Buletin Terbaru

Isu Semasa

Politik

Agama

Hiburan

Sukan

Informasi

Global

Bisnes

Automotif

Teknologi

Tips

Lawak

Pelik

Ulasan Richard Quest bersama 1st Officer: MH370

Posted by Admin2u on Monday 10 March 2014 | 1 comments | Leave a comment...


Berikut merupakan wawancara CNN bersama dengan Richard Quest yang pernah bersama-sama dengan 1st Officer (After Kapten)...

Pesawat Telah di Temui ???: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Berita VIETNAM: Kapal MH370 setelah lose communication selama 17 jam,dikesan di 065515,1033443 (ni longitude latitude kot) oleh pasukan penyelamat Filipina.

Keadaan kapal agak teruk semasa dikesan namun belum berkecai,kebanyakkan badan kapal telah tenggelam dalam air dan cuma bahagian belakang kapal sahaja yang timbul. 

Terkesan mangsa yang berkumpul di bahagian belakang kapal disamping lebih kurang puluhan orang mangsa terkesan di kawasan perairan berdekatan kapal yang masih hidup. 

Pegawai navy Vietnam menyatakan ini adalah satu keajaiban kerana jumlah mangsa yang terkorban adalah jauh lebih rendah dari jangkaan. Setakat ini Malaysia,China,indonesia,vietnam,singapore dan filipina sedang menuju ke tempat tersebut.

ATM.
a. KD PAHANG belayar Kuantan 081430H Mac 14. JMT kawasan SAR 090200H membawa bersama 3 x Diver, 30 x Body Bags, 1 x Medical (Sjn).
b. KD TERENGGANU belayar dari Selatan Horsburgh Light House 081430H Mac 14. JMT kawasan SAR 091230H Mac 14.
c. Pesawat King Air TUDM berlepas Subang 081220H Mac 14.

Maklumat Tambahan:
APMM.
a. 1 x pesawat CL 415 Bombardier 01 berlepas Subang 081133H Mac 14. 1 x pesawat Bombardier alert state di Subang. 1 x pesawat Bombardier 02 dan 2 x Agusta (102&103) dalam keadaan state alert.
b. KM LANGKAWI, KM AMANAH & KM SEGANTANG berada di kawasan SAR.

TIADA KESAHIHAN... Sumber

"Kemungkinan di Rampas" DCA: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar sejak Sabtu lalu, dirampas.

Namun, menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya memerlukan bukti kukuh bagi mengesan apa yang berlaku ke atas MH370 itu.

“Pada tahap ini, kami tidak menumpukan pada mana-mana kemungkinan. Kami melihat pada semua sudut tentang apa yang mungkin berlaku pada pesawat tersebut,” katanya pada sidang media di Hotel Sama Sama, hari ini.

Bagi mengesahkan apa yang berlaku, DCA tetap memerlukan bukti kukuh dalam bentuk bangkai pesawat.

“Malangnya, kita masih tidak dapat menemui mana-mana bahagian pesawat ataupun mengesan lokasinya,” katanya.

Sehingga jam 7 malam, masih tiada sebarang penemuan dilaporkan daripada mana-mana unit yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan-kawasan terlibat.

SinarHarian

"Raja Bomoh" Turut Turun Bantu Cari: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SEPANG - Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.

"Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.

Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air.

Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy. - Bernama

Telefon Berdering, Tapi Tiada Jawapan: MH370

Posted by Admin2u on | 1 comments | Leave a comment...

SHAH ALAM - Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.

Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain.

Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.

"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi.

"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya.

Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut.

FBI Tak Tolak Aspek Keganasan Dalam: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut laporan media AS yang memetik seorang pegawai kerajaan, penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.

Pegawai itu juga dipetik berkata FBI tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat tersebut. 

Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan.

Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu.

"Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan."Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya.

Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam kemudian mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi. Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal - Bernama

Wajah-Wajah Kru & Penumpang Malaysia: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Berikut merupakan wajah2 Kru dan Penumpang Malaysia... 


Tiada Letupan Dikesan Di Laut China Selatan, Pentagon: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

NEW YORK - Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

The New York Times melaporkan memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu sebagai berkata, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu.

Pegawai ditemuramah itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat terbabit adalah sulit.Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan di jadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Teori Pesawat Meletup di Tolak: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Teori pesawat #MH370 itu meletup di udara ditolak selepas akhbar The New York Times memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pegawai itu dipetik sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan #MH370 tidak meletup di Laut China Selatan berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia. 

Sementara itu, episod kehilangan #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) kini tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria. 

Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan selepas lebih daripada 48 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh. 

"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi #MH370 belum dijumpai. 

Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. 

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui. Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup ketika mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan. 

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA. "Saya masih hairan takkanlah (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya. 

Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines. CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370. 

Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang. 

Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan pembabitan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama

Kapten Zaharie Bina Simulasi Sendiri di Rumah: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SHAH ALAM – Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut ‘diterbangkan’ di rumahnya.

Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.

Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya. Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.

Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama “Kapten Zaharie Ahmad Shah” telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi.

Sumber Forum

Luigi Maraldi "Penumpang" Kehilangan Sedang Bercuti: MH370

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Bercakap kepada The Star, Maraldi, 37, yang kini sedang bercuti di Phuket berkata, beliau sudah melaporkan kepada polis, jabatan imigresen Thailand dan pihak Kedutaan Itali berhubung kemungkinan identitinya digunakan oleh individu yang menaiki pesawat yang hilang daripada radar tersebut.

"Saya OK. Saya nak ke pantai. Saya tak tahu bila semua ini berlaku. Semua orang mula cuba menghubungi saya termasuk wartawan daripada Itali. Tapi saya fikir saya tidak mahu diganggu," katanya.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya pada 1 Ogos 2013 selepas mencagarkan kepada agensi kereta sewa dan hanya diberitahu telah hilang sewaktu mahu mengembalikan kereta berkenaan. Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Itali.

Laporan mengenai kehilangan pasport itu terdapat dalam pengkalan data polis antarabangsa (interpol). Selain Maraldi, turut dilaporkan satu lagi pasport milik warganegara Austria turut digunakan oleh individu untuk menaiki pesawat MH370.

Namun, pemilik sebenar pasport itu, Christan Kozel dilaporkan masih hidup dan berada dalam keadaan baik oleh pihak berkuasa.  Kozel memberitahu media negaranya bahawa pasport miliknya dicuri ketika melawat Thailand pada 2012.

mStar

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger