Bapa Sofuan Mengharapkan Kebaikan: MH370

Posted by Admin2u on Monday 10 March 2014 | 0 comments


PUTRAJAYA - Bapa seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang, Mohamad Sofuan Ibrahim, masih menaruh harapan agar anaknya terselamat daripada segala malapetaka.

Ibrahim Abd Razak berkata anak bongsunya itu adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang ditempatkan di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Beijing.

Bagaimanapun beliau dan keluarganya tetap reda dengan ketentuan Allah. "Semasa panggilan telefon oleh pihak MAS, saya berada di rumah Sofuan tetapi panggilan telefon dibuat di kampung saya. Panggilan itu dijawab oleh kakak Sofuan," katanya.

Beliau berkata selepas menerima berita itu beliau bersama isterinya terus bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sehingga kini masih menunggu arahan untuk membawa mereka ke lokasi.

Sofuan, 33, yang juga anak lelaki tunggal daripada lima beradik, sebelum ini adalah pegawai di Istana Negara dan baru sahaja ditugaskan di Beijing bagi tempoh enam bulan.

Operasi menyelamat dilancarkan sejak semalam selepas sebuah pesawat MAS yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara awal pagi semalam. - Bernama

Pin It

0 comments for "Bapa Sofuan Mengharapkan Kebaikan: MH370"

Leave a reply

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger