Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Kerajaan Johor 4% Hapus

Posted by Admin2u on Friday 14 February 2014 | 0 comments



Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Kerajaan Johor: Alhamdulillah….selepas satu demi satu perubahan yang cuba dilakukan kerajaan Johor. Jikalau Cuepacs minta pengurangan 1%. Lain pula yang berlaku di Johor.

Terbaru, kerajaan Johor telah umumkan untuk rakyat negeri Johor khususnya kakitangan awam kerajaan Johor satu skim yang dinamakan…..

Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah yang bakal memberikan manfaat dan faedah kepada kira-kira 20,000 kakitangan awam kerajaan Johor.

Butiran Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Kerajaan Johor Yang Terbaru?
Skim Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Kerajaan Johor tanpa faedah akan menghapuskan kadar faedah sebanyak 4% berkuatkuasa 1 Mac ini.
Bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei dengan bayaran balik mengikut jadual baru skim Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Kerajaan Johor tanpa faedah ini yang akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun 2014 ini
Pinjaman perumahan (loan) tanpa faedah, terbaik! Insyaallah kita bantu orang, orang akan bantu kita balik. Kita memudahkan hidup orang, Insyaallah lebih ramai akan mendapat manfaat dan kemakmuran bersama. Beruntung, kakitangan awam kerajaan Johor.
Tahniah Berita Semasa ucapkan kepada kerajaan negeri Johor Darul Takzim (JDT). Setakat ini, hanya negeri Kelantan & Johor yang menawarkan Pinjaman perumahan tanpa faedah kepada kakitangan awam negeri mereka. Semoga kerajaan negeri negeri lain termasuk kerajaan persekutuan/badan berkanun dapat mencontohi kerajaan Johor. 
P/S : Apabila kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan kerajaan hapus sebanyak 4%, satu angka yang sangat banyak dapat dijimatkan oleh kakitangan awam selaku peminjam. Jikalau loan pinjaman perumahan  selama tempoh 30 tahun, Harga rumah RM200,000, dianggarkan penjimatan sekitar RM100,000++ juga untuk tempoh tersebut.
PP/S : Apa respon dan harapan dengan pelaksanaan Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Kerajaan Johor 4% dihapuskan?

Pin It

0 comments for "Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Kerajaan Johor 4% Hapus"

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger