Cara-Cara Nak Dapat BR1M Setiap Bulan.. Ada Bran?

Posted by Admin2u on Saturday, 15 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...


Cara Nak Dapatkan BR1M Setiap Bulan!!

Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda. Seorang pak cik leka membelek akhbar Utusan Meloya sambil hisap rokok daun di sebuah meja. Datang seorang anak muda duduk di hadapannya sambil memesan segelas air dari tokeh warung. Dialog seterusnya...

Anak Muda: Assalamualaikum, Pak cik
Orang Tua: Waalaikum Salam...(sambil terus belek akhbar utusan dan geleng2 kepala)

Anak Muda: Nape pak cik geleng2 kepala tu? Ada berita buruk ke pak cik akhbar hari ni?
Orang Tua: (letak akhbar, hirup kopi dan memasang rokok daunnya) Ermm..aku pelik
dengan Pembangkang ni...Semua yg Najib buat semua salah...Naik harga gula utk kebaikan rakyat
pun mereka bantah...pelik betul!! Gula tu memang penyebab kencing manis...memang
patut dinaikkan pun..

Anak Muda: Ohh...pasal tu. Abis tu, pak cik setuju ke gula dinaikkan 35 sen?
Orang Tua: Memang setuju asalkan rakyat kita terjaga kesihatannya. Najib bagus..ambik berat
hal rakyat.

Anak Muda: Pak cik sekarang ni ada alami sebarang penyakit tak? (Sambil hirup teh yang
baru sampai)
Orang Tua: Pak cik sejak dulu memang kurang minum manis2 ni. Sbb tu pak cik takde kencing
manis. Jadi langkah najib tu tepat lah..

Anak Muda: Penyakit apa yang Pak Cik ada sekarang ni?
Orang Tua: Cuma darah tinggi je lah...kencing manis memang takde...

Anak Muda: Cehh..tak adil Najib ni. Sian orang macam Pak cik ni...
Orang Tua: ehhh...nape pulak?

Anak Muda: Kenapa dia hanya jaga orang kencing manis je...abis tu darah tinggi macam mana
pulak? Patutnya Najib naikkan harga garam juga....baru adil..Dalam masakan yg paling
banyak orang guna adalah garam bukan gula...
Orang Tua: Aaahhh...ko memang sengaja nak cari salah Najib...Aku dah kata pembangkang macam
tu...cari salah je pandai...semua nak komplen...kasi BR1M sapu gak!! (sambil jeling
tajam kat Anak Muda)

Anak Muda: Ehhh...BR1M? Saya boleh kasi Pak Cik BR1M bukan setahun sekali...setiap bulan saya
boleh kasi pak cik? Sebut saja pakcik nak berapa? Setiap bulan saya boleh kasi pakcik...betul ni,
bukan main2..
Orang Tua: Eleehhh...ko nak kasi aku BR1M? hahaha...rokok pun beli batang...hahaha (sambil
ketuk2 meja..)

Anak Muda: Serius ni pakcik...Pakcik sebut je berapa BR1M pakcik nak...saya boleh kasi tiap2
bulan!! Bukan setahun sekali macam Najib tu. Ni hah...(sambil tunjuk pada tokeh kedai yang
mendengar perbualan) Pak Ali tokeh kedai ni boleh jadi saksi...cakap lah, berapa BR1M pak cik
nak dari saya tiap2 bulan?
Orang Tua: Ok..ok..(sambil berdiri nak marah). Aku tak mahu banyak dari kau. Kau kasi aku tiap2
bulan hanya RM 100 je. Boleh? Hahahaha...baru nak hidup dah nak tunjuk pandai ngan aku...

Anak Muda: Alaaa...nape sikit sangat Pak Cik mintak? Up la sikit....
Orang Tua: Tak payahhhhh....ko kasi aku seratus ringgit je sebulan cukup lahh...jangan berlagakkk!!

Anak Muda: Ok, baiklah. Saya akan kasi pakcik tiap2 bulan seratus ringgit....tapi dengan satu
syarat...
Orang Tua: Laaa...syarat apa pulak? Mana boleh syarat2 plak...nak kasi..kasi je lahhh...Jangan nak
belit2...

Anak Muda: Memang la ada syarat. Najib pun camtu...sebelum dia umum nak kasi BR1M,
sebelum pilihanraya dia kata...undi BN..kita kasi BR1M...kita naikkan jumlah BR1M...itu kira
macam syarat la tu...
Orang Tua: Ok lahhh...apa syaratnya?

Anak Muda: Syaratnya, setiap hari pakcik kasi saya lima puluh ringgit...cukup sebulan saya kasi
pakcik BR1M seratus ringgit, amacam? Setuju?
Orang Tua: Woiii...ko ingat aku bodoh ke? Ko mambik duit dari aku tiap2 hari lima puluh rtinggit,
sebulan ko kasi aku seratus? Ko ingat aku ni bodoh sangat? Ko guna duit aku, bayar pulak kat
aku hanya seratus? Ko untung pulak lagi....jangan nak bodohkan aku...aku tak la bodoh sangat ok..

Anak Muda: Haaaa...kalau tak bodoh baguslah!! Macam tu lah Najib punya cara kasi BR1M, tau tak? Hahahaha... (sambil bangun dari kerusi
menuju ke tokeh kedai untuk bayar minuman)
Orang Tua: (terkebil2 sambil pandang Tokeh Kedai yang ketawa besar) Kurang ajar budak
nihhhh....!!!

Jom Sampaikan Cerita ini Kepada Masyarakat Luar Bandar & Felda yg terlalu mengharapkan BR1M!!

"Ianya Fitnah kepada Saya " MB Terengganu

Posted by Admin2u on Friday, 14 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam, kecewa apabila kemudahan teknologi maklumat disalah gunakan pihak dan individu tertentu bertujuan untuk membuat fitnah dan mengaibkan orang lain.

Beliau melahirkan kekecewaan itu apabila sekali lagi menjadi mangsa fitnah trend super impose bersama seorang pelakon wanita, dramatis dan pengacara terkenal tanah air, Neelofa Mohd Nor yang menggunakan identiti beliau sebagai pemilik di Facebook.

Ahmad ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut, menafikan akaun itu adalah miliknya, dan ia merupakan satu lagi fitnah yang tidak berasaskan ke atas dirinya yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Tahun lepas, saya telah tutup akaun Facebook saya kerana sudah bosan dengan apa yang berlaku (fitnah). Tetapi masih ada lagi yang klon akaun dengan menggunakan nama saya mendaftar dalam laman Facebook.

“Sebelum ini, apabila kita check, ia (Facebook) didaftarkan di US dan Singapura. Tindakan tidak boleh dibuat. Pegawai saya juga telah membuat penafian sebelum ini, bahawa saya tiada akaun (Facebook).

“Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum sahaja bila tengok gambar saya (dengan Neelofa),” katanya yang sempat berseloroh kepada media selepas Majlis Perasmian Karnival ICT Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu, (TTC), di sini, semalam.

Tahun lalu, Ahmad telah membuat laporan polis berhubung laman Facebook palsu yang menggunakan identiti beliau sebagai pemilik.

Laporan dibuat kira-kira pukul 10.15 pagi pada 17 September itu dibuat oleh Setiausaha Akhbar beliau, Rosli Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Menurut Rosli yang dipetik berkata, Facebook yang dipalsukan itu lebih kepada penyamaran dan segala maklumat yang dimuat naik dalam akaun itu tidak benar dan lebih parah, ia menimbulkan kekeliruan rakyat di negeri ini.

Rosli memberi contoh pengumuman cuti tambahan selepas cuti Hari Malaysia yang dimuat dalam Facebook itu dan dikesan pihak pejabat Menteri Besar.

“Perkara ini tidak benar sama sekali dan mereka yang tidak bertanggungjawab itu perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Penyamaran diri sebagai menteri besar di laman sosial ini dan fan page Facebook tersebut telah memanipulasi maklumat pentadbiran kerajaan sehingga mengelirukan rakyat,” katanya selepas laporan itu dibuat di IPD Kuala Terengganu.

Mengenai akaun Facebook terbaharu itu, Ahmad bagaimanapun tidak mahu mengambil serius mengenainya apabila ditanya tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab terbabit.

PROTON, Exco Kedah Kembali Menggunakan...

Posted by Admin2u on Tuesday, 11 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

ALOR SETAR - Proses menggantikan kereta rasmi kerajaan negeri bagi kegunaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) sedia ada, iaitu Toyota Camry dibeli pada 2010 oleh kerajaan terdahulu kepada 10 Proton Perdana baharu bakal dilaksanakan pada bulan depan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Kedah amat bernasib baik kerana mendapat kenderaan berkenaan lebih cepat daripada pembekal.

“Kereta Toyota Camry yang dibeli ketika zaman pentadbiran sebelum ini akan dijual kepada bekas exco pada kadar yang dipersetujui. Malah mereka turut menanti-nanti bila tarikh penyerahan kenderaan itu dibuat.

“Kita sebelum ini turut menilai lima jenama kenderaan untuk ganti kereta itu. Setelah mengambil masa agak lama kita membuat keputusan untuk membeli Proton Perdana 2.4 liter bagi kegunaan exco,” katanya kepada media di Wisma Darul Aman, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu juga selaras dengan keputusan yang dibuat kerajaan pusat.

“Kita tidak boleh umum harga keseluruhan 10 kereta berkenaan namun yakin harganya termurah berbanding jenama lain yang kita nilai. Langkah menjual kenderaan rasmi kepada bekas exco sebenarnya sudah menjadi amalan sejak dulu,” katanya.

Pada awal bulan lalu, Mukhriz sudah memberi gambaran awal berhubung perkara itu dan menganggap langkah membeli kereta baharu akan dapat memenuhi keperluan Exco untuk turun padang ke pelosok negeri termasuk perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi.

Tindakan berkenaan juga antara inisiatif mereka mengutamakan kereta buatan Malaysia yang berkualiti tinggi serta harus dibanggakan.

Sebelum ini, kerajaan PR Kedah membeli lima unit kereta Toyota Camry untuk kegunaan exco dan pegawai kanan pada Julai 2010, bagi menggantikan kereta rasmi, Proton Perdana V6 Eksekutif yang tidak lagi ekonomik digunakan berikutan kerap rosak dan kos membaikinya yang tinggi.

Pembelian lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner itu mencecah RM1.2 juta.

Sumber Berita Harian

PR Belum Tentu Mengekalkan Kajang

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

KUALA TERENGGANU – Kerusi Dun Kajang belum tentu menjadi milik PR sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut sebagai calon PKR mempunyai pengaruh yang kuat.

Pengerusi Gerakan Terengganu, Datuk Yap Kea Ping berkata, sikap PKR yang seolah-olah menjadikan isu pengosongan kerusi Dun Kajang sebagai perkara main-main boleh menggugat keyakinan rakyat memberi peluang kedua kepada parti itu.

“Peletakan jawatan Adun Kajang sebelum ini tidak munasabah, seolah-olah mereka menganggap pilihan raya ini main masak-masak.

“Isu ini juga turut menimbulkan rasa tidak setuju rakyat terhadap tindakan PKR. Jadi, tidak tahulah sama ada rakyat mahu sokong Anwar atau tidak.

“Biarlah orang tempatan menilai sendiri sikap PRK yang sanggup menyusahkan rakyat kerana masalah dalaman mereka dan membazir wang,” katanya.

Beliau berkata, kepercayaan rakyat terhadap PKR juga boleh terhakis akibat beberapa kelemahan yang dikenal pasti dalam pentadbiran Kerajaan PR khususnya di Selangor, setelah memasuki tempoh penggal kedua di negeri itu.

Menyentuh perkara sama katanya, pemilihan Anwar sebagai calon juga dilihat tidak begitu sesuai dan laluan boleh diberikan kepada individu lain memandangkan Anwar sendiri telah pun menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Sepatutnya berilah kepada orang lain, pemimpin lain, kalau semua dia mahu ‘sapu’, itu tidak berapa betullah,” katanya.

Mengulas mengenai calon BN, beliau bersetuju sekiranya laluan terus dikekalkan kepada MCA dan memberi peluang kepada parti itu mengetengahkan calon berkaliber untuk melawan Anwar di kerusi N25 Kajang, 23 Mac ini.

Walaupun wujud percanggahan pendapat dalam soal calon sehingga ada yang mencadangkan calon luar dari MCA, Kea Ping khuatir sekiranya perkara itu berlaku ia boleh menimbulkan krisis perpaduan di kalangan parti-parti komponen, sekali gus melemahkan kerjasama antara parti dalam memenangkan calon BN.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, jika MCA tidak mempunyai calon sesuai, pihak terlibat boleh duduk berbincang sesama rakan komponen BN untuk membolehkan satu penyelesaian dibuat sebelum tiba tarikh penamaan calon, 11 Mac ini.

Sumber SinarHarian

Lumur Darah Ayam Guna Nama ISLAM NGO Rosakan Imej Negara

Posted by Admin2u on Sunday, 9 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

TAIPING – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menyelar tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia dan melakukan upacara penyembelihan ayam pada gambar pemimpin PKR dan DAP.

Beliau berkata, tindakan tersebut yang dilakukan kira-kira 50 individu di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur itu boleh disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.

"Lebih malang apabila kumpulan terbabit menggunakan nama Islam, sedangkan ia tiada dalam ajaran Islam itu sendiri," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Bukit Gantang, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan terbabit yang bertindak melakukan penyembelihan dan melumur darah pada kain rentang yang terdapat wajah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Idris berkata, kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berulang kerana ia hanya akan merosakkan imej negara.

“Oleh itu, kita amat berharap pihak polis dapat bertindak dengan sewajarnya kerana gambar-gambar juga ada, mustahil mereka tindakan tidak boleh diambil,” katanya.

Sumber Sinar Harian

Admin: Sembelih Guna nama ISLAM? Sangat Memalukan.. Puak2 ni memang tak ada kerja... 

Tawaran Tampar Terese Kok Bukan Ancaman - Zahid Hamidi

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...



Ketololan Apakah ini semua? Apakah menggangu gugat kehidupan org .. iaitu di ancam itu bukan Ancaman?? sehinggakan Terese Kok telah membuat laporan Polis.. apakah sampai level buat laporan Polis bersebabkan Ancaman boleh dikatakan Bukan Ancaman? So Report tu nak buat report sbagai ape?? 

Apabila Menteri berada di sebelah Pihak mcm ni lah jadinya... Apakah mereka fikir mereka jadi Menteri hanya utk sesebuah parti? Bukankah selepas PRU dan menjadi Menteri..ianya menteri KERAJAAN... tidak lagi dipanggil PARTI... 

Dimana Hak rakyat dgn begitu jelas bahwa menunjukkan ianya satu Ancaman yang dpt menganggu kehidupan org lain... Kejadah apa pula memberi tawaran sehinggakan nak tampar org sesuka hati mak pak dia ?? dlm masa yang sama meletakkan nama ISLAM sbagai perjuangan oleh NGO ini?? 

Ada Menteri tapi tak ada akal utk berfikir...FAILED

TOL Tak naik..Tapi bayar Pampasan??

Posted by Admin2u on Saturday, 8 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

SHAH ALAM - Pas mempersoalkan tindakan kerajaan Persekutuan membayar pampasan RM400 juta kepada syarikat konsesi di sebalik keputusan tidak menaikkan kadar tol pada tahun ini sedangkan ia masih membazirkan wang pembayar cukai rakyat di negara ini.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, langkah itu tidak wajar sedangkan pegangan saham terbesar dalam konsesi itu merupakan kerajaan sendiri sekali gus kerajaan mempunyai lebihan RM400 juta duit rakyat untuk diboroskan lagi.

"Rakyat juga yang membayar kepada syarikat konsesi, cuma wang itu keluar sama ada dari poket sendiri untuk kadar tol yang lebih tinggi atau melalui kerajaan yang mendapat hak menjaga duit rakyat melalui kemenangan PRU.

"Jika RM400 juta dibayar terus dari poket rakyat sendiri, kerajaan mempunyai lebihan RM400 juta duit rakyat untuk digunakan (atau dibazirkan, renunglah sendiri)," katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau juga mempersoalkan kemampuan kerajaan memberikan pampasan sebesar itu sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk mengambi alih kepentingan konsesi tol sekali gus dapat menyelesaikan tuntutan kenaikan tol saban tahun.

"Daripada membayar pampasan, mengapa duit tersebut tidak digunakan untuk membeli keseluruhan syarikat konsesi untuk menjadi milik kerajaan 100 peratus dan akhirnya kerajaan dapat membatalkan perjanjian tol berat sebelah itu tanpa halangan?

"Mengapa kerajaan tidak berfikir ke arah itu? Siapa yang ingin dikayakan di dalam syarikat konsesi tersebut? Apakah alasan untuk syarikat konsesi mendapat keuntungan melampau?" soalnya.

Beliau beranggapan tindakan kerajaan yang terus membela syarikat konsesi tol tersebut menunjukkan syarikat terbabit mengalami kerugian atau keuntungan menurun sejak tiga tahun lalu berturut-turut dan peningkatan kos penyelenggaraan lebuh raya yang menjejaskan keuntungan mereka.

"Sekiranya syarikat konsesi mengalami simptom tersebut, maka wajarlah kerajaan membenarkan tindakan untuk menaikkan kadar tol atau membayar pampasan.

"Tindakan menaikkan kadar tol atau membayar pampasan tidak boleh berdasarkan kesilapan kerajaan menandatangani perjanjian semata-mata," katanya lagi.

Memalukan Orang Cina, Video Teresa

Posted by Admin2u on Friday, 7 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

JOHOR BAHRU - Klip video yang dihasilkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyentuh isu dan menyindir pemimpin negara baru-baru ini adalah sesuatu yang memalukan masyarakat Cina, kata Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jason Teoh.

Beliau berkata, tindak tanduk yang tidak sihat dan negatif seperti ini tidak seharusnya dilakukan terutama semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

"Ya, saya akui sebagai orang Cina saya malu dengan tindakan Teresa Kok itu, langsung tidak menghormati perasaan rakyat negara ini," katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina Johor Selatan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen Teresa seharusnya berbuat sesuatu yang positif yang boleh diteladani masyarakat.

Video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu dimuat naik ke dalam Youtube yang menunjukkan Teresa menemu ramah tiga tetamu yang menyindir pelbagai perkara termasuk isu keselamatan di Sabah dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri itu.

Jason berkata, kenyataan mereka dalam video itu jelas bertujuan menggagalkan promosi TMM 2014.

Katanya kebijaksanaan Teresa sepatutnya digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu mengeratkan hubungan sesama kaum di negara ini seperti yang dilakukan oleh SP Setia Berhad Group menerusi video clip Tahun Baharu Cina syarikat itu.

Sebelum itu, beliau berkata empat individu dan dua badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina di Johor telah membuat laporan polis mengenai klip video Teresa itu.

Seorang daripada mereka ialah pengusaha industri pelancongan dari Kota Tinggi, Liew Kim Fook, 48.

Kim Fook yang membawa pelawat dari Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura untuk menyaksikan kunang-kunang di daerah itu menyifatkan klip video berkenaan sebagai khianat terhadap rakyat kerana memperlekeh tahap keselamatan negara dan boleh menjejaskan pendapatan pengusaha industri pelancongan negara ini.

Mereka mahu Teresa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini berhubung tindakannya itu. - Bernama

"Step Down" MB Selangor Pekara Biasa...

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan persoalan mengenai kesediaan beliau memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan menteri besar tidak perlu dikemukakan sekarang.

Menurutnya, desakan sesetengah pihak yang mahu dirinya berundur adalah hak bersuara masing-masing.

Semua orang boleh sokong dan boleh minta ‘step down’. Pada saya soalan berkenaan tidak akan dikemukakan sekarang.

“Isu spekulasi 'step down' ini sudah tujuh kali diajukan, oleh itu saya tidak perlu komen kerana semua orang berhak sokong dan minta berhenti,” katanya ketika sidang media, semalam.

Abdul Khalid memaklumkan kekuatan negeri ialah mengikut peraturan untuk memastikan kerangka kerajaan yang adil.

Sumber Sinar Harian...

Admin: Step Down .. Beri laluan dan sbagainya bukanlah pekara luar biasa bagi mereka yang mempunyai jawatan dalam sesebuah organisasi.. Pekara biasa.. pasti ada suara sumbang dan org2 yang tidak puas hati dengan kedudukan kita.. bkn disbbkan kita tak mampu atau tak boleh.. terkadang disbbkan org lain merasakan diri mereka lebih baik dan mampu buat lebih baik.. ..

So apa yg penting kita buat kerja kerana ALLAH SWT.. Jgn dok layan sgt apa org kata.. Andai takdir kata kita terpaksa turun bawah.. so semuanya ketentuan.... 

PAS Bantah Tindakan Provokasi Melampau

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SHAH ALAM - Pas hari ini menyelar tindakan kumpulan yang melakukan provokasi yang akan memberi kesan kepada imej Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan kumpulan itu bukan sahaja bertentangan dengan akidah Islam dan menggalakkan perbuatan yang tidak baik.

"Pas kesal dengan provokasi perkauman melampau akhir-akhir ini. Tindakan melampau ini bukan sahaja boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara bahkan ia akan mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap Islam.

"Tindakan sembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan seolah ianya selaras dengan kehendak syarak.

"Lebih sedih, apabila tindakan menggalakkan orang menampar dengan habuan wang itu disasarkan terhadap seorang wanita," katanya dalam laman Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sekumpulan NGO bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang itu mencadangkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan tindakan seseorang individu perlu menggunakan cara yang betul.

"Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa Kok, anjurlah debat dengan beliau sambil menonton video beliau dan tunjukkan di mana dituduh sebagai menghina semasa debat.

"Jangan bagi alasan tiada masa," katanya.

Anwar Bayang Mengganti Khalid

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan beliau mungkin akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dun Kajang. 

Bercakap secara eksklusif kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam, Anwar berkata: "Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan. Ada urusan berkenaan dengan Tuanku (Sultan Selangor) kerana isu Perlembagaan ini bukan hanya naik mahkamah saja."

Menurut Anwar, perbincangan (dengan rakan Pakatan) perlu untuk dapatkan permuafakatan dan kerjasama.

Beliau kemudian sekali lagi menegaskan, "kemungkinan itu ada."

"Cara kita berbeza dengan institusi raja dan saya sudah ada pengalaman. Saya tidak mahu ulas kedudukan saya," ujarnya.

Anwar pada 28 Januari lalu selepas diumumkan akan bertanding kerusi Dun Kajang pada PRK ini, menyatakan Abdul Khalid akan kekal dan dakwaan beliau akan ambil alih jawatan menteri besar hanya spekulasi.

Pada temu bual semalam, Ketua Pembangkang itu bagaimanapun dalam nada berbeza menegaskan apa-apa jawatan termasuk Menteri Besar Selangor, penyandangnya bukan tetap.

“Ya (ada yang ganti), ia bukan jawatan tetap (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Bukan saja berlaku dalam politik, malah dalam dunia sekali pun. Kita tidak akan beri jaminan itu (kekal). (Jawatan menteri besar) itu kita akan bincang cari jalan yang terbaik," katanya.

Mengenai PRK Kajang, Anwar menyatakan beliau mahupun Pakatan tidak anggap mudah untuk menang.

“Saya akan turun bawah jumpa rakyat. Kalau bertanding, saya bukan Ketua Umum, saya hanya calon. Di Permatang Pauh, saya turun rata kedai kopi. Kalau saya balik, ada orang meninggal, jam 1 atau 2 pagi pun saya akan melawat.

“Insya-ALLAH, kalau saya menang di Kajang pun, saya kena jadi macam itu. Nasib baik Kajang, dekat dengan rumah saya Segambut,” katanya.

PRK Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan Adun daripada PKR, Lee Chin Cheh secara mengejut pada 27 Januari lalu atas alasan tidak mampu berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan berkesan.

Sehari kemudian, Abdul Khalid mengumumkan Anwar dipilih sebagai calon PRK kerusi Dun berkenaan.

Ini sekali gus mencetus polemik bahawa peletakan jawatan Chin Cheh ada kaitan dengan percaturan untuk Anwar mengambil alih tempat Abdul Khalid sebagai menteri besar yang dilaporkan enggan menerima Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai penggantinya.

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger