PROTON, Exco Kedah Kembali Menggunakan...

Posted by Admin2u on Tuesday 11 February 2014 | 0 comments


ALOR SETAR - Proses menggantikan kereta rasmi kerajaan negeri bagi kegunaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) sedia ada, iaitu Toyota Camry dibeli pada 2010 oleh kerajaan terdahulu kepada 10 Proton Perdana baharu bakal dilaksanakan pada bulan depan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Kedah amat bernasib baik kerana mendapat kenderaan berkenaan lebih cepat daripada pembekal.

“Kereta Toyota Camry yang dibeli ketika zaman pentadbiran sebelum ini akan dijual kepada bekas exco pada kadar yang dipersetujui. Malah mereka turut menanti-nanti bila tarikh penyerahan kenderaan itu dibuat.

“Kita sebelum ini turut menilai lima jenama kenderaan untuk ganti kereta itu. Setelah mengambil masa agak lama kita membuat keputusan untuk membeli Proton Perdana 2.4 liter bagi kegunaan exco,” katanya kepada media di Wisma Darul Aman, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu juga selaras dengan keputusan yang dibuat kerajaan pusat.

“Kita tidak boleh umum harga keseluruhan 10 kereta berkenaan namun yakin harganya termurah berbanding jenama lain yang kita nilai. Langkah menjual kenderaan rasmi kepada bekas exco sebenarnya sudah menjadi amalan sejak dulu,” katanya.

Pada awal bulan lalu, Mukhriz sudah memberi gambaran awal berhubung perkara itu dan menganggap langkah membeli kereta baharu akan dapat memenuhi keperluan Exco untuk turun padang ke pelosok negeri termasuk perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi.

Tindakan berkenaan juga antara inisiatif mereka mengutamakan kereta buatan Malaysia yang berkualiti tinggi serta harus dibanggakan.

Sebelum ini, kerajaan PR Kedah membeli lima unit kereta Toyota Camry untuk kegunaan exco dan pegawai kanan pada Julai 2010, bagi menggantikan kereta rasmi, Proton Perdana V6 Eksekutif yang tidak lagi ekonomik digunakan berikutan kerap rosak dan kos membaikinya yang tinggi.

Pembelian lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner itu mencecah RM1.2 juta.

Sumber Berita Harian

Pin It

0 comments for "PROTON, Exco Kedah Kembali Menggunakan..."

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger