Penyokong JDT di Tahan

Posted by Admin2u on Sunday 9 February 2014 | 0 comments


Pekan: Akibat provokasi melampau dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa, seorang penyokong Johor Darul Takzim (JDT) ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, tengah malam kelmarin.

Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku ketika sekumpulan penyokong JDT membuat laporan di IPD berkenaan kerana mendakwa dipukul serta dibaling objek keras oleh penyokong tuan rumah di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, selepas perlawanan Liga Super membabitkan dua pasukan itu. 

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Yahaya Othman berkata, pihaknya terpaksa menahan individu itu bagi mengelak kejadian tidak diingini, seterusnya mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua penyokong. 

Katanya, ketika laporan dibuat, kira-kira 200 penyokong Tok Gajah menunggu di luar IPD kerana tidak berpuas hati selepas mendakwa bas membawa penyokong JDT menghimpit motosikal dinaiki mereka hingga menyebabkan kecederaan.

“Kita bertindak pantas mengawal keadaan supaya tiada insiden pergaduhan antara penyokong. Kita meminta mereka bersurai atau akan dikenakan tindakan undang-undang namun tidak diendahkan.

“Oleh itu, kita menahan seorang penyokong JDT berusia lingkungan 20 tahun kerana mengingkari arahan selain melakukan provokasi kepada penyokong Pahang dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Sumber Hmetro

Pin It

0 comments for "Penyokong JDT di Tahan"

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger