkan untuk mula mencari kerja baru jika kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk diluangkan bersama keluarga.

7. Tidak ada peluang untuk menonjolkan bakat atau kebolehan anda
Adakah pihak pengurusan masih tidak ‘nampak’ kebolehan anda walaupun anda telah berusaha bersungguh-sungguh? Semua cadangan anda tidak pernah diterima pakai dan anda juga tidak dapat kenaikan pangkat walaupun sudah bertahun-tahun memberi sumbangan? Jangan buang masa anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut.

8. Kerja makin bertambah tapi gaji tetap sama
Ini juga salah satu tanda anda perlu mencari pekerjaan baru. Terutama sekali jika anda dapati prestasi syarikat makin maju dan stabil tetapi tidak ada sebarang ganjaran yang diberikan kepada pekerja-pekerja. Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’ ,dibuli dan dipergunakan oleh majikan.

Sumber PenPatah

Tips Pakai Cool Fever Sebenar?

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Apakah benar apa yg diperkatakan dibawah ini??

Cara Mendidik Isteri Degil

Posted by Admin2u on Wednesday, 12 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Sudah dinasihati secara lembut tetapi tetap juga tidak mahu mendengar. Tidak tahu teknik menegur isteri yang degil sebegini, suami mula mengambil jalan pintas. Menggunakan alasan tidak mahu mendengar kata, maka isteri diduakan. Jadi bagaimana mahu berdepan dengan sikap isteri yang degil tak dengar nasihat ini?

Menurut pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain kisah degil para isteri ini telah pun berlaku sejak dari zaman para nabi terdahulu. Kisah isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s yang mengingkari dan menolak dakwah suaminya, hingga mereka termasuk di kalangan orang yang kufur dan dimurkai oleh Allah diabadikan dalam al-Quran untuk ditatapi sebagai pedoman dan panduan hidup.

Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan buat suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri yang kurang matang, terlalu manja, emosional tak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego dan sombong serta perkahwinan tidak sekufu. Oleh itu bagaimana suami mendidik isteri sebegini. Ikuti tips daripada Ustaz Mohd Fikri.

Nasihati isteri dengan kebaikan
Bagi suami yang ingin membentuk sahsiah dan peribadi isteri yang bersikap sedemikian, nasihatilah isteri dengan kebaikan. Gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hatinya.

Berikan pujian pada setiap kebaikan yang dilakukan. Untuk mencapai matlamat itu, suami perlu menggunakan kata-kata g baik yang boleh melembutkan hati isteri. Wanita gemar jika dipuji. Sebab itulah, suami perlu memuji isteri pada setiap kebaikan yang dilakukan. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dan makian yang membuatkan isteri ingat sampai bila-bila.

Memulau isteri
Ada juga isteri yang tidak suka mendengar nasihat walau dimarahi. Dalam situasi ini suami boleh bertindak memulaukannya hingga ke tahap memukulnya tanpa mencederakannya. Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 34 yang bermaksud; “Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkan mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu maka janganlah mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka.”

Tundukkan isteri dengan kasih sayang
Dalam konteks menegur isteri agar tidak terasa hati ini sebenarnya ia tidak perlu pukulan, makian dan pemulauan terhadap si isteri, paling mustahak adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Berbincanglah dan berbuallah,dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri adalah manusia biasa yang perlu dibelai dan dipujuk demi mencari bahagia dalam kehidupan.

Latih diri kenali hati budi isteri
Gunakan sebaiknya masa yang ada untuk menegur sikap isteri dan berlatihlah mengenali hati budinya yang positif dan negatif dalam menelusuri ranjau kehidupan. Dalam hal ini, ia merupakan satu usaha yang berbaloi bagi suami dalam membina sebuah rumah tangga yang matang dan bahagia di masa hadapan.

Jangan libatkan orang luar
Ada kalanya keluarga perlu membantu untuk menegur sikap isteri. Tetapi apa yang sebaiknya dalam soal yang remeh ia tidak perlu dicampuri oleh orang lain kerana kebiasaannya rumah tangga yang berantakan ini berpunca daripada campur tangan pihak ‘luar’.

Jangan jadikan ini satu kesilapan dengan membawa orang lain membantu mengatasi masalah rumah tangga kerana mereka juga bermasalah. Cara biasa mereka ingin menghentikan masalah orang lain yang kerap mengganggu hidup mereka ialah ‘memendekkan’ masalah tersebut agar tidak mengganggu kehidupan mereka lagi. Tidak hairanlah separuh kes perceraian yang banyak berlaku di negara kita adalah berpunca campur tangan luar sama ada keluarga, adik beradik, kawan rapat dan orang ketiga.

Anak-Anak Contohi Tauladan Kita..

Posted by Admin2u on Tuesday, 11 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...


Jika akan berkahwin, belajar-belajarkan perbaiki diri, jika baru berkahwin, mulakanlah memperbaiki diri.... Semuanya bermula dengan diri kita dan pasangan kita.

Berubah bukan sahaja untuk diri kita...bukan sahaja untuk pasangan kita...namun juga berubah untuk bakal anak-anak kita....

"Hari Ibu" Saya ialah Hari Hari - Saiful Nang

Posted by Admin2u on Sunday, 9 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

"HARI IBU" SAYA IALAH HARI-HARI

Arwah emak saya buta huruf. Berhenti sekolah darjah 3 dan kerja cuci kain rumah tokey British. Kemudian jadi hamba dan dihambakan oleh seorang seniwati terkenal ketika itu (dah arwah dah pun). 

Apabila cukup umur, emak kerja kilang pembungkusan makanan sebelum kahwin. Selepas kahwin menetap di sebuah estet di Bukit Kapar. 

Mengharungi kesusahan dengan membantu Ayah yang bergaji sangat rendah bekerja di kilang sawit, emak kutip biji sawit kernel yang tidak pecah untuk diproses semula. 

Tahun 1984 kami berpindah ke Felda Tementi dan mengharungi kesusahan dan kepayahan hidup seperti biasa. 

Emak tak tinggalkan harta tetapi kerana cerita emak ia membentuk jatidiri saya sendiri. Saya ada 4 beradik dan saya paling suka dengar CERITA EMAK walaupun kadangkala cerita tu macam cerita ulangan macam cerita "Bukit Kepong" yang main tiap-tiap hari Kebangsaan. Antaranya intipati yang saya ekstrak dari semua cerita-cerita arwah ialah seperti...

1. Hidup bukan untuk diri sendiri sahaja. 
2. Kaya tak berkat kalau tak kayakan orang lain. 
3. Pandai tidak sah jika tidak pandaikan orang lain
4. Hidup bukan untuk perut tapi untuk sumbangan jariah
5. Sentiasa beri lebih dari menerima lebih (tangan di atas lebih mulia).
6. Miskin bukan kerana tiada duit, tetapi ada banyak duit tapi tak cukup.
7. Banyak belajar jangan sampai kurang ajar
8. Jangan sebut MASALAH tetapi CABARAN
9. Jangan lari dari masalah tetapi hadapinya secara tenang kerana masalah yang diselesaikan memandaikan kita.
10. Semua orang sama merah darahnya. Hormati semuanya sekali tanpa mengira siapa. 
11. Sedikit akan cukup jika kita tundukkan tamak. 
12. Banyak tak akan pernah cukup kalau nak beri makan pada ketamakan. 
13. Jangan sampai mati jadi muflis kerana tiada 3 bekalan (anak soleh, sedaqah jariah & ilmu yang manafaat)

Emak saya patut jadi pakar motivasi. Sedar tak sedar, walaupun emak dah tiada tetapi saya tak rasa saya kehilangannya kerana saya sentiasa rasa, saya hidup dalam semangatnya. 

Meraut 2 gugus penyapu lidi sepanjang hari untuk dapatkan RM1 kemudian datang Si Yatim meminta derma lalu diberikan semuanya sekali. Bila saya tanya kenapa beri semua, emak jawap dengan mudah "Rezeki Allah yang beri".

Hampir 6 tahun emak pergi. 
Saya tak rasa emak jauh sangat. 
Saya pun bukannya akan hidup 1000 tahun.

Selamat Memperingati Ibu

Like & Share

10 Panduan Membeli Telefon Pintar

Posted by Admin2u on Tuesday, 4 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...


Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya, apa kata kita cuba dapatkan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna.

1. Keperluan atau kehendak Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak. Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? 

Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat. Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. 

Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.  

2. Terlampau taksub pada resolusi kamera telefon Apabila anda ke kaunter, soalan yang ditanya, berapa megapiksel kamera telefon ini? 5.0 megapiksel? 8.0 megapiksel? Atau 12.0 megapiksel? Adakah ia soalan itu penting? Jawapannya, ya, penting tetapi ia bukan segala-galanya kalau membeli telefon. Anda akan membawa telefon ke hulur ke hilir dan fungsi kamera biasanya digunakan secara mengejut, contohnya merakam kemalangan depan mata atau selebriti yang secara tiba-tiba melintas di depan anda. 

Pada masa ini, resolusi bukan segala-galanya tetapi kepantasan dan kekuatan ‘shutter’ yang paling utama. Bagaimana untuk memilih shutter? Jawapan itu sukar dijawab, hanya satu tips saja iaitu cuba dulu telefon di kedai dengan merakam gambar orang lalu lalang di depan. Lihat saja model mana yang kurang ‘blur’nya. Enjin pemproses itu memainkan peranan lebih penting dan bukannya resolusi. Ketika ini, saya lebih menggemari model iPhone 4 ke atas yang mempunyai kekuatan kamera yang benar-benar baik tetapi tidaklah terlalu hebat. 

3. Terikut-ikut orang atau trend Bak kata-kata dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), ‘Orang mahu radio, dia mahu radio…orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru…’ kita terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama dengan selera orang lain. 

Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai Blackberry atau iPhone saja. Terikut-ikut kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka. Anda boleh bertanya tentang telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan keperluan anda. Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. 

Anda pula terus membeli tanpa mengkaji terlebih dahulu. Akibatnya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya. Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500. 

  4. Pilih pasca bayar yang mahal Apabila membeli telefon pintar, anda pastinya perlukan sambungan data untuk berhubung dengan internet. Pastilah rugi telefon pintar tanpa data kan? Namun, silapnya kita ialah mendapatkan pelan pasca bayar yang mahal. Di pasaran, kebiasaannya ditawarkan pakej 1MB, 2MB, 5MB dan sebagainya. 

Ada yang beranggapan kita perlu mendapatkan pelan paling mahal kerana KERAP guna walaupun hakikatnya penggunaannya hanyalah separuh. Jadi semak dulu keperluan. Kalau setakat bersosial di Whatsapp, Facebook dan Twitter, pelan 1MB sudah cukup. Tetapi tidak salah menggunakan prabayar yang kini ada semurah RM18 sebulan berbanding penggunaan RM88 dan sebagainya. Ia sudah cukup untuk membolehkan anda merewang di internet. Manfaatkan keperluan tersebut.

5. Beli skrin sentuh walaupun tak biasa Kadang-kadang, kita tidak rasa ‘cool’ berdampingan dengan rakan-rakan yang semuanya menggunakan telefon pintar jenis skrin sentuh berharga mahal. Kita pun ingin turut mencubanya sehingga lupa yang kita lebih biasa menggunakan papan kekunci fizikal. Terdapat dua pengguna telefon pintar di negara ini, satu yang gemarkan skrin sentuh dan satu lagi yang lebih biasa dengan butang kekunci. Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana? Kalau mahukan skrin sentuh, banyak jenama di pasaran, kalau mahukan butang kekunci, Blackberry pilihan terbaik sekarang. Kalau sudah nekad menggunakan skrin sentuh, pastikan anda membiasakan diri mempelajarinya. 

6. Kurang membaca untuk sedikit penyelidikan Sesuatu yang jarang pengguna lakukan sebelum membeli telefon pintar adalah membaca. Membaca untuk mendapatkan gajet terbaik mereka. Lihat beberapa majalah atau laman web untuk pastikan anda benar-benar memilih yang terbaik. Lakukan perbandingan dengan menyediakan kertas khas serta pastikan semuanya disemak termasuk harga, sistem operasi, prosesor dan tahap nipis. 

7. Membeli secara bayaran ansuran Kesilapan yang sering kita lakukan adalah ‘biar papa asal bergaya’. Sehinggakan beli telefon pun mahu berhutang. Lebih baik anda dapat membayar sejumlah tunai untuk mendapatkan telefon pintar dan jangan terikut dengan kempen 0% tanpa faedah. Nampak mudah tetapi pada akhirnya kalau anda terlepas membuat bayaran, padah jadinya. 

Lagipun, tempoh pinjaman biasanya setahun hingga dua tahun, bayangkan hanya selepas tiga bulan, sudah ada model baru di pasaran dengan teknologi baru pula itu. Takkan anda mahu berhutang lagikan?Jadi bayarlah secara tunai. Kalau anda tidak mampu, belilah model yang sederhana. Terdapat banyak telefon pintar yang mempunyai harga kurang RM1,000. Lebih baik anda kumpul dahulu dan elakkan membeli produk bernilai lebih RM1,500 kalau tidak mampu.   

8. Tak pentingkan aksesori Selepas membeli telefon pintar, lebihkan belanja untuk menjaganya termasuk pelindung skrin dan sebagainya. Ramai yang berbelanja besar membeli telefon pintar tetapi melupakan soal aksesori yang sepatutnya menambah jangka hayat telefon. 

Saya ambil pelindung skrin sebagai contoh, ia penting untuk memelihara skrin. Kalau jatuh (kebarangkalian yang tinggi) ia akan menyebabkan skrinnya pecah. Itu belum lagi bercakap soal calar dan sebagainya. Lain-lain aksesori yang perlu diberi perhatian ialah kit bebas tangan (biasanya disertakan tetapi kadang kala tidak juga) dan pengecas mudah alih. 

Biasalah, bateri telefon pintar ini sangat cepat menurun ketika penggunaan aktif jadi pengecas mudah alih sangat membantu. Bajet diperlukan untuk tambahan aksesori, mungkin dalam lingkungan RM200. 

9. Pilih storan yang tidak mencukupi Akibat kekurangan bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang, ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar. Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.   

10. Beli saiz besar Ada yang sukakan saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak ergonomik, tidak muat dalam poket. Jadi pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. 

Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik. Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba dulu telefon tersebut sebelum membelinya. 

--------------------------------------------------------------------------------
  p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum... 
----------------------------------------------------------------------------

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi dalam Kandungan

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Assalamualaikum w.b.t... 
BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Khas untuk mama-mama yg sedang preggy ya....betapa unik dan indahnya ciptaan Allah itu.. 10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan Anda: 

1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

 2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam. 

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan

 4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

 5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat. 

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya. 

 7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi. 

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. 

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu. 

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

----------------------------------------------------------
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum...
----------------------------------------------------------

Pantang Larang Hubungan Suami Isteri

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Pantang Larang dalam Hubungan Suami Isteri:
1) Jgn Puji Org luar, jiran tetangga atau sadara mara secara berlebihan.

2) Hindar meninggikan suara / menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak menguris hati.

3) Usah Lontarkan kritikan peda yang mengguris hati dan perasaan pasangan. Sentiasa membuak hati untuk menerima pandangannya.

4) Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam Syurga utk si Pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.

5) Usah meninggalkan Isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elakkan juga menjauhkam diri dariapda isteri walaupun ketiak isteri sedang haid.

6) Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/ betul setiap masa.

------------------------------------------------------------
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum...
-------------------------------------------------------------

4 Jenis Perempuan Yg Di Elak Lelaki

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Memang susah untuk kenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun perempuan pada pertemuan pertama. Memerlukan masa untuk memahami perasaan dan pandangan orang yang ingin didekati itu. 

Beberapa sifat perempuan yang lelaki tak suka dan menggelak untuk berdamping dengan perempuan tersebut. Tapi bukan semua lelaki yang bercita rasa macam ni. 

Antaranya: 
1. Perempuan manja Sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Lebih merisaukan, perempuan jenis ini sukar untuk dikenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat. 

Mula mula, meraka akan berubah bila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu.Tapi apabila mereka mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki. 

2. Perempuan benci lelaki Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada perempuan jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat mereka yang jauh berbeza berbanding perempuan lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka. 

Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka. Lelaki hanya suka bergaul dengan mereka tanpa memikirkan sebarang komitmen dan bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin sebab fikiran jahat untuk menjalin hubungan seks semata-mata. 

3. Perempuan berkarier Ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan perempuan berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan terancam untuk bersama perempuan jenis ini. Tapi, sang lelaki beranggapan bahawa perempuan yang berjaya tidak memerlukan lelaki. Perempuan yang memiliki karier yang stabil akan membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri.

Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. So, kehadiran seseorang lelaki tak mampu menandingi apa yang mereka ada. Tapi,ada jugak lelaki yang suka perempuan jenis ini kerana dari segi kewangan,perempuan tidak bergantung kepada mereka.

4. Perempuan banyak cakap Mengikut perspektif lelaki,perempuan yang banyak cakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan perempuan menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Tapi, bergantung kepada topik perbualan seseorang individu. 

Contohnya, bila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, pemain dan keputusan. Sebaliknya, bila topik bertukar kepada yang lebih feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak menceceh. So, orang perempuan yang dalam usaha nak menangi hati lelaki, elak elakkan lah bersikap macam ni ;p

----------------------------------------------------------------------- 
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum... 
-----------------------------------------------------------------------

Rahsia Menambat Hati Lelaki (Yg Dah Kahwin)

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


:: Rahsia Menambat Hati Lelaki ::
  AMARAN KERAS DARI ADMIN::::

Beberapa Tips Hanya Sesuai Untuk Mereka Yang Telah Bekeluarga Sahaja... Yang Tak kawin Tak payah Nak GEDIKs2 Ngn BF Hang....Pakwe Hang..."Baby Besar" hang... "Abg" hang... "Darling" Hang..... "Boboy Bucuk" Hang...  

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki? 

Terima lelaki agar dia menerima anda Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda. 

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda. 

Berubah untuk menikmati perubahan Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya. 

Sanggup memberi untuk menerima Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya. 

Menangkan lelaki untuk menang Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda. 

Sifat negatif akan membuah kesan negatif Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. 

Kritikan akan membuahkan kritikan Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula. 

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan. 

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda. 

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda. 

Panggillah lelaki dengan panggilan manja Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita. 

Hormati dia sebagai lelaki Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat. 

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka: 

 Hidup lelaki lebih mudah Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki. 

Bahasa lelaki adalah berlainan Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. 

Lelaki suka membisu Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu. 

Lelaki tidak kompleks Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. 

Jangan paksa lelaki Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau. 

Lelaki berahsia dengan lelaki lain Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima. 

Lelaki pentingkan kejujuran Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya. 

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. 

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian. 

Lelaki juga mahukan sokongan Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…” 

Lelaki dan ego Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. 

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. 

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. 

Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki. 

Lelaki suka menyelerak Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak. 

Lelaki diumpan menerusi matanya Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan.

Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. 

Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki. 

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang: 
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan 

2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan. 

3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya. 

4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya. 

5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita. 6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya. 

7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri. 

8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak. 

9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum. Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. 

Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki. Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki Ada ramai wanita di dalam dunia ini. 

Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? 

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita. 
1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut. 

2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan. 

3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita. 

4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka. 

5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya. Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger