Pengembala Jujur Terima Hadiah 200,000 Riyal

Posted by Admin2u on Thursday, 20 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...


Hadiah sumbangan masyarakat Sudan tersebut diisytiharkan oleh Duta Sudan ke Arab Saudi, Abdul Hafez Ibrahim Mohamed (gambar kanan, satu dari kiri) di bangunan kedutaan Sudan di Riyadh, yang turut dihadiri oleh sebilangan rakyat Sudan di sini.

RIYADH - Yusuf Zain Ahmed (gambar atas), penggembala dari Sudan yang bekerja di Arab Saudi bakal menerima hadiah sebanyak 200,000 Riyal atas sifat amanah menjaga kambing tuannya yang tersebar dalam video Youtube.

Menurutnya, perbuatan penggembala itu tidaklah menghairankan sebagai akhlak bagi setiap Muslim, dan beliau berbangga dengannya dan sikap ini bersemadi di kalangan rakyat Sudan.

“Meskipun berhadapan dengan keperluannya, tetapi keimanan dan takutnya kepada Allah menjadi penghalang supaya tidak mengkhianati amanah, dan inilah yang mesti dipegang oleh setiap Muslim, dan setiap manusia itu akan ditanya tentang dari mana ia mendapat kekayaan dan ke mana dibelanjakannya dalam kehidupan,” katanya.


Gembira dengan hadiah tersebut, Yusuf ditanya apa yang beliau lakukan dengan hadiah tersebut.

Beliau menjawab: “Saya akan bawa ibu bapa dan keluarga saya untuk haji dan saya akan bina rumah untuk keluarga.”

Video sikap amanah beliau tersiar di Youtube sejak 10 Februari lalu dan turut tersebar luas di Facebook, di mana beliau menolak untuk menjual kambing tuannya meskipun dibayar dengan 200,000 Riyal seekor, semata-mata kerana takut kepada Allah.

Sumber: Twasul

Bangkai Ikan & Golongan Anti-Hadis

Posted by Admin2u on Wednesday, 19 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Cantik sungguh nukilan Ustaz Mohd Rifqi Myiddin mengenai golongan anti Hadis... golongan yang menolak Hadis ini sebagai sumber hukum... yang mengambil Al Quran sahaja sebagai sumber hukum:

Pada pandangan ana (saya), nak jawab golongan anti hadis ni, kita ajak mereka makan kari kepala ikan. 

Belanja mereka kenyang2. Lepas tu tanya mereka, ikan ni kalau ikut Quran haram dimakan sbb Allah berfirman mafhumnya 

"Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu bangkai"........ ikan ni kan bangkai sbb mati x disembelih. 

Kami halal makan ikan sebab nabi bersabda mafhumnya :  "Laut itu, suci airnya, dan halal bangkainya"

'Street Dakwah' tutup aurat, anti-Comango

Posted by Admin2u on Sunday, 16 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Pada 14 Februari lalu berlangsungnya program Street Dakwah anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Gombak di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur. 

Program ini telah berjaya menghimpunkan lebih 100 orang peserta antaranya mahasiswa daripada UIA, IIC, UTM,Unikl BMI, USIM,UM,UPM ,KIPSAS dan sebagainya. 

Peserta mula berkumpul seawal jam 6 petang bertempat di Masjid Jamek. Para peserta kemudianya diberikan taklimat program disusuli dengan sesi tazkirah.

Semasa sesi taklimat, para peserta telah dijelaskan objektif penganjuran program Street Dakwah ini dan juga diterangkan mengenai kempen tutup aurat dan anti-Comango yang sedang giat dijalankan.

Antara objektif penganjuran program street dakwah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan belia mengenai larangan menyambut hari kekasih dan bahaya tuntutan COMANGO.

Selain itu, para peserta juga dapat melatih diri untuk berada bersama kelompok masyarakat di luar sana dan bersama mereka untuk menjelaskan ancaman terhadap umat islam masa kini.

Seterusnya, para peserta telah dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil dan bergerak untuk mengedar risalah di kawasan-kawasan sekitar Masjid Jamek, KLCC, Sogo, Wangsa Maju dan lain-lain lagi.

Para peserta ternyata berjaya menunjukkan sikap keberanian yang tinggi bila bersama masyarakat.

Selain itu, penerangan bahaya COMANGO ini juga telah di buat di dalam komuter dan ternyata berjaya menarik minat penumpang yang lain untuk mendengarnya.

Akhir sekali, program street dakwah ini telah memberi pengalaman yang berharga kepada setiap peserta.

Diharapkan para belia di luar sana akan turut sama menyertai program-program sebegini pada masa akan datang kerana melalui program ini golongan belia terutamanya mahasiswa dapat turun ke jalanan dan bersama mendekati masyarakat umum.

Malaysia Kini

Ramai Orang "Sakit Perut"

Posted by Admin2u on Saturday, 15 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Orang alim bagi contoh, ada satu orang duduk rumah dua tingkat, yang duduk tingkat atas ialah seorang tua dan dia sendiri, seorang tua juga, duduk tingkat bawah. 
Suatu hari orang tua yang duduk di tingkat bawah didatangi tetamu. Maka orang tua itu nak buat air teh sebagai hidangan kepada tetamunya. Bila nak buat teh di dapur, tengok2 susu telah habis.

Maka dia jerit kpd jiran dia yg duduk di tingkat atas. "Awak ada susu tak?"
Jiran dia jawap "Ada".
Dia berkata lagi "Boleh tak awak tolong turun bawah hantarkan susu kepada saya, saya ada tetamu?"
Jiran dia jawap "saya tak boleh turun tangga, sakit kaki! awak naiklah ambik!"
Dia pun jawap "saya pun tak boleh naik, kaki saya sakit!"
Maka jiran dia jawap "Takpelah, saya tuang dari drain sinki punya paip tu, dari atas ni paip tu sambung kat bawah, kemuadian awak tahan kat bawah!"
Dia pun jawap "Baiklah.." Maka susu jugak yang keluar dari saluran paip bawah tu, tak berubah, rupa dan rasa pun macam susu, lepas tu dia guna buat teh Kaw! punya..tapi tergamak tak tuan2 utk minum teh tersebut?

Susu memang susu, tapi jalan yang dia datang tu dari jalan yang yang tak betul, jalan kotor, jalan yang mana tempat orang buang air basuhan tangan, basuh pinggan dan berludah. Ada benda2 yang kita tak nampak spt kuman2 dan bakteria2, bila minum teh tu kene sakit perut.

Inilah tuan2 mulia,contoh apabila kita belajar ilmu ikut saluran yang tak betul. Umat hari ini tengah "sakit perut". Umat hari ini mencela alim ulama terdahulu. Kita apa pun tak belajar, dengan angkuhnya kita mencela alim ulama zaman dahulu yang mana mereka telah korbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Tiada sedikitpun kepentingan dunia dalam diri mereka dan dalam menulis kitab2 mereka.

Oleh itu tuan2 yang mulia kita kena belajar ilmu dari saluran yang betul, barulah datang amal yang betul dan faham yang betul. -Petikan bayan Maulana Abdul Hamid b. Chin (lukisan oleh Fikrie Fauzi dan ditulis oleh Abu Medina @ Nor Azlan)

Usah di Perli.. Biarkan Mereka Berselawat...

Posted by Admin2u on Friday, 14 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

BEBERAPA tahun lalu, penampilan Ustaz Azhar Idrus dalam majlis ilmu mencetuskan satu fenomena baru. Tentulah ada istimewanya hingga menyebabkan majlis ilmunya dihadiri puluhan ribuan orang.

Ustaz Azhar bukan sekadar berceramah di masjid bahkan hingga ke padang dan stadium. Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor pernah menjemput beliau dalam segmen menyambut tahun baru Masihi.

Nah, kini ada lagi kecenderungan baru di kalangan anak-anak muda. Majlis halaqah selawat (majlis memuji-muji Nabi Muhammad). Yang hadir berjubah berserban putih dan bahu mereka berselempang dengan selendang berwarna hijau. Sambil mereka berselawat, badan dan kepala mereka digerak-gerakkan secara seimbang sehingga mendatangkan keasyikan yang hanya dirasai sesiapa yang hadir.

Secara tradisinya, berselawat selalu diadakan dalam majlis Maulid Nabi yang diraikan pada bulan Rabiul Awal dalam kalendar Hijriah sempena keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.. Namun, majlis maulid dengan acara bersalawat kini tidak lagi terhad pada bulan Rabiul Awal.

Baguslah. Mencintai Rasulullah s.a.w. kekasih Allah hendaklah sepanjang waktu. Bukan bermusim atau waktu tertentu sahaja. Meski ada pandangan yang menyebut bahawa acara itu merupakan bidaah yang tidak pernah dilakukan sewaktu zaman Nabi Muhammad s.a.w.. Usah terperangkap dengan polemik ini. Biarlah yang suka berdebat meneruskan perdebatan yang tidak berkesudahan itu.

Halaqah selawat
Halaqah selawat begini memang agak 'baru' dalam masyarakat kita. Sebenarnya, acara ini sudah berzaman diamalkan di merata tempat terutama di Indonesia. Jika Habib Syekh Kadir as-Sagof yang menjadi tetamu utama setiap program selawat anjuran kerajaan itu berasal dari Indonesia, hakikatnya di negara itu ramai lagi kelompok yang membawa pendekatan sama.

Penyampaikan mesej Islam memerlukan kepelbagaian cara. Yang boleh berceramah, silakan. Yang boleh membuat pengajian, silakan. Yang boleh berdebat, silakan. Yang mampu dengan berselawat, silakan!

Di Indonesia, antara yang terkenal dengan pendekatan ini ialah Kiai Kanjeng yang diketuai oleh Amha Ainun Nahjib ataupun dikenali Cak Nun. Majlisnya bukan sahaja acara selawat yang disertai ribuan orang tetapi acaranya diselang-selikan dengan muzik gamelan dan moden yang menghiburkan tetapi tetap mendidik jiwa dan minda. Ada acara zikir, nasyid, baca puisi dan tazkirah. Ucapan Cak Nun pula penuh dengan kritikan yang tajam bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada pemerintah.

Halaqah selawat seperti juga acara marhaban, tahlil, bacaan Yasin dan sebagainya. Kompang dan tabla seperti juga kerantong dan beduk adalah instrumen untuk mengajak manusia mendekati Yang Maha Pencipta. Instrumen itu juga sebahagian perkakas dalam memperkayakan budaya masyarakat. Samalah pendekatan Ramli Sarip membawa lagu ketuhanan dan kerohanian dalam irama 'slow rock'. Ataupun seperti lagu-lagu Ahmad Jais yang membawa mesej mendidik dengan irama pop. Usah terikat pada genre nasyid sahaja. Hello bro, layanlah yang lain.

Dengan penggunaan sistem cahaya dan bunyi yang canggih, suasana majlis tersebut akan lebih terasa. Meskipun liriknya dalam bahasa Arab yang agak kurang difahami tetapi melodi yang menarik akan mewujudkan aura tersendiri di tengah-tengah lautan orang yang hadir. Pendekatan ini juga diamalkan oleh team ESQ yang juga dari Indonesia dalam mengendalikan program bina insan mereka. Inilah pendekatan yang menyentuh jiwa dan perasaan seperti dalam majlis halaqah selawat itu.

Kiyai Sunan Kalijaga
Apa yang dapat dilihat daripada pengalaman dakwah masyarakat seberang, mereka kreatif dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat. Mereka menggunakan alat yang ada di sekeliling masyarakat. Inilah yang pernah diajar oleh Kiyai Sunan Kalijaga semasa zaman Mataram dengan menggunakan tradisi wayang kulit untuk menyebarkan Islam di tengah fahaman animisme dan Hindu yang tebal.

Ringkasnya, dalam usaha menyebarkan apa jua mesej, ia perlu kreatif. Jangan asyik cemburu pada pihak lain yang lebih kreatif. Jangan terperangkap dengan perbahasan yang terikat pada polemik aliran, mazhab dan sebagainya. Ini kerana penilaian berasaskan kerangka ini memungkinkan mencetuskan ketegangan, kekeliruan daripada menghasilkan kedamaian dan keharmonian.

Bukan sahaja orang politik akan mengambil kesempatan dengan kecenderungan baru ini. Bahkan orang berniaga juga bertindak hal yang serupa. Abaikanlah telatah dan gelagat sesetengah ahli politik hari ini tiba-tiba berubah seragamnya dengan berjubah, berkopiah putih dan berserban. Duduk bersimpuh dan dikelilingi para mullah atau habib yang berserban putih atau hijau sambil mulutnya berkumat-kamit berzikir dan bersalawat.

Naif sangatkah orang Melayu menilai Islam hanya dengan sekadar jubah dan warna serban? Lembab sangatkah kefahaman orang Islam menganggap bahawa Islam itu hanya pada selawat beramai-ramai? Jika sekali naïf pun orang Melayu dalam membuat pertimbangan agama, jangan pula dihalang atau diperli-perli acara sebegini hanya kerana dianjurkan oleh 'orang lain'.

Islam adalah rahmat untuk semua.

Sumber Harakah Daily..

Imam Masjid Mintak Dia Bertaubat,,

Posted by Admin2u on Thursday, 13 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Kuala Terengganu: “Dia (Haslinda) sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberinya peluang kembali ke pangkal jalan. Jadi, saya menasihatkan dia supaya segera bertaubat kerana dosanya amat besar.” (cerita sebelumnya)

Itu kata Imam Besar Masjid Negeri Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz mengenai kejadian menimpa Haslinda yang sebelum ini menggunakan batu mani gajah sebagai tangkal untuk memikat dan mengikis wang lelaki. 

Menurutnya, Haslinda wajib kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana perbuatan menggunakan tangkal adalah syirik kerana batu mani itu menjadi istimewa dengan bantuan syaitan.

“Percaya kepada kuasa yang ada pada makhluk boleh menandingi kekuasaan Allah sebenarnya perbuatan menyalahi hukum agama dan perlu pulang ke pangkal jalan,” katanya. 

Pengamal Perubatan Tradisional Azman Ahmad, 38, pula berkata, kebiasaannya pengamal ilmu hitam akan menyeru semangat yang dipuja pada jenglot atau dikenali juga anak kerak untuk menimbulkan gangguan kesihatan dan pemikiran mangsanya.

“Jenglot biasanya diamalkan pengamal perubatan dari tanah seberang dan patung itu perlu dipuja untuk menghidupkan kuasanya,” katanya.

Pensyarah DR Gigi Juara Hafazan Quran di Kelantan

Posted by Admin2u on | 1 comments | Leave a comment...

KOTA BHARU 12 Feb. - Pensyarah dan doktor gigi mewakili Kelantan ke Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Mac ini.

Pemilihan Muhammad Syafee Salihin Hasan, 25, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Nur Munirah Mohd. Nor, 25, bertugas di sebuah hospital di Tawau, Sabah setelah mereka muncul johan pertandingan peringkat negeri bagi tahap 1 hingga 30 juzuk al-Quran dengan membawa pulang wang tunai RM6,000 serta sijil dan hadiah iringan.

Muhammad Syafee Salihin dan Nur Munirah masing-masing mendapat markah sebanyak 99.42 peratus dan 90.73 peratus.

Naib johan kategori lelaki yang memenangi wang tunai RM4,000 pula disandang Mohamad Ihsan Mohd. Din, 24, (90.73 peratus) manakala tempat ketiga, Nu'man Zaki Mohd. Zaki, 20, (88.12 peratus), menerima RM2,000.

Bagaimanapun tiada pemenang yang layak untuk kedua-dua kedudukan itu bagi kategori wanita.

Muhammad Syafee yang berasal dari Kampung Kedai Pauh Lima di sini berkata, persiapan intensif selama sebulan sebelum menyertai majlis hafazan itu termasuk mengulang bacaan sehingga enam juzuk al-Quran setiap hari membuahkan hasil.

"Saya berharap dapat meneruskan kecemerlangan para hafiz negeri ini di majlis hafazan peringkat kebangsaan memandangkan Kelantan sudah tersohor melahirkan barisan hafiz dan hafizah muda yang baik.

"Sebelum ini saya pada 2011, saya pernah muncul naib johan tahap 1-20 juzuk di peringkat kebangsaan dan kali ini strategi saya adalah menumpukan perhatian kepada ayat-ayat kerap 'tersangkut' dengan menyediakan sebuah buku catatan khusus bagi mengatasinya,'' katanya ketika ditemui pada majlis itu di sini semalam.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad.

Sementara itu, ibu kepada Nur Munirah iaitu Wan Khatijah Wan Adam, 60, yang mewakili anaknya disebabkan Nur Munirah perlu bergegas pulang ke Tawau, bersyukur kerana perjuangan anaknya memartabatkan al-Quran dipermudahkan biarpun sibuk dengan kerjaya yang memerlukan komitmen tinggi.

Selain Nur Munirah yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik, Wan Khatijah yang merupakan pesara guru dari Tumpat berkata, tiga lagi anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan turut menghafal 30 juzuk al-Quran.

"Saya mendidik anak-anak mencintai dan menghafaz al-Quran sejak mereka kecil dan memupuk minat dengan cara memasang kaset alunan bacaan qari-qari ternama," katanya.

Seramai 100 peserta lelaki dan wanita menyertai majlis hafazan bermula Selasa lalu yang dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap 1-10 juzuk dan tarannum; tahap 1-20 juzuk dan tahap 1-30 juzuk dan tafsir.

Pemenang tahap 1-10 juzuk bagi kategori lelaki dimenangi oleh Muhammad Zulhilmi Ab. Rahman, 15, dengan markah 99.07 peratus, kedua Muhammad Dehya Emir Mohammad Arif Emir, 22 (98.83 peratus) dan ketiga Muhammad Amirul Wafiq Mazlan, 18 (98.41 peratus).

Johan kategori wanita pula, tempat pertama dimenangi Putri Aminah Mohd. Hanif, 12 (98.37 peratus); kedua, Wan Nurul Husna Wan Shukri, 15 (96.76 peratus) dan tempat ketiga, Sakinah Shahnom, 15 (83.51 peratus).

Dalam pada itu, bagi tahap 1-20 juzuk pula johan kategori lelaki disandang Abdullah Ulwan Ismail, 17, (99.16 peratus); kedua, Muhammad Waqiyuddin Azmi, 17, (95 peratus) dan ketiga, Muhammad Sobri Mohd. Shahidilfitar, 21, (94.38 peratus).

Sementara bagi kategori wanita, hanya johan dan pemenang tempat ketiga diumumkan iaitu Wardah Syamimah Silmi, 16, (93 peratus) dan Farhana Fauzi, 18, (70.78 peratus).

Setiap johan bagi tahap 1-10 juzuk memenangi wang tunai RM2,500, tempat kedua, RM2,000 dan ketiga RM1,000 manakala bagi tahap 1-20 juzuk pula, johan menerima wang tunai RM3,000; kedua, RM2,500 dan ketiga, RM1,500 selain hadiah iringan serta sijil penyertaan.

Utusan Melayu

Terima 200 Soalan Setiap Hari... PU Hafiz

Posted by Admin2u on Wednesday, 12 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Lunak suaranya ketika mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran mampu menarik perhatian sesiapa saja.

Bait-bait kata begitu lancar ketika menyampaikan tazkirah menyentuh perasaan bertajuk Pendakwah: Untung dunia, untung akhirat dan Cintai Rasulullah pada malam kemuncak program Pencetus Ummah (PU) yang disiarkan di Astro Oasis, menyerlahkan kewibawaan sebagai pendakwah sekali gus melayakkan Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32, muncul juara.

Bagi yang sudah mengenali dirinya, ramai yang tertarik dengan penampilan sederhana serta kata-kata penuh berhemah setiap kali melontarkan pendapat. Malah raut wajah tenang disulami senyuman manis di bibir membuatkan Muhammad Hafiz yang mesra disapa Hafiz mudah didekati sesiapa saja.

Tidak salah jika dikatakan dia memiliki pakej pendakwah era moden masa kini, sekali gus mampu menarik khalayak daripada pelbagai peringkat usia.

Ketika ditemui di Wisma Hafiz baru-baru ini, katanya, usahlah terlalu memuji kerana masih banyak perkara yang harus dilakukannya.

“Sejujurnya saya langsung tidak menyangka penerimaan orang ramai terhadap program ini begitu hebat. Ke mana saya pergi pasti ada mengenali, menghulurkan tangan bersalam, menegur sapa atau bertanyakan soalan mengenai agama, baik kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

“Saya melihat populariti ini sebagai satu peluang untuk lebih mendekatkan diri bukan saja kepada masyarakat, tetapi pada Yang Maha Esa,” katanya memulakan bicara.

Selepas bergelar juara, Hafiz mengakui masih kekok dan belum dapat membiasakan diri dengan peminat. Hingga kini, dia masih cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran serta membalas salam mereka yang datang menegur. Ramai yang berjumpa bukan setakat bertanya khabar dan mengambil gambar, tetapi terus bertanya kesulitan mereka mengenai agama.

“Inilah masa saya memainkan peranan sebaik mungkin dengan membantu menyelesaikan masalah setakat termampu walaupun soalan itu datang secara spontan terutama ketika terserempak.

“Ada masa saya tidak mampu melayan semua soalan. Sehingga kini lebih 200 soalan setiap hari dikemukakan peminat dalam laman Facebook, itu belum termasuk khidmat pesanan ringkas. Apa yang pasti saya akan cuba menjawab semua soalan walaupun mungkin mengambil masa,” ujarnya.

Bagi Hafiz, media sosial seperti Facebook (FB), Twitter dan YouTube berpengaruh besar terhadap anak muda. Jika dulu FB hanya dibiarkan atas nama saja tetapi kini dia semakin rajin melayarinya kerana pendekatan dakwah sebegini lebih diterima selain cepat dan mudah. 

Pada masa sama, Hafiz bersama rakan-rakan PU yang lain berusaha untuk mengadakan sebuah saluran dakwah di laman YouTube membabitkan soal jawab dengan penonton.

“Video ini hanya mengambil masa tiga hingga empat minit. Jika terlalu lama dikhuatiri tidak ramai sanggup meluangkan masa. Dengan kerjasama PU ini, ilmu lebih cepat dan mudah sampai kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya yang turut akan mengendalikan program terbitan Astro tidak lama lagi.

Terima kasih bapa
Bapa kepada dua cahaya mata, Puteri Humaira dan Putera Emad ini mengakui proses pembelajaran sebagai pendakwah bermula sejak menuntut di Sekolah Agama Kampung Kuantan, Klang lagi.

Sejak di tingkatan empat, Hafiz sering mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan pidato. Sejak itu dia diajar berhadapan dengan orang ramai, yakin ketika menyampaikan syarahan serta petah berkata-kata. 

Bagi Hafiz, ayah, Muhammad Haneefa Hussin, 57, menjadi inspirasi dalam bidang dakwah. Sejak kecil dia melihat kesungguhan serta kegigihan ayah membangunkan Wisma Hafiz yang bermula hanya sebagai pusat tuisyen untuk pelajar Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lama-kelamaan disebabkan menyediakan usrah serta qiamullail kepada pelajar, ramai ibu bapa menghantar anak mereka sehingga tidak dapat menampung jumlah pelajar yang terlalu ramai. 

“Dulu, sekolah ini hanyalah sebuah pusat tuisyen yang menyediakan mata pelajaran Sains dan Matematik serta kelas mengaji al-Quran sebagai pembelajaran sampingan. Tetapi, berkat usaha ayah, ia berkembang menjadi sebuah Tadika Hafiz, Sekolah Rendah Hafiz, Sekolah Menengah Hafiz dan Kolej Hafiz yang menawarkan pengajian peringkat diploma,” katanya yang menjadi pelajar perintis untuk kelas akademik pada 1993. 

Pada masa inilah Hafiz mula menghafaz al-Quran sehingga tamat tingkatan lima dan terus menyambung pengajian Diploma al-Quran di Universiti al-Azhar, Mesir sebelum memperoleh Ijazah Pengajian al-Quran dari Universiti Madinah yang ditanggung sepenuhnya kerajaan Madinah. 

Ketika empat tahun di Mesir, ayah yang mempunyai kelulusan dalam bidang Fizik dan Matematik mengambil kelas bahasa Arab sebagai pengukuhan untuk mendalami al-Quran. 

“Memang saya sangat berbangga melihat ayah bersemangat belajar bahasa Arab sedangkan ketika itu dia tidak mempunyai latar belakang dalam bahasa itu.

“Dari situ saya nampak kesungguhan ayah ingin membangunkan pusat tahfiz dalam melahirkan generasi celik al-Quran. Walaupun banyak cabaran ketika menubuhkan sekolah ini antaranya mendapat bantahan penduduk, akhirnya ia dapat direalisasikan juga,” katanya.

Mengimbas kenangan lalu, ujar anak sulung lima beradik ini, sejak kecil dia bercita-cita menjadi seorang doktor. Malah didikan ayah yang begitu mementingkan mata pelajaran Sains dan Matematik di rumah selain ilmu al-Quran menyebabkan dia memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM. Selepas menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, hatinya mula berbelah-bahagi. 

“Saya berada dalam dilema sama ada meneruskan minat dalam bidang perubatan atau al-Quran. Kata-kata ayah yang inginkan saya menjadi tahfiz bagi melahirkan lebih ramai doktor atau golongan profesional celik al-Quran menyebabkan saya berubah fikiran. Pun begitu keputusan ini dibuat selepas saya melakukan solat Istikharah dan mendapat petunjuk daripada-Nya,” kata Hafiz yang menyifatkan sekolah ini adalah perjuangan dan pengorbanan bapa bagi meneruskan kesinambungan dalam bidang al-Quran.

Menyifatkan bidang dakwah satu pilihan yang tepat, Hafiz bersyukur kerana Allah banyak memberi dorongan terhadap pilihan kerjayanya ini. Ketika menyambung pengajian di Madinah, Hafiz berpeluang menjadi mutawif Tabung Haji dan dari situ dia mendapat banyak pengalaman berhadapan dengan orang ramai.

Begitu juga ketika menjadi guru agama sepenuh masa pada 2009, dia banyak menimba pengalaman berhadapan dengan realiti kehidupan serta bergaul dengan pelbagai peringkat masyarakat. 

Menyertai program Pencetus Ummah juga kerana dorongan isteri, Nor Kamariah Abdul Manaf yang juga guru di Kolej Hafiz selepas tidak dapat menyertai program Imam Muda kerana sudah lewat usia. 

Sebagai juara Pencetus Ummah dan Timbalan Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (IPTAS), Hafiz tekad mahu membantu 150 sekolah tahfiz di Selangor dari segi menyediakan silibus pembelajaran bersesuaian. 

Tali pinggang hitam taekwondo
Selain bergelar tahfiz, Hafiz juga mempunyai tali pinggang hitam dalam seni bela diri taekwondo yang dipelajari sejak berusia lapan tahun. Dia yang juga Naib Pengerusi Taekwando Negeri Sembilan pernah meraih Naib Johan Kebangsaan Taekwando serta menjadi tenaga pengajar di situ.

“Selain mempelajari seni bela diri untuk mempertahankan diri, ramai rakan-rakan saya bukan beragama Islam. Menerusi bahasa, perbuatan serta budi pekerti yang baik ia juga satu bentuk dakwah kepada orang lain.

“Ada juga rakan yang sudah memeluk Islam kerana ingin mengetahui keindahan Islam selepas melihat cara hidup saya sekeluarga,” katanya yang kini menyambung pengajian doktor falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan menyiapkan tesis mengenai al-Quran dan Sunnah. 

Hafiz bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang banyak memberi inspirasi serta memilih jalan terbaik sehingga menjadi seperti sekarang. Dia masih ingat sejak kecil bapanya menyemai benih cinta kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan cara hidup Nabi Muhammad bukan saja menerusi penampilan tetapi pemakanan, perbuatan dan perkataan. Dia bersama empat adik yang lain langsung tidak berpeluang mendengar atau menonton perkara yang boleh melalaikan menerusi lagu dan juga filem. 

“Seingat saya, menonton televisyen juga hanya pada rancangan bercorak keagamaan dan berita. Selebihnya kami lebih banyak membaca al-Quran serta bahan ilmiah. Dengan sebatang rotan di tangan, ayah akan pastikan kami mengaji, tidak tinggalkan solat dan puasa serta bersungguh-sungguh dalam akademik terutama Matematik dan Fizik kerana ayah juga guru dalam dua mata pelajaran itu.

“Malah saya dan adik-beradik biasa dirotan sebagai bentuk hukuman,” katanya yang mengakui keberkatan hidup datangnya daripada doa ibu dan bapanya setiap hari.

Sumber HMetro

Keajaiban Tulang Sulbi

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Tulang sulbi terletak pada bahagian tulang belakang paling bawah. Dari tulang inilah nanti manusia akan dibangkitkan pada hari akhirat. Tulang sulbi tidak akan hancur dimakan tanah.

Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Sesungguhnya bahagian tubuh manusia akan rosak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah)

Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:

Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah". Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)

Fakta, bahawa hadits ini benar.
Seorang doktor bernama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.

Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 minit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi kemerahan kemudian menjadi hitam).

Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.
Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke makmal terkenal di Sanaa, Yaman.

Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor dalam bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahawa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.

Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.

"Hudud Tidak Berjaya ... " Bekas Ketua Hakim Negara ?

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Sebagai org yang beragama Islam.. Apakah Hukumnya dan akibatnya mempersoalkan segala larangan dan suruhan dari Pencipta kita? hurmm... Anda nilailah sendiri... Apa kita nak ckp dengan org mcm ni? Belajar Tinggi2 belum tentu akan faham makna sebenar Islam...

Terkadang mai memikir siapa lah diri kita utk melawan hukum ALLAH? Sedangkan hak ada pada diri kita pun milikNYA.. Apakah Kecelakaan itu tidak akan dimiliki bagi mereka yang merasakan Hukum mereka lebih baik dari Sang Pengcipta Alam??

Kalau benar mereka merasakan diri mereka lebih baik dari Pencipta.. Buatlah Bumi Sendiri dan duduklah dengan undang2 sendiri...

Berkata Baik dan Dilarang Berbohong - Didik Anak

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Para ibu bapa perlu mendedahkan dan mendidik anak-anak dengan adab-adab yang mulia bersama ibu bapa terutamanya adab berbicara.

Ini adalah penting untuk membentuk peribadi anak yang baik dan sopan dalam mengeluarkan tutur kata kelak, seterusnya membentuk peribadi yang mulia.

Dedahkan anak dengan menggunakan qaulan karima (perkataan yang baik dan disenangi) sejak mereka dari bayi lagi. Ibu bapa sebagai model ungul anak-anak mengamalkan adab yang baik ketika berbicara degan ibu bapa masing-masing.

Sentiasalah bercakap dengan menggunakan kata-kata yang lembut, tidak menyakitkan hati dan tidak menengking mereka. Perbuatan ini menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
Mendidik Anak

Latih dan mendidik anak-anak menggunakan kata-kata qaulan karima ketika berinteraksi dengan ibu bapa seperti:
  1. Memanggil ibu bapa dengan panggilan hormat seperti ibu, mama, emak, umi kepada ibu dan ayah, abah, papa kepada bapa
  2. Ajarkan anak ungkapkan seperti “Saya sayang ibu, saya sayang ayah.“
  3. Ajar anak mengucapkan terima kasih apabila ibu bapa memberi sesuatu. Ia akan melatih anak supaya sentiasa untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja
  4. Ajarkan supaya mendahului ibu. Dalam perkara ini ibu bapa perlu memainkan peranan contohnya, apabila anak mahu bersalaman, minta mereka bersalaman dengan ibu dahulu kemudian bapa
Terdapat banyak hadis rasulullah yang menjelaskan adab dan kaedah berkomunikasi dalam Islam. Perkara yang paling asas dalam mengajar bahasa kepada anak-anak adalah menggunakan bahasa yang baik dengan menjaga adab-adab berbahasa

Abdullah bin Amru bin Al-Aas menceritakan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Orang Islam bagaimana yang paling baik?’

Rasulullah menjawab, “Orang-orang yang menjaga orang Islam yang lain daripada bencana lidah dan perbuatannya.”

Hadis diriwayatkan oleh Muslim
Islam sentiasa menegaskan dalam berbicara, kata-kata dan bahasa yang baik adalah dituntut, sehingga kita lebih dituntut supaya berdiam diri daripada bercakap sekiranya kata-kata kita itu tidak termasuk dalam kata-kata yang baik.

Ibu bapa harus mengambil pendekatan dengan mengelakkan diri daripada membebel dan memarahi anak-anak. Elakkan dari menyakiti hati mereka dengan kemarahan kita. Berhati-hatilah dalam berinteraksi dengan mereka supaya segala ucapan dan kata-kata kita tergolong dalam kata-kata yang baik.
Ibu bapa dilarang berbohong kepada anak-anak.

Ada ibu bapa yang berandaian anak-anak pada peringkat umur kecil tidak mengingati semua kata-kata dan bicara ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa sering kali mengambil jalan mudah dengan berbohong kepada anak-anak dalam situasi-situasi tertentu seperti memujuk ataupun melarang mereka.

Contohnya , “ada orang gila datang.. berhenti menangis. Nanti orang gila ambil adik!”. 

Ucapan dan bicara seperti itu mendorong anak bercakap bohong pada suatu hari nanti, sedangkan Islam membenci umatnya bercakap bohong.

Semoga bermanfaat!

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger