Penyamun Kene Cekup..

Posted by Admin2u on Monday 10 February 2014 | 0 comments


Banting: Tindakan dua penjenayah menggunakan nombor pendaftaran kereta sama ketika melakukan jenayah sebelum ini berjaya diberkas kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, kedua-dua suspek berusia 20-an berjaya diberkas di Jalan Cempaka, di sini, selepas kelibat mereka disedari ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Telok Datok yang melakukan rondaan. 

Curiga dengan kehadiran kereta yang dinaiki suspek, ahli SRS kemudian mengekori mereka kira-kira 30 minit dan memaklumkan kepada polis nombor pendaftaran kereta berkenaan sama dengan nombor kereta yang terbabit dalam kejadian ragut seorang wanita di Pekan Banting, 23 Januari lalu. 

Menyedari mereka diekori, suspek memecut namun kecekapan polis kemudiannya berjaya memberkas mereka yang dipercayai merancang untuk melakukan jenayah di kawasan berhampiran.

Pengerusi SRS Telok Datok Khairul Azhar Misnan berkata, sebelum ditahan, beliau bersama tiga lagi anggota SRS melakukan rondaan sebelum terserempak dengan suspek.

“Kira-kira 30 minit kami mengekori kereta Proton Iswara yang dinaiki suspek sebelum diberkas di Jalan Cempaka dengan bantuan anggota polis. 

Sumber HMetro

Pin It

0 comments for "Penyamun Kene Cekup.."

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger