Serang Rumah Jiran..

Posted by Admin2u on Thursday 13 February 2014 | 0 comments


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bertindak ‘gila’ apabila menyerang kediaman jirannya dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan salah seorang daripada ahli keluarga tersebut dalam satu kejadian di Kampung Kesom, Manir, di sini, Ahad lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, suspek yang berusia 41 tahun pada mulanya dikatakan membuat kecoh di pekarangan rumah jirannya dengan membunyikan hon kereta.

“Suspek bertindak seperti ‘orang gila’ apabila membunyikan hon berkali-kali di hadapan rumah jirannya dipercayai untuk mengejutkan ahli keluarga yang ketika itu sedang lena tidur.

“Usahanya ternyata berjaya apabila seorang daripada ahli keluarga itu yang berusia 26 tahun terjaga sebelum disusuli ibunya yang lebih mesra dipanggil Mok Der oleh suspek,” katanya.

Kata sumber, sejurus ternampak kelibat kedua-dua mangsa, suspek terus keluar daripada keretanya sambil memegang sebatang besi menuju ke arah tempat letak motosikal, sebelum bertindak mengetuk bahagian belakang motosikal yang ada di situ.

“Tindakan ‘gilanya’ tidak berakhir di situ, suspek terus bermaharajalela mengamuk dengan menghulurkan batang besi dipegangnya ke arah cermin tingkap rumah, malah tindakannya itu hampir terkena di bahagian dada Mok Der yang secara kebetulan berada berhampiran tingkap tersebut.

“Tidak cukup dengan itu, suspek seperti dirasuk hantu apabila menjerit-jerit dengan sekuat hati sambil mengeluarkan kata-kata ugutan berbunyi ‘Mok Der tubik mu tubik, mana Awang mu, tubik mu Mok Der..aku nok bunuh mu..aku nak bunuh Awang mu malam ni’,” katanya.

Menurut sumber lagi, walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun anak perempuan Mok Der mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga pada masa akan datang, sejurus suspek beredar dari kediamannya.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai buruh itu ditahan beberapa jam selepas laporan polis dibuat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Pin It

0 comments for "Serang Rumah Jiran.."

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger