I-Phone 6 Screen Lebih Besar??

Posted by Admin2u on Thursday, 13 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Sejak akhir-akhir ini, setiap perkara baru yang dikeluarkan oleh Apple nampaknya banyak terdedah di arena web dan selalunya didedahkan di Twitter oleh individu atau sesebuah kumpulan. 

Apple sebelum ini selalu menjaga prototaip produk miliknya agar tidak terdedah di atas talian dan bakal memberikan kejutan kepada pengguna apabila diperkenalkan kelak.

Kini, gambar terbaru terdedah di arena web adalah gambar iPhone 6 yang bakal dilancarkan suku ketiga tahun ini. Gambar yang ditunjukkan oleh akaun twitter @mornray886 ini memperlihatkan rekaan iPhone yang kelihatan seperti rekaan iPhone 5S dengan butang pengesan cap jari bersamanya namun kelihatan lebih nipis malah mempunyai skrin yang lebih besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Selain itu, gambar tersebut dikatakan telah diambil daripada sumber milik China yang merupakan negara pengeluaran bahagian elektronik milik Apple. Daripada sumber juga, bahagian elektroik juga lebih besar daripada sebelum ini iaitu mempunyai saiz bahagian eletronik 2.6 inci berbanding sebelum ini 2.31 inci.

Jika ia benar-benar berlaku, nampaknya Apple akhirnya mendengar permintaan pengguna yang inginkan telefon pintar yang lebih besar dan bukan lagi 4-inci skrin seperti sebelum ini. Anda boleh melihat gambar dibawah untuk pandangan lebih jelas.

Model Baru IPhone Akan diLancar 2014

Posted by Admin2u on Wednesday, 5 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Apple Inc (AAPL), gigih membangunkan model baru iPhone dengan rekaan cermin lebih besar melengkung, yang boleh mengesan tahap tekanan berbeza.


Sumber memberitahu, dua model dibangunkan dan dijangka dilancarkan dalam separuh kedua tahun depan, menampilkan rekaan skrin lebih besar tetapi melengkung ke bawah di bahagian bingkainya.

Dengan skrin 4.7 inci dan 5.5 inci, dua model terbaru Apple, semakin menghampiri saiz skrin 5.7 inci Galaxy Note 3, yang dilancarkan Samsung pada September.

Model terbaru itu kini masih dalam peringkat pembangunan dan syarikat itu dijangka melancarkannya pada suku ketiga tahun depan.

Sementara itu, iPad Air yang mula berada di pasaran minggu lalu mendapat sambutan hangat dan hingga kini peminat barangan keluaran Apple masih beratur mendapatkan iPad Air.

Pelancaran di seluruh dunia bermula di Australia dengan Apple di negara itu mengatakan pada hari pelancarannya sudah ada barisan di luar kedai dan apabila pintu dibuka beberapa ratus orang dilaporkan bersedia berbaris di luar kedai di Sydney.

Di gedung tiga tingkat Apple di Beijing, premis terbesar di Asia, setiap pelanggan disambut dengan sorakan dan tepukan daripada kira-kira 25 kakitangan yang memakai baju biru terang.

Manakala 12 pekerja lain berdiri bersedia untuk tepukan kedua di kaunter tunai di bahagian bawah kedai itu.

Di Singapura, jualan kali ini hambar berbanding pelancaran iPad tahun lalu namun masih melihatkan barisan peminat yang setia untuk menjadi orang pertama mendapatkan iPad Air.

iPad Air adalah lebih nipis daripada versi sebelum ini dengan berat kira-kira 450 gram dan dikatakan memiliki OS yang pantas.

Apple turut mempamerkan versi iPad Mini yang dinaik taraf yang akan mula dijual pada akhir bulan ini dengan memiliki paparan retina. Kedua-dua model baru itu menampilkan cip A7 dengan pemproses 64-bit.

Apple Dan China Mobile Meterai Perjanjian

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Syarikat terbesar teknologi di Amerika, Apple telah menandatangani perjanjian untuk membawa produknya, iPhone kepada China Mobile.

Firma China itu mempunyai lebih 760 juta pelanggan dan merupakan salah satu daripada tiga rangkaian yang dianugerahkan lesen 4G pertama China, awal bulan ini.

“China adalah pasaran yang sangat penting untuk Apple. Kerjasama ini memberi peluang untuk kami membawa iPhone kepada pelanggan di dunia rangkaian terbesar itu,” kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook dalam satu kenyataan yang dipetik dari BBC.

Awal tahun ini, Cook menjangkakan China menggantikan sumber pendapatan terbesar Apple, Amerika Utara.

Namun, Apple masih belum mengumumkan harga yang perlu dibayar oleh pelanggan China untuk model iPhone 5s dan 5c yang dijual melalui China Mobile.

China merupakan negara terbesar bagi penggunaan telefon pintar iaitu 1.2 bilion pengguna.

GamePad untuk Samsung Android

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Samsung telah mengumumkan secara rasmi Gamepad untuk telefon Android mereka yang pernah diwar-warkan sebelum ini. 

Pertama kali ditunjukkan pada umum pada pelancaran Samsung Galaxy S4, Gamepad ini kini tersedia untuk pasaran Eropah dan dikatakan akan menyusul untuk pasaran lain ke seluruh dunia dalam masa beberapa minggu dari sekarang.

Bersama pelancaran ini juga dilancarkan aplikasi ‘Mobile console’ untuk menyokong alat ini. Sesuai digandingkan dengan peranti dengan versi Android 4.1 ke atas, ianya terhad untuk peranti dengan saiz skrin maksimum 6.3 inci.

Walaubagaimanapun ianya dikatakan dioptimasikan untuk peranti Samsung. Sambungan kepada alat ini adalah melalui Bluetooth. Jika anda mempunyai kabel HDMI, anda juga boleh merasai pengalaman bermain seakan konsol dengan memaparkan gambar di televisyen anda.

Setakat ini permainaan video yang menyokong sepenuhnya Gamepad ini adalah Need for Speed Most Wanted, Asphalt 8: Airborne, Modern Combat 4: Zero Hour, Virtua Tennis Challenge dan Prince of Persia : The Shadow and the Flame dan dikatakan senarai ini akan bertambah pada tahun hadapan.

Senarai negara yang akan turut dipasarkan alat ini seterusnya tidak lagi didedahkan oleh Samsung.

Selamat Datang ke Oh Buletin

Posted by Admin2u on Monday, 3 February 2014 | 4 comments | Leave a comment...

Assalamulaikum dan Selamat Datang Ke Oh! Buletin... 
Oh Buletin atau Oh! Buletin Merupakan Website berbentuk Blog Buletin yang Memaparkan dan Menyampaikan Berita Terkini, Isu-Isu Semasa, Kisah-Kisah Politik, Slot Agama, Perkongsian Informasi dan Tips, Hiburan, Sukan, Bisnes, Koleksi Cerita Lawak, Pelik, Seram dan Lain-Lain kepada Setiap Lapisan Umum Masyarakat yang Melawat Website Ini.


Kami menyambut kedatangan Anda dengan Tangan Terbuka bagi memeriahkan lagi Keadaan di Oh Buletin.
Segala Teguran Membina Amat kami hargai bagi meningkat dan menambahbaikkan Website Blog Oh Buletin ini.

Sekian Terim Kasih.
Admin2u
(Admin Oh! Buletin)

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger