Lumba Haram, PAS Gesa Pembinaan Litar Rakyat

Posted by Admin2u on Friday 14 February 2014 | 0 comments


SHAH ALAM – Kebimbangan terhadap gejala rempit dan lumba haram yang melibatkan golongan muda boleh diatasi sekiranya Kerajaan Negeri Selangor dapat menyediakan kemudahan litar lumba secara sah sekaligus dapat menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, kemudahan litar rakyat tersebut akan dapat memberi alternatif kepada golongan muda yang cenderung kepada dunia permotoran haram dengan membimbing minat mereka kepada kaedah yang betul.

Selain soal keselamatan, bakat terpendam mereka juga boleh dicungkil untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi kesukaran mereka menceburinya secara profesional di litar sedia ada kerana kos tinggi.

“Jika kemudahan itu dapat disediakan, mereka boleh menunjukkan kebolehan mereka tanpa memerlukan pembiayaan yang mahal, apatah lagi dengan peningkatan kos sara hidup kini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasrat itu telah pun diajukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri dalam satu majlis penyerahan plak sokongan anak muda terhadap pemerintahan PR Selangor pada Sabtu lalu.

Katanya kerjasama ARC Selangor Motorsport, Pemuda Pas Selangor juga menyelitkan beberapa slot pembinaan rohani dan keperibadian anak muda dalam aktiviti permotoran tersebut.

“Usaha ini dilakukan untuk mendidik serta menyedarkan generasi muda bahawa mereka sebenarnya adalah aset besar dalam pembangunan agama, negara dan bangsa. 

“Semoga rancangan pembinaan Litar Rakyat itu lancar dan mendapat kerjasama dan perhatian yang serius daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor sekaligus dapat membantu mengawal masalah sosial yang kian meruncing,” katanya lagi.

Sumber SinarHarian

Pin It

0 comments for "Lumba Haram, PAS Gesa Pembinaan Litar Rakyat"

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger