Tok Gajah di Belasah Penyu...

Posted by Admin2u on Sunday, 16 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Kuala Terengganu: Terengganu muncul pendahulu baru Liga Super selepas menewaskan pasukan tetangga, Pahang 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Abdul Rahman Ibrahim mengutip 10 mata sekali gus merampas kedudukan Selangor yang dibelasah Johor Darul Ta’zim 4-1 di Larkin. 

Tuan rumah bermula garang dengan mencemaskan gawang pelawat melalui gandingan jentera serangan Marcio Souza dan Nor Farhan Mohamad seawal minit kedua. 

Berselang empat minit selepas itu, giliran skuad kendalian, Ronald Smith melancarkan serangan balas dan hampir membocori gawang tuan rumah, namun tandukan Matias Ruben Conti berjaya diselamatkan Mohd Sharbinee Alawee.

‘Orang besi’ tumpul Berpunca sepakan percuma pemain import kelahiran Australia, Mario Karlovic berjaya membawa Terengganu di depan pada minit ke-20 apabila bola sepakannya melantun sebelum menerjah jaring memperdayakan Mohd Khairul Azhan.

Sumber: Bharian

Kahwin Muda Tidak Menghalang Kerjaya

Posted by Admin2u on Thursday, 13 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

KOTA BHARU – Perkahwinan pada usia muda bukan penghalang kerjaya pemain pertahanan The Red Warriors (TRW), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, 24, dan pasangan, Nor Farah Alia Ahmad
Ramzi, 20, menjalani rutin harian masing-masing walaupun berlainan bidang.

Malah, Nik Mohd Shahrul Azim yang juga dikenali dengan gelaran Pok Nik dalam kalangan penyokong dan rakan sepasukan menyifatkan, pengalaman baru bergelar suami memberi semangat berlainan terutamanya persiapan menghadapi perlawanan besar selepas ini.

“Saya makin bersemangat, perkahwinan ini langsung tidak akan jejaskan perancangan masa saya untuk pasukan, malah perkahwinan banyak mematangkan kami yang mungkin ‘terlalu muda’ menghadapi cabaran alam suami isteri.

“Walaupun selepas ini masing-masing akan berjauhan buat sementara, kami sudah bersedia untuk memahami kerjaya masing-masing. Apa yang penting, sokongan isteri sentiasa bersama saya dan berharap dia akan menjadi suri hidup saya yang solehah serta setia hingga akhir hayat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, hampir 500 tetamu memenuhi dewan utama Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) semalam, bagi menghadiri majlis resepsi perkahwinan pasangan tersebut yang turut dihadiri pegawai pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), pemain bola sepak Kelantan dan keluarga kedua-dua mempelai.

Nik Mohd Shahrul Azim yang berasal dari Rantau Panjang dan Nor Farah Alia, melangsungkan perkahwinan pada 8 Februari lalu, selepas bertunang pada 23 Ogos setelah setahun saling mengenali.

Nor Farah Alia yang kini menuntut di semester dua Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan pendidikan Kemahiran Hidup berharap pasangannya akan menjadi seorang suami bertanggungjawab, penyayang dan tidak mengabaikan keluarga.

“Suami sebagai seorang atlet sukan harus pandai membahagi masa bersama keluarga selepas ini, selain menjadi suami terbaik buat saya dan membimbing keluarga kami ke jalan yang diredhai,” katanya menerusi tayangan video yang ditayangkan.

Ibu Nor Farah Alia, Siti Faridah Ilias Khan ketika ditemui tidak sangka anak ketiga daripada lima beradik itu akan melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola sepak.

“Syukur alhamdulillah, saya harap Nik Mohd Shahrul Azim akan jaga Nor Farah Alia sebaik mungkin selepas ini. Biar pun umur mereka masih muda, tebalkan kesabaran, faham memahami dan saling membantu dalam hal keluarga, itu yang paling penting,” katanya.

Sumber SinarHarian

Pahang vs Khairy... Panas....

Posted by Admin2u on Wednesday, 12 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Begitulah bila mana menteri bersuara..  Orang pahang.. ada komen tak ? Kasi panas line skit huhu.. So apa maksud En Khairy ni? Keadilan? OK.. Mintak org Pahang Tolong jawab :)


"Siasat Dengan Segera", Khairi

Posted by Admin2u on Tuesday, 11 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) segera mengeluarkan hasil siasatan berhubung insiden dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu.

Beliau berkata tindakan seorang pemain dan penolong jurulatih T-Team bersumpah Al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu malam tadi dilihat sebagai sesuatu yang amat serius.

Mereka mengangkat sumpah seperti yang disarankan Ahmad sebelum ini yang percaya langkah itu mampu merungkai perkara sebenar yang berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain.

"Ada sesuatu yang berlaku, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat, tetapi apabila ada pemain dan pegawai sanggup mengangkat sumpah, perkara ini bukan perkara remeh.

"Saya ada menghubungi Datuk Hamidin Mohd Amin (Setiausaha Agung FAM) memaklumkan kepada beliau perkara ini adalah serius dan tidak boleh diketepikan.

Kalau memang ada kejadian yang tidak diingini berlaku di Stadium Larkin, FAM kena membuat pertuduhan.

"Jika ada kesalahan jadi perlu dihukum, hukuman itu haruslah tidak pilih kasih. Saya hanya menteri belia dan sukan, saya tidak boleh membuat sebarang hukuman. Sekiranya FAM tidak mengambil tindakan terhadap apa yang berlaku, kredibiliti FAM akan terjejas," katanya.

Khairy juga meminta FAM memperketatkan lagi kawalan keselamatan di stadium bagi mengawal tindakan agresif penyokong bola sepak tempatan. 

"Ada sekumpulan penyokong yang muncul boleh dikatakan sebagai samseng, saya juga telah memaklumkan kepada Datuk Hamidin yang saya bimbang perkara ini.

Kerjasama dengan pihak PDRM (polis) perlu diperketatkan. Bola sepak adalah sukan kelurga, ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka menonton perlawanan, jadi bahaya kepada mereka jika penyokong menjadi agresif," katanya.

Pada aksi Liga Super pada Jumaat lepas di Stadium Darul Makmur, Kuantan, penyokong JDT dan Pahang dilapor mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan ada penyokong JDT cedera dipercayai terkena balingan objek keras. - Bernama

JDT Tidak Perlu Angkat Sumpah...

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

TIADA keperluan bagi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengangkat sumpah dengan al-Quran bagi mencari kebenaran berhubung insiden di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin awal bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, sebaliknya pasukan itu akan terus mempunyai keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk melakukan siasatan yang tidak berat sebelah.

"Masalah yang berada di dalam (terowong), mungkin kita perlu tunggu siasatan polis dan kita perlu yakin dengan pihak berkuasa yang mana keputusan yang akan dicapai kelak tidak akan memberi 'bias' kepada mana-mana pasukan," katanya.

Beliau diminta mengulas saranan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said agar pemain T-Team dan JDT bersumpah tentang kejadian tersebut.

Zulkurnain ditemui di sini hari ini selepas menyerahkan insentif kepada atlet Johor yang mewakili negara ke Sukan Sea serta Sukan Para Asean 2013 di Nay Pi Taw, Myanmar. 

60 atlet dan pegawai sukan Johor yang menyertai kejohanan tersebut menerima insentif berjumlah RM138,700.

Zulkurnain berkata, keputusan FAM memberikan kemenangan kepada JDT adalah adil kerana ia mengikut peraturan yang termaktub.

Ahmad Said yang amat kecewa dengan keputusan FAM itu baru-baru ini mahu mendapatkan penjelasan sebenar dari pengurusan dan pemain T-Team yang menyaksikan insiden itu dan meminta mereka bersumpah al-Quran di hadapannya.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memberi kemenangan 3-0 kepada JDT, sekali gus melayakkan pasukan Harimau Selatan itu ke suku akhir selepas T-Team enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua pusingan kedua Piala FA.

T-Team yang ketinggalan 2-1 enggan meneruskan perlawanan kerana bimbangkan soal keselamatan selepas pemain import pasukan itu Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikatakan dikasari oleh pegawai pengurusan tertinggi JDT di dalam terowong ke bilik persalinan pasukan. - Bernama

Penyokong JDT di Tahan

Posted by Admin2u on Sunday, 9 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Pekan: Akibat provokasi melampau dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa, seorang penyokong Johor Darul Takzim (JDT) ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, tengah malam kelmarin.

Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku ketika sekumpulan penyokong JDT membuat laporan di IPD berkenaan kerana mendakwa dipukul serta dibaling objek keras oleh penyokong tuan rumah di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, selepas perlawanan Liga Super membabitkan dua pasukan itu. 

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Yahaya Othman berkata, pihaknya terpaksa menahan individu itu bagi mengelak kejadian tidak diingini, seterusnya mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua penyokong. 

Katanya, ketika laporan dibuat, kira-kira 200 penyokong Tok Gajah menunggu di luar IPD kerana tidak berpuas hati selepas mendakwa bas membawa penyokong JDT menghimpit motosikal dinaiki mereka hingga menyebabkan kecederaan.

“Kita bertindak pantas mengawal keadaan supaya tiada insiden pergaduhan antara penyokong. Kita meminta mereka bersurai atau akan dikenakan tindakan undang-undang namun tidak diendahkan.

“Oleh itu, kita menahan seorang penyokong JDT berusia lingkungan 20 tahun kerana mengingkari arahan selain melakukan provokasi kepada penyokong Pahang dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Sumber Hmetro

Abe Mad Kecewa dengan Sikap FAM

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

HULU TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mempersoal tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didakwa gagal mengambil kira isu keselamatan dalam insiden membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan pusingan kedua Piala FA minggu lepas.

Beliau mengulas tindakan FAM yang memberi kemenangan percuma 3-0 kepada JDT pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin. 

Ahmad Said berkata pasukan T-Team bukanlah bodoh untuk menarik diri sesuka hati pada perlawanan itu dan FAM sepatutnya meneliti lebih mendalam perkara berkenaan, bukannya membuat keputusan berdasarkan laporan pengadil serta pegawai terbabit semata-mata.

"Kalau tidak kerana faktor keselamatan, kerana apa? Saya dimaklumkan pasukan Terengganu terpaksa diiringi keluar oleh polis, dan mereka diiring hingga ke sempadan Mersing serta diminta jangan pakai jersi. Apakah itu bukan kerana soal keselamatan?" katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan Dewan Undangan Negeri Telemong, semalam.

Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Telemong.

Ahmad mendakwa keputusan FAM itu tidak wajar kerana pengadil dan pegawai perlawanan tidak melihat apa yang berlaku dalam terowong sewaktu perlawanan berhenti rehat pada separuh masa pertama.

"Ya, saya memang kecewa dengan sikap FAM, inilah sebenarnya yang menyebabkan bola sepak negara ini tidak ke mana berbanding Korea dan Jepun, yang menjadi saingan Malaysia suatu ketika dahulu.

"Korea dan Jepun kini sudah mara ke separuh akhir Piala Dunia tetapi Malaysia masih terkial-kial kerana pengurusan yang tidak berwibawa, tidak bertanggungjawab dan tidak berkebolehan," katanya.

Beliau turut meminta pemain dan pegawai T-Team yang menyaksikan kejadian di terowong Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor baru-baru ini, termasuk pemain pertahanan pasukan itu, Mohd Irfan Abdul Ghani, bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

Dalam pada itu, Ahmad berkata beliau tidak akan campur tangan dalam urusan bantahan kepada FAM.

"Itu terpulang kepada pengurusan bola sepak... tapi yang pastinya, saya tahu pihak pengurusan tidak akan cakap banyak sebab bola sepak di Malaysia ini kalau cakap banyak, akan kena gantung.

"Malah sebab itu juga saya tidak mahu pegang Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) walaupun didesak ramai orang. Saya tahu kalau saya pegang jawatan Presiden, paling kuat enam bulan kot, lepas itu kena gantunglah," katanya. - Bernama

Tidak Lagi Aman, Perlawanan dgn JDT??

Posted by Admin2u on Saturday, 8 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Perlawanan pasukan lain dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat tidak lagi menjadi aman, selepas kekecohan bertemu dengan pasukan T-Team di Johr Bharu minggu lalu.

Malam tadi, suasana tegang berlaku di luar Stadium Darul Makmur berikutan provokasi antara penyokong Pahang dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sebaik perlawanan tamat.

Harian Metro melaporkan, situasi berlaku apabila penyokong Johor DT cedera, dipercayai akibat dibaling objek keras. Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan mengambil hampir setengah jam untuk mententeramkan keadaan.

Situasi kembali tenang apabila penyokong Johor DT diiring masuk ke bas masing-masing. Tiada tangkapan dibuat. Polis turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun tercetus insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor DT.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata kekecohan yang tercetus sebaik wisel penamat dibunyikan hanya berunsur provokasi dengan kedua penyokong saling membaling objek.

Namun, kecekapan kira-kira 500 anggota polis yang dotempatkan di stadium dapat mengawal keadaan daripada tercetus kejadian tidak diingini.

“Kekecohan hanyalah berpunca daripada provokasi kedua-dua penyokong menyebabkan beberapa individu tercedera.

“Sehingga ini, tiada tangkapan dibuat namun ada beberapa individu diberi amaran kerana cuba mencetuskan ketegangan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Pada perlawanan itu, Pahang melakar kejutan apabila menumpaskan Johor DT 3-2.

Mohd Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92 menerusi tandukan hasil sepakan percuma pemain tengah, Azidan Sarudin.

Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 2-2 dengan gol Pahang dijaringkan Matias Conti pada minit ke-13 dan Fauzi Roslan (47′) manakala gol skuad ‘Harimau Selatan’ dijaringkan Pablo Aimar (45+2′) dan Mohd Safee Sali (72′).

Sumber BuletinOnline

Anak Apex Ada Akaun Instagram

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

BELUM pun seminggu dilahirkan, anak kepada pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha telah mempunyai akaun Instagramnya sendiri.

Malah, bayi comel yang dinamakan Kayla Elayna ini telah mengumpul jumlah pengikut seramai 14 ribu orang, setakat hari ini.

Terdapat 16 gambar bayi cilik ini yang sudah dikongsikan ibu bapa mereka.

Nampaknya Apex dan Leuniey begitu terbuka untuk berkongsi kegembiraan dengan kehadiran Kayla dalam hidup mereka.

Sumber Sinar Harian

Admin: Comel anak ko Apex... Semoga jadi Anak Solehah Ya... Sayangi kedua Ibubapa.. dan jadi contoh tauladan yang baik pada yang lain2.. AMin

MB Minta Pemain T-Team Bersumpah??

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan memanggil kesemua pemain T-Team serta pihak pengurusan pasukan berstatus kelab itu untuk melakukan sumpah al-Quran di depan beliau sendiri dalam waktu terdekat ini, lapor NOOR HAYATI MAMAT.

Beliau yang ternyata kecewa dengan keputusan dibuat FAM berhubung kemelut antara T-Team dan JDT itu, menyarankan pengurusan dan pemain pasukan JDT turut melakukan perkara sama (sumpah al-Quran) bagi memastikan siapa di pihak yang benar.

Menurut Ahmad, sumpah itu dijangka dilakukan Isnin atau Selasa ini dalam usaha mencari kebenaran berhubung insiden itu, sambil menyifatkan keputusan dibuat FAM tidak profesional serta hanya bersikap ‘double standard’.

“Saya akan panggil pasukan T-Team dan semua yang berkaitan, kita akan dapatkan penjelasan sebenar dan akan minta mereka yang saksikan insiden itu bersumpah al-Quran depan saya, termasuklah Muhd Irfan Ghani.

“Apakah dia (Muhd Irfan) lihat sendiri apa yang berlaku. Saya difahamkan dia pemain simpanan dan sudah tentu kalau ikut proses biasa, bila rehat, dia tak masuk dalam terowong kerana kena memanaskan badan di padang.

“Sebagai orang Islam saya ingin lihat perkara ini benar. Saya minta JDT juga bersumpah al-Quran bagi memastikan siapa berada di pihak yang benar. Kita bukanlah bodoh sangat, suka-suka nak tarik diri tanpa alasan tertentu.

“Saya dimaklumkan, T-Team diiring keluar oleh polis dengan bas hingga ke Mersing. Jadi, sudah tentulah ia melibatkan soal keselamatan dan sepatutnya ini diambil kira FAM. Saya kecewa dengan keputusan dibuat FAM,” katanya di Kampung Pelandan, di sini, semalam.

Ahmad turut mempersoalkan kewibawaan FAM sambil menyifatkan badan induk itu membuat satu keputusan yang tidak profesional, kerana keengganan T-Team meneruskan perlawanan adalah setelah mengambil kira faktor keselamatan pemain.

“Difahamkan, keputusan FAM berasaskan laporan dan komisioner perlawanan, mungkin mereka tak terlibat dalam terowong serta tidak ketahui cerita sebenar. Sepatutnya jawatankuasa FAM perlu meneliti dengan lebih mendalam.

“Bagaimanapun kita akan serahkan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan pengurusan T-Team sama ada perlu mengemukakan surat bantahan atau sebaliknya berhubung keputusan FAM itu,” katanya.

Sumber SinarHarian

"Kami Tak Berat Sebelah", FAM

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan mereka membuat keputusan berat sebelah apabila menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (Johor DT) ke atas T-Team walaupun kelab dari Terengganu itu mengharapkan aksi pusingan kedua Piala FA pada Sabtu lalu yang tertangguh itu diadakan semula.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Datuk Seri Afandi Hamzah, mereka membuat pertimbangan segala aspek sebelum membuat keputusan termasuk merujuk kepada fakta kes penangguhan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor DT di Stadium Darul Makmur pada 28 Mei tahun lalu.


“Dalam mesyuarat semalam (kelmarin) kami turut merujuk kepada kes antara Pahang dan Johor DT yang dimainkan semula itu, tapi apa yang saya mahu nyatakan di sini kedua-dua kes berkenaan, berbeza. Dalam perlawanan di Kuantan tahun lalu, penonton membanjiri stadium sehingga memasuki kawasan trek dan ketika itu perlawanan masih belum bermula. Walaupun pihak keselamatan cuba menyelesaikan masalah limpahan penyokong itu namun tidak berjaya.

“Berbanding dengan kes di Larkin, perlawanan sudah dimulakan, penonton tidak masuk ke padang dan stadium tidak ada masalah cuma dilaporkan ada berlaku insiden di dalam terowong. Dalam konteks perlawanan, hanya pengadil dan pegawai perlawanan yang boleh membuat keputusan sama ada perlawanan boleh diteruskan atau tidak.

“Walaupun dua, tiga kali pegawai perlawanan meminta T-Team untuk meneruskan perlawanan, mereka tetap enggan, jadi berpandukan kepada peraturan sedia ada, kemenangan harus diberikan kepada Johor DT,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Kenyataan Afandi itu menjawab pertikaian disuarakan penolong jurulatih T-Team Azlan Johar yang menganggap keputusan FAM memberikan kemenangan kepada Johor DT sebagai tidak adil dan mendukacitakan selepas mendakwa keselamatan mereka tidak terjamin berikutan insiden pergaduhan di dalam terowong pada rehat babak pertama.

Azlan berkata, mereka mengharapkan perlawanan pusingan kedua Piala FA dengan Johor DT diadakan semula, sama seperti diputuskan FAM tahun lalu dengan perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang dan Johor DT diadakan semula di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketika itu, Johor DT menarik diri selepas bimbang dengan tahap keselamatan apabila penyokong Pahang memasuki trek sebelum perlawanan bermula dan pengadil, komisioner perlawanan dan pihak keselamatan mengumumkan perlawanan tidak dapat diteruskan.

Afandi yang juga Naib Presiden FAM berkata, mereka tidak bertindak kejam apabila hanya memberikan amaran keras kepada T-Team sedangkan kesalahan menarik diri daripada bermain, kesalahan besar.

“Kesalahan menarik diri itu berat dan pasukan itu boleh digantung dan didenda namun dalam kes ini, kami membuat pertimbangan untuk hanya memberikan amaran kepada T-Team. Ini kerana mengambil kira suasana di stadium ketika itu,” katanya.

Sumber HMetro






Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger