Australia menghantar Pesawat Ke-Dua: MH370
Posted by Admin2u on Monday 10 March 2014 | 0 comments
MELBOURNE - Australia pagi ini menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin untuk mencari pesawat Malaysia Arlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang sejak awal Sabtu.
Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada hari ini, menurut Australian Associated Press.
Marshal Udara, Mark Binskin berkata, pesawat mengawal maritim dan pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai dengan operasi. Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.
Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing. - Bernama
0 comments for "Australia menghantar Pesawat Ke-Dua: MH370"
Leave a reply