"Hari Ibu" Saya ialah Hari Hari - Saiful Nang

Posted by Admin2u on Sunday 9 February 2014 | 0 comments


"HARI IBU" SAYA IALAH HARI-HARI

Arwah emak saya buta huruf. Berhenti sekolah darjah 3 dan kerja cuci kain rumah tokey British. Kemudian jadi hamba dan dihambakan oleh seorang seniwati terkenal ketika itu (dah arwah dah pun). 

Apabila cukup umur, emak kerja kilang pembungkusan makanan sebelum kahwin. Selepas kahwin menetap di sebuah estet di Bukit Kapar. 

Mengharungi kesusahan dengan membantu Ayah yang bergaji sangat rendah bekerja di kilang sawit, emak kutip biji sawit kernel yang tidak pecah untuk diproses semula. 

Tahun 1984 kami berpindah ke Felda Tementi dan mengharungi kesusahan dan kepayahan hidup seperti biasa. 

Emak tak tinggalkan harta tetapi kerana cerita emak ia membentuk jatidiri saya sendiri. Saya ada 4 beradik dan saya paling suka dengar CERITA EMAK walaupun kadangkala cerita tu macam cerita ulangan macam cerita "Bukit Kepong" yang main tiap-tiap hari Kebangsaan. Antaranya intipati yang saya ekstrak dari semua cerita-cerita arwah ialah seperti...

1. Hidup bukan untuk diri sendiri sahaja. 
2. Kaya tak berkat kalau tak kayakan orang lain. 
3. Pandai tidak sah jika tidak pandaikan orang lain
4. Hidup bukan untuk perut tapi untuk sumbangan jariah
5. Sentiasa beri lebih dari menerima lebih (tangan di atas lebih mulia).
6. Miskin bukan kerana tiada duit, tetapi ada banyak duit tapi tak cukup.
7. Banyak belajar jangan sampai kurang ajar
8. Jangan sebut MASALAH tetapi CABARAN
9. Jangan lari dari masalah tetapi hadapinya secara tenang kerana masalah yang diselesaikan memandaikan kita.
10. Semua orang sama merah darahnya. Hormati semuanya sekali tanpa mengira siapa. 
11. Sedikit akan cukup jika kita tundukkan tamak. 
12. Banyak tak akan pernah cukup kalau nak beri makan pada ketamakan. 
13. Jangan sampai mati jadi muflis kerana tiada 3 bekalan (anak soleh, sedaqah jariah & ilmu yang manafaat)

Emak saya patut jadi pakar motivasi. Sedar tak sedar, walaupun emak dah tiada tetapi saya tak rasa saya kehilangannya kerana saya sentiasa rasa, saya hidup dalam semangatnya. 

Meraut 2 gugus penyapu lidi sepanjang hari untuk dapatkan RM1 kemudian datang Si Yatim meminta derma lalu diberikan semuanya sekali. Bila saya tanya kenapa beri semua, emak jawap dengan mudah "Rezeki Allah yang beri".

Hampir 6 tahun emak pergi. 
Saya tak rasa emak jauh sangat. 
Saya pun bukannya akan hidup 1000 tahun.

Selamat Memperingati Ibu

Like & Share

Pin It

0 comments for ""Hari Ibu" Saya ialah Hari Hari - Saiful Nang"

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger