"Step Down" MB Selangor Pekara Biasa...
Posted by Admin2u on Friday, 7 February 2014 | 0 comments
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan persoalan mengenai kesediaan beliau memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan menteri besar tidak perlu dikemukakan sekarang.
Menurutnya, desakan sesetengah pihak yang mahu dirinya berundur adalah hak bersuara masing-masing.
“Semua orang boleh sokong dan boleh minta ‘step down’. Pada saya soalan berkenaan tidak akan dikemukakan sekarang.
“Isu spekulasi 'step down' ini sudah tujuh kali diajukan, oleh itu saya tidak perlu komen kerana semua orang berhak sokong dan minta berhenti,” katanya ketika sidang media, semalam.
Abdul Khalid memaklumkan kekuatan negeri ialah mengikut peraturan untuk memastikan kerangka kerajaan yang adil.
Sumber Sinar Harian...
Admin: Step Down .. Beri laluan dan sbagainya bukanlah pekara luar biasa bagi mereka yang mempunyai jawatan dalam sesebuah organisasi.. Pekara biasa.. pasti ada suara sumbang dan org2 yang tidak puas hati dengan kedudukan kita.. bkn disbbkan kita tak mampu atau tak boleh.. terkadang disbbkan org lain merasakan diri mereka lebih baik dan mampu buat lebih baik.. ..
So apa yg penting kita buat kerja kerana ALLAH SWT.. Jgn dok layan sgt apa org kata.. Andai takdir kata kita terpaksa turun bawah.. so semuanya ketentuan....
So apa yg penting kita buat kerja kerana ALLAH SWT.. Jgn dok layan sgt apa org kata.. Andai takdir kata kita terpaksa turun bawah.. so semuanya ketentuan....
0 comments for ""Step Down" MB Selangor Pekara Biasa..."
Leave a reply