'Street Dakwah' tutup aurat, anti-Comango

Posted by Admin2u on Sunday 16 February 2014 | 0 comments


Pada 14 Februari lalu berlangsungnya program Street Dakwah anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Gombak di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur. 

Program ini telah berjaya menghimpunkan lebih 100 orang peserta antaranya mahasiswa daripada UIA, IIC, UTM,Unikl BMI, USIM,UM,UPM ,KIPSAS dan sebagainya. 

Peserta mula berkumpul seawal jam 6 petang bertempat di Masjid Jamek. Para peserta kemudianya diberikan taklimat program disusuli dengan sesi tazkirah.

Semasa sesi taklimat, para peserta telah dijelaskan objektif penganjuran program Street Dakwah ini dan juga diterangkan mengenai kempen tutup aurat dan anti-Comango yang sedang giat dijalankan.

Antara objektif penganjuran program street dakwah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan belia mengenai larangan menyambut hari kekasih dan bahaya tuntutan COMANGO.

Selain itu, para peserta juga dapat melatih diri untuk berada bersama kelompok masyarakat di luar sana dan bersama mereka untuk menjelaskan ancaman terhadap umat islam masa kini.

Seterusnya, para peserta telah dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil dan bergerak untuk mengedar risalah di kawasan-kawasan sekitar Masjid Jamek, KLCC, Sogo, Wangsa Maju dan lain-lain lagi.

Para peserta ternyata berjaya menunjukkan sikap keberanian yang tinggi bila bersama masyarakat.

Selain itu, penerangan bahaya COMANGO ini juga telah di buat di dalam komuter dan ternyata berjaya menarik minat penumpang yang lain untuk mendengarnya.

Akhir sekali, program street dakwah ini telah memberi pengalaman yang berharga kepada setiap peserta.

Diharapkan para belia di luar sana akan turut sama menyertai program-program sebegini pada masa akan datang kerana melalui program ini golongan belia terutamanya mahasiswa dapat turun ke jalanan dan bersama mendekati masyarakat umum.

Malaysia Kini

Pin It

0 comments for "'Street Dakwah' tutup aurat, anti-Comango"

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger