Cara-Cara Nak Dapat BR1M Setiap Bulan.. Ada Bran?

Posted by Admin2u on Saturday, 15 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...


Cara Nak Dapatkan BR1M Setiap Bulan!!

Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda. Seorang pak cik leka membelek akhbar Utusan Meloya sambil hisap rokok daun di sebuah meja. Datang seorang anak muda duduk di hadapannya sambil memesan segelas air dari tokeh warung. Dialog seterusnya...

Anak Muda: Assalamualaikum, Pak cik
Orang Tua: Waalaikum Salam...(sambil terus belek akhbar utusan dan geleng2 kepala)

Anak Muda: Nape pak cik geleng2 kepala tu? Ada berita buruk ke pak cik akhbar hari ni?
Orang Tua: (letak akhbar, hirup kopi dan memasang rokok daunnya) Ermm..aku pelik
dengan Pembangkang ni...Semua yg Najib buat semua salah...Naik harga gula utk kebaikan rakyat
pun mereka bantah...pelik betul!! Gula tu memang penyebab kencing manis...memang
patut dinaikkan pun..

Anak Muda: Ohh...pasal tu. Abis tu, pak cik setuju ke gula dinaikkan 35 sen?
Orang Tua: Memang setuju asalkan rakyat kita terjaga kesihatannya. Najib bagus..ambik berat
hal rakyat.

Anak Muda: Pak cik sekarang ni ada alami sebarang penyakit tak? (Sambil hirup teh yang
baru sampai)
Orang Tua: Pak cik sejak dulu memang kurang minum manis2 ni. Sbb tu pak cik takde kencing
manis. Jadi langkah najib tu tepat lah..

Anak Muda: Penyakit apa yang Pak Cik ada sekarang ni?
Orang Tua: Cuma darah tinggi je lah...kencing manis memang takde...

Anak Muda: Cehh..tak adil Najib ni. Sian orang macam Pak cik ni...
Orang Tua: ehhh...nape pulak?

Anak Muda: Kenapa dia hanya jaga orang kencing manis je...abis tu darah tinggi macam mana
pulak? Patutnya Najib naikkan harga garam juga....baru adil..Dalam masakan yg paling
banyak orang guna adalah garam bukan gula...
Orang Tua: Aaahhh...ko memang sengaja nak cari salah Najib...Aku dah kata pembangkang macam
tu...cari salah je pandai...semua nak komplen...kasi BR1M sapu gak!! (sambil jeling
tajam kat Anak Muda)

Anak Muda: Ehhh...BR1M? Saya boleh kasi Pak Cik BR1M bukan setahun sekali...setiap bulan saya
boleh kasi pak cik? Sebut saja pakcik nak berapa? Setiap bulan saya boleh kasi pakcik...betul ni,
bukan main2..
Orang Tua: Eleehhh...ko nak kasi aku BR1M? hahaha...rokok pun beli batang...hahaha (sambil
ketuk2 meja..)

Anak Muda: Serius ni pakcik...Pakcik sebut je berapa BR1M pakcik nak...saya boleh kasi tiap2
bulan!! Bukan setahun sekali macam Najib tu. Ni hah...(sambil tunjuk pada tokeh kedai yang
mendengar perbualan) Pak Ali tokeh kedai ni boleh jadi saksi...cakap lah, berapa BR1M pak cik
nak dari saya tiap2 bulan?
Orang Tua: Ok..ok..(sambil berdiri nak marah). Aku tak mahu banyak dari kau. Kau kasi aku tiap2
bulan hanya RM 100 je. Boleh? Hahahaha...baru nak hidup dah nak tunjuk pandai ngan aku...

Anak Muda: Alaaa...nape sikit sangat Pak Cik mintak? Up la sikit....
Orang Tua: Tak payahhhhh....ko kasi aku seratus ringgit je sebulan cukup lahh...jangan berlagakkk!!

Anak Muda: Ok, baiklah. Saya akan kasi pakcik tiap2 bulan seratus ringgit....tapi dengan satu
syarat...
Orang Tua: Laaa...syarat apa pulak? Mana boleh syarat2 plak...nak kasi..kasi je lahhh...Jangan nak
belit2...

Anak Muda: Memang la ada syarat. Najib pun camtu...sebelum dia umum nak kasi BR1M,
sebelum pilihanraya dia kata...undi BN..kita kasi BR1M...kita naikkan jumlah BR1M...itu kira
macam syarat la tu...
Orang Tua: Ok lahhh...apa syaratnya?

Anak Muda: Syaratnya, setiap hari pakcik kasi saya lima puluh ringgit...cukup sebulan saya kasi
pakcik BR1M seratus ringgit, amacam? Setuju?
Orang Tua: Woiii...ko ingat aku bodoh ke? Ko mambik duit dari aku tiap2 hari lima puluh rtinggit,
sebulan ko kasi aku seratus? Ko ingat aku ni bodoh sangat? Ko guna duit aku, bayar pulak kat
aku hanya seratus? Ko untung pulak lagi....jangan nak bodohkan aku...aku tak la bodoh sangat ok..

Anak Muda: Haaaa...kalau tak bodoh baguslah!! Macam tu lah Najib punya cara kasi BR1M, tau tak? Hahahaha... (sambil bangun dari kerusi
menuju ke tokeh kedai untuk bayar minuman)
Orang Tua: (terkebil2 sambil pandang Tokeh Kedai yang ketawa besar) Kurang ajar budak
nihhhh....!!!

Jom Sampaikan Cerita ini Kepada Masyarakat Luar Bandar & Felda yg terlalu mengharapkan BR1M!!

Sepahtu Berjaya Bolot RM500 Ribu, Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Posted by Admin2u on Saturday, 8 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Kumpulan Sepahtu berjaya membolot wang tunai berjumlah RM500,000 apabila menjuarai pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, tengah malam tadi.

Tempat kedua pula dimenangi Shiro dengan RM250, 000, ketiga (Bocey/ RM150,000), keempat (Jambu/ RM50,000) dan kelima (Nabil /RM15, 000).
Sumber Hmetro.


Admin: Tu diaaa... RM500 Ribu tuuu.... Buat lawak dan bagi rakyat gelak sampai Jiran depan Rumah Admin pun mcm Hantu Tak harum Tengah Malam dibuatnya....


Rakyat malaysia ni kalau tak gelak memang tak boleh ke? dah lah buat lawak tah ape2... Failed!!

Kata Kerja Baru: BER-JDT

Posted by Admin2u on | 1 comments | Leave a comment...

Sejak dua menjak ni.. dengan adanya perlawanan bola sepak yang penuh dengan drama... Maka Rakyat Malaysia Rata2 makin kreatif.. 



Apakah Kata Kerja Terbaru ini akan di iktiraf oleh pihak yg bertanggungjawab dlm meluluskan kata2 baru B.Malaysia ini?? Hurmm...

Anyway peminat JDT jangan Marah naaa... Alah.. Admin Gurau2 Manja jer... :)

Admin paling suka dengan semangat penyokong JDT tang Lagu.. Mereka Terbaik Bab Lagu kerana menyanyikan dengan penuh semangat.. Moga2 Pasukan lain begitu jua agar suasana perlawanan tampak menarik dan bertenaga....

Lawak | Nasi Kukus Panas utk Dijual - Mudah.My

Posted by Admin2u on Thursday, 6 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Ingin Menjual Kembali Nasi yang dibeli.. Kerana Tersalah bubuh something yg dia tak mau... Terbaik punya... 

Terkadang mari memikir mcn mana dan apa procedure Mudah.My utk meluluskan suatu Iklan? Adakah Penjam mata dan Accept jer? 

Atau just saja Marketing Mudah.my utk mempromosikan laman websnya?

Atau ada yang cuba Edit utk bergelak ketawa? Tak tahu kesahihannya.. Apa pun layan.. sbbnya kalau di ikutkan sblum ini pun sudah ada iklan2 yang pelik kita peroleh dari Mudah.my ni..Tapi Admin tak pernah tengok live... :)



Hensem, Sultan Melaka Vs KJ (1-0)

Posted by Admin2u on Wednesday, 5 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Huhu.. Sapa lebih hensem... ???
Sekali KJ menjawab... Sultan Melaka Tgk KJ yg tak hensem tu....


Lawak | Posmen

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Seorang posmen yang datang menghantar surat. 

Posmen: "Assalamualaikum.."
Sameon: "Walaikumsalam.."

Posmen: "Ni rumah encik encik Sameon ye?"
Sameon: "Ya saya."

Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni?"
Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Lawak | Nenek Pukul Cucu

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya. 

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.. nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani..

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri. 

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah. 

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah, "Anakku dipukul orang.. dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

Lawak | Ape!!! Lewat 1 Bulan ??

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????...................

Lawak | Cacing Yang Jijik !!!

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya. 

"Ibu, manusia itu apa..?" Tanyanya.

"Hisssh... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.

Jatuh Talak 3 kerana WIFI

Posted by Admin2u on Monday, 3 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...


SELALU disebut orang, wanita lebih setia berbanding lelaki. Betulkah? Sama seperti dalam banyak hal yang lain, walaupun mungkin benar wanita lebih setia dalam percintaan tetapi pastinya bukan seratus peratus. Cuma daripada pemerhatian rambang, wanita sering dianggap lebih setia.

Tengoklah pada kawan-kawan kita, saudara mara kita, berapa ramai wanita yang terus hidup sendiri, tidak cari pengganti selepas kematian suami. Tidak. Saya tidaklah sampai mengatakan mereka yang berkahwin lagi itu sebagai tidak setia. Itu soal jodoh dan juga ada sebab-sebab yang lain.

Islam dan budaya kita pun tidak menghalang sesiapa juga untuk berkahwin kali kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun setelah habis tempoh iddahnya. Ini sekadar perbandingan mudah dalam konteks setia cinta antara lelaki dengan wanita.

Dan kita lihatlah pula bagaimana lelaki yang berhadapan situasi serupa. Berapa ramai yang kekal hidup menyendiri selepas kematian isteri atas alasan tidak sanggup untuk menduakan si dia yang sudah pergi dan hati menolak kehadiran orang baru untuk bergelar pengganti. 

Banyak yang saya jumpa untuk tempoh seminggu atau dua tiga minggu pertama, sedih hibanya tidak terkata. Lepas sebulan, akan disebut-sebut, kawan-kawan di surau , di pejabat sudah bertanya, “bila nak cari pengganti?”

Beberapa hari kemudian, keluarlah status baru: “hidup mesti diteruskan ...” Masuk bulan kedua, bukan setakat status Facebook, status diri pun sudah baharu, ‘kalau dah jodoh ...!’

Itulah yang kita biasa perhatikan walaupun bukanlah maknanya semua lelaki demikian. Pada zaman dahulu, dicipta orang perumpamaan untuk menggambarkan mereka yang cepat bertemu jodoh baharu selepas kematian pasangan iaitu ‘tanah kubur masih lagi merah ...’

Itu zaman dahulu. Zaman sekarang lain pula. Seiring dengan perkembangan teknologi, diciptakan pula perumpamaan baharu. Untuk menggambarkan betapa wanita lebih setia berbanding lelaki, hati mereka diumpamakan seperti wifi. Wifi seperti yang kita tahu hanya boleh diakses oleh yang memiliki kata laluan atau password sahaja.

Ini khusus kepada yang diiktiraf sebagai pasangan sahaja, sama ada suami atau kekasih yang sejati.

Manakala hati lelaki pula, kononnya diumpamakan dengan aplikasi ‘bluetooth’. ‘Bluetooth’ seperti yang kita tahu apabila berdekatan, akan ‘connect’ sebaliknya tatkala berjauhan, ia akan ‘try to search a new device’ atau cuba mencari pasangan baharu.

Betulkah begitu? Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, penilaian terhadap hal-hal yang semacam ini tidak akan ada yang seratus peratus betul atau seratus peratus sama. Ianya adalah pada diri masing-masing. Sendiri tanya, sendiri juga yang kena jawab!

Ada pun berkaitan dengan wifi, satu lagi kisah yang walaupun bunyinya sekadar olok-olokan tetapi elok juga dijadikan peringatan.

Dikisahkan daripada seorang peguam yang menyampaikan cerita ini kepada saya bahawa seorang suami yang panas baran menerima SMS daripada bekas jirannya yang baru berpindah.

Dalam SMS itu, pemuda bekas jirannya itu meminta maaf kerana katanya selama mereka tinggal berdekatan, dia sudah beberapa kali curi guna 'wife' lelaki itu.

“Saya minta maaf sebab saya tahu saya berdosa kepada tuan kerana guna ‘wife’ tuan tanpa kebenaran,” demikian pengakuan pemuda berkenaan.

Lelaki itu pula yang tanpa usul periksa balik ke rumah terus mengamuk lalu menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus.

Tidak lama kemudian, dia terima satu lagi SMS daripada bekas jirannya itu: “Minta maaf tuan, bukan wife tapi wifi. Salah ejaan.”

Ya, cerita ini mungkin sekadar rekaan walaupun ada juga komen rakan-rakan yang mengaku pernah dengar cerita yang hampir sama atau seumpamanya bahawa hal yang seperti itu pernah berlaku secara realiti. Apa pun bagi saya, ia baik untuk kita jadikan peringatan.

Orang yang panas baran mudah hilang pertimbangan dan dalam keadaan hilang pertimbangan apa-apa yang tidak logik, tidak munasabah pun boleh berlaku tatkala kerasukan. Jadi waspadalah.

Berdoa pada ALLAH minta perlindungan daripada hasutan syaitan pada setiap masa kita. Jangan sampai nasi jadi bubur apa lagi yang berkaitan dengan talak.

MUHAMAD MAT YAKIM

Selamat Datang ke Oh Buletin

Posted by Admin2u on | 4 comments | Leave a comment...

Assalamulaikum dan Selamat Datang Ke Oh! Buletin... 
Oh Buletin atau Oh! Buletin Merupakan Website berbentuk Blog Buletin yang Memaparkan dan Menyampaikan Berita Terkini, Isu-Isu Semasa, Kisah-Kisah Politik, Slot Agama, Perkongsian Informasi dan Tips, Hiburan, Sukan, Bisnes, Koleksi Cerita Lawak, Pelik, Seram dan Lain-Lain kepada Setiap Lapisan Umum Masyarakat yang Melawat Website Ini.


Kami menyambut kedatangan Anda dengan Tangan Terbuka bagi memeriahkan lagi Keadaan di Oh Buletin.
Segala Teguran Membina Amat kami hargai bagi meningkat dan menambahbaikkan Website Blog Oh Buletin ini.

Sekian Terim Kasih.
Admin2u
(Admin Oh! Buletin)

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger