Kenapa PROTON Lebih Murah di Luar Negara?? (Jawapan)

Posted by Admin2u on Monday, 17 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Berikut merupakan Sumber jawapan yang diberikan dalam Internet:

Sumber 1 - Kenapa Proton Lebih Murah di Luar Negara.
GAMBAR dibawah adalah propaganda yang sedang meluas dikongsi di FB. Ia disebarluaskan untuk menghasut kebencian terhadap Proton dan kerajaan dengan menggunakan data yang cukup mengelirukan. Sebelum kita membuat penilaian, ada baiknya kita membuat analisa secara objektif. 

Persoalannya, adakah benar kereta Preve lebih murah di Australia berbanding Malaysia? Jawapannya adalah Ya dan Tidak. Ia adalah lebih murah di Australia kerana cukai tidak dikutip sepenuhnya ketika pembelian dibuat. 

Di Malaysia, kereta Proton juga tertakluk kepada cukai eksesais walaupun cukai import bagi Proton adalah lebih kecil. Tahukan anda bahawa di Malaysia, kita memberi subsidi petrol tetapi di Australia, bukan sahaja petrol tidak disubsidikan, malah mereka mengenakan dua jenis cukai eksais petrol dan kemudian GST petrol? 

Ini bermakna, setiap kali anda mengepam petrol atau memandu, kerajaan Australia mengutip cukai daripada anda. Petrol di Australia adalah kira-kira RM4.46 seliter berbanding RM1.80 seliter di Malaysia. (Semua harga berdasarkan negeri Victoria. Sydney adalah lebih mahal) 

Cukai jalan di Australia pula adalah kira-kira RM2,100 setahun manakala Malaysia adalah RM90 untuk model ini Proton Preve. Insurans di Australia adalah RM2700 setahun berbanding hanya RM1700 setiap tahun di Malaysia. 

Jika dibuat pengiraan, purata 20,000 km perbatuan setiap tahun, pembelian Proton Preve adalah masih murah di Malaysia. Pada tahun pertama, Proton Preve (Australia) adalah RM61,805,23. Proton Preve (Malaysia) adalah RM61,336,80. 

Selepas tiga tahun, Proton Preve (Australia) adalah RM89, 376,83. Proton Preve (Malaysia) adalah RM72, 203,40. Perbezaan ini adalah lebih besar jika anda membandingkan model yang lebih murah seperti Saga atau Gen2. 

Apapun, diharap Kerajaan BN akan menepati janji mereka untuk mengurangkan harga kenderaan Malaysia sebanyak 30% dan ini akan meningkatkan lagi perbezaan. 

Jangan bandingkan dolar untuk dolar kerana kita juga perlu membandingkan cukai Australia dan juga lebih tinggi (dijangka akan menjadi lebih tinggi tahun ini) kadar pengangguran dan kepesatan ekonomi mereka. Dalam soal ini, proton juga tentunya mengambil kira faktor-faktor ini bagi memastikan jenama dan produk mereka boleh berkembang di luar negara termasuk Australia. 

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah.. (SUMBER)

Sumber ke2 - Kenapa Proton Lebih Murah di Luar Negara.
Ada yang bertanya kenapa kereta vios di thailand lebih murah dari di Malaysia...jawapnnya adalah tax yg dikenakan di Malaysia tinggi sedikit dari Thailand. Kalau dibandingkan harga vios di langkawi, VIOS di Langkawi (RM 53,311) lebih murah dari di Thailand (RM 57,057) dan harga di Malaysia adalah harga dengan Insurance.

Ada yang bertanya kenapa harga proton di Arab Saudi lebih murah dari Malaysia. Terdapat banyak faktor yang menentukan harga apabila melibatkan negara-negara lain. Ianya tidak boleh dikira hanya melalui currency conversion semata-mata. Faktor-faktor lain seperti currency power, population, market penetration dan competition mempengaruhi harga.

Sebab itu, harga kereta berbeza diantara negara. 
Contoh: Toyota Camry Hybrid di Jepun berharga RM 120,788 tetapi Toyota Camry Hybrid di US adalah RM86,843... Sedangkan toyota adalah kereta keluaran Jepun. Rakyat Jepun tidak mempertikaikan kenapa toyota di US lebih murah dari Jepun. Camry (non-hybrid) di Arab Saudi pula berharga RM 63,354 dan Camry (non-hybrid) di US adalah RM 69,509.... kereta di Arab saudi lebih murah dari USA.

(NOTE: harga kereta di US ini tidak termasuk cukai. Di US, state sales tax dan county sales tax akan ditambah keatas harga-harga kereta).

Dr Fikir. (SUMBER)

Sumber ke 3  - Kenapa Proton Lebih Murah di Luar Negara.
Sekarang memang dah jadi trend pula, seolah ada puak yang nak menjatuhkan Proton. Ada je nak cari salah. Ini hanya lah penerangan ringkas saya mengenai harga kereta yang dijual di negara ini yang berbeza dengan negara luar.

Sebenarnya tak payah cari fakta yang susah pun. Benda ni boleh fikir dengan logik akal. Tapi saya akan sediakan beberapa rujukan yang boleh dijadikan sandaran untuk isu ini.

1. Isu harga ni dulu pernah dimainkan ketika iklan yang lebih kurang sama melibatkan Proton Persona di Arab Saudi.

2. Berdasarkan gambar yang tertera yang dimainkan di laman sosial hari ini, kita dapat lihat dan terang-terang ditulis LIMITED TIME.

3. Maknanya, selepas convert to RM, harga offer limited time dekat Aussie tu untuk PREVE MANUAL adalah lebih kurang RM48,000. Manakala harga PREVE MANUAL di MALAYSIA tanpa insurance/registration adalah dalam lingkungan RM55,000.

4. Jika tanpa limited offer yang tertera pada iklan ini, menunjukkan harga PREVE di Malaysia dan Australia adalah lebih kurang sama iaitu plus minus RM1,000 - RM2,000.

5. Proton di Malaysia juga buat offer yang sama dalam waktu tertentu.

6. Satu lagi dinyatakan dalam iklan tersebut ialah harga DRIVE AWAY, harga drive away ialah harga TAK termasuk insurans dan indicative di mana harga sebenar perlu di consult dengan dealer . Harga bergantung kepada dealer dan location.

7. Untuk rujukan berkenaan dengan drive away boleh rujuk www.carsales.com.au/info/clarity-in-pricing-popup.htm

8. Harga kereta mana-mana pengeluar kereta bergantung kepada dasar negara berkenaan, competitor, market size dan marketing.

9. Sebagai contoh di Arab Saudi, harga Proton Persona jauh lebih murah di sana berbanding di Malaysia kerana marketing dan harga competitor. Honda di Jepun pun jual lebih mahal di negara mereka sendiri berbanding Honda yang dijual di Arab Saudi. Semua kerana permintaan dan market size.

10. Kenapa tak banding harga PREVE di Indonesia yang jauh lebih tinggi berbanding harga PREVE di Malaysia?

11. Kalau Toyota atau Honda jual murah tak kan Malaysia nak jual mahal. Sedikit pengorbanan perlu dilakukan untuk capture market . Long term target is more important.

12. Malah first party insurance di Aussie mahal juga berbanding di Malaysia. Malaysia pula adalah car ownership termurah di Asia Tenggara . Car ownership ialah termasuk semua sekali termasuk Petrol, insurans dan lain-lain.

13. Kita boleh persoalkan tetapi bukan terus menghentam. InsyaAllah, artikel mengenai "KENAPA TUN MAHATHIR MEMANDU KERETA BUKAN BUATAN MALAYSIA (Selepas tersebar gambar Tun pandu kereta luar)" dan Perbandingan PROTON SUPRIMA dengan model-model yang sama kelas dengannya.

Honda City Baru berkonsepkan Selera Pengguna

Posted by Admin2u on Thursday, 13 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

KONSUMER setia Honda di negara Taj Mahal pasti gembira kerana model serba baharu Honda City 2014 rasmi didebutkan secara global di India.

Susulan pelancaran global itu, model sedan segmen-B berkenaan baru sahaja dilancarkan di peringkat Asean di Thailand dengan tawaran enam varian. Harga bagi model tersebut bermula 550,000 baht.

Edisi 2014 merupakan generasi ke-6 dan di negara asal produksinya, Honda City disebut sebagai kereta kecil. Sebenarnya rekaan pertama model City adalah hatchback saat model konsep itu diperkenalkan kepada umum.

Namun seiring perjalanan waktu dan keperluan pengendalian yang dipengaruhi selera konsumer, City melalui transformasi menjadi sebuah sedan kecil.

Perubahan dari model hatchback ke sedan kecil dimulai dari generasi ketiga yang dikenali sebagai Honda City Type-Z sekitar akhir tahun 1990-an. Kini kehadiran model baharu City mampu menjadi indikator kukuh bagi tahun 2014.

Penampilan City terbaru sangat berbeza dengan versi sebelumnya. Di Jepun, sedan kompak tersebut menggunakan nama Honda Fit Aria. Pemakaian platform Honda Jazz atau Honda Fit menjadi alasannya kerana tampilan City 2014 cenderung mirip Jazz 2014 yang terlebih dahulu dilancarkan.

Jika dilihat pada model berkenaan, City memiliki muncung depan yang lebih landai. Rekaan Jazz sangat jelas terlihat untuk grill dan lekukan di tepi badan. Garis lekuk mulai dari pintu depan sehingga di lampu belakang.

Bahagian depan dan belakang kelihatan segar dan menarik. Bentuk bampar lebih sporty ditambah lampu kabus yang direka agresif dan rekaan lampu belakang mirip sedan kelas premium.

Dimensi City menjadi lebih besar di mana lebih panjang sekitar 25 milimeter (mm). Bahagian jarak roda juga bertambah 50 mm dan penambahan tinggi bumbung 10 mm. Namun begitu ukuran lebar City masih lagi dipertahankan. Hasil perubahan saiz berkenaan memberikan ruang kabin yang lebih selesa dan luas.

Sementara itu, di bawah hud City masih mempertaruhkan enjin 1500 cc dengan teknologi SOHC 4 silinder i-VTEC. Enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa 117 hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 146 Nm pada 4,700 rpm.

Namun begitu di India spesifikasi enjin sedikit berbeza dengan kuasa kuasa 117hp pada 6,600 rpm dan tork 145 Nm pada 4,600 rpm. 

Honda City serba baharu kini juga didatangkan dengan kotak gear CVT 7-kelajuan menggantikan model sebelum ini dengan kotak gear lima kelajuan automatik.

Malah di pasaran India, Honda memberi tambahan pilihan enjin berteknologi diesel 1.5 L DOHC 4-Silinder i-DTEC.

Sementara untuk keselamatan, Honda City yang dilancarkan di India dilengkapi dengan dua beg udara SRS, ABS, EBD dan kawalan kruise. Tetapi konsumer di Thailand menerima ciri keselamatan yang lebih tinggi iaitu ABS, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Penghidup Bukit dan Emergency Stop Signal.

Sementara bagi varian V+ dan SV+ menawarkan penambahbaikan beg udara i-Side dan beg udara tirai yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam beg udara. Bagi varian yang memiliki tanda plus ‘+’ turut menerima kamera pandang belakang pelbagai sudut dengan tiga peringkat pelarasan.

Di Thailand enam varian ditawarkan bermula dengan model asas, S MT dijual pada harga 550,000 baht (RM55,650), S AT: 589,000 baht (RM59,600), V: 649,000 baht (RM65,670), V+: 689,000 baht (RM69,720), SV: 734,000 baht (RM74,270) dan SV+: 749,000 baht (RM75,790).

Sebagai sebuah kereta bandar yang memiliki pasaran sendiri, Honda semakin serius menggarapnya. City serba baharu kini memanjakan konsumernya.

Bahagian kabin didatangkan dengan sistem hiburan skrin sentuh 7 inci di mana menyokong antara muka telefon pintar dan sistem penghawa dingin automatik dengan panel kawalan sentuh untuk SV dan SV + (varian lain hadir dengan penghawa dingin manual dan sistem audio standard).

Ciri-ciri lain termasuk keyless entry bersama butang penghidup push start dan stereng pelbagai fungsi bersama pedal shifter, kawalan kruise, butang kawalan audio dan tukaran telefon tanpa ganggang untuk SV dan SV+.

Didatangkan dengan tujuh warna pilihan, Honda menyatakan generasi City yang keenam itu adalah hasil pembangunan berasaskan keperluan dan selera konsumer di India, Thailand, Indonesia, dan beberapa negara Asean lain.

PREVE' Berkemampuan Menyelamatkan Nyawa dalam Kemalangan Serius

Posted by Admin2u on Thursday, 6 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Insiden yang berlaku terhadap Afill Amalina Lokman jadi bukti

Keselamatan antara perkara yang paling utama selalu bermain difikiran sesiapa pun ketika ingin membeli kereta. Tetapi, bagaimana untuk memastikannya? Seorang jururawat Hospital Serdang, Afill Amalina Lokman, 26 tahun, mampu untuk memahami dan menimba pengalaman berguna dari satu insiden sebenar.

Amalina memandu Proton Preve berwarna perak dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pada awal Januari lalu, sebelum dia gagal mengawal kenderaan pada pukul 6.30 pagi. Kereta yang dipandu Amalina terbalik sebanyak tiga kali dan menghancurkan hampir keseluruhan bahagian luaran kereta. Juga, enjin keretanya ‘ditolak’ keluar dari bahagian bonet hadapan.

“Apa yang saya ingat hanyalah ketika kereta mula hilang kawalan dan saya cuba mengawal kenderaan melalui stereng. Apa yang berlaku sedetik selepas itu ialah kereta mula terbalik,” ujar Amalina.

Selepas melalui pengalaman yang mengerikan itu dan kereta berhenti berpusing, Amalina masih dapat membuka pintu kereta dan melangkah keluar dengan selamat. Saat itu barulah dia sedari yang beliau terlibat dalam kemalangan besar.

Apabila berlakunya kemalangan serius seperti ini di Malaysia, persoalan biasa yang berlegar adalah; “Adakah pemandunya mati?” atau “Berapa teruk kecederaan yang dialami pemandu?”

Tetapi, sesuatu yang menakjubkan bagi kes Amalina; dia sekadar mengalami calar pada jarinya dan doktor yang merawat beliau memberitahu bahawa tiada kecederaan dalaman yang dialami dan dia juga tidak mengalami sebarang impak gegaran. Amalina hanya perlu berehat secukupnya untuk kembali pulih.

Preve terbalik dan enjin ‘ditendang’ keluar telah menjadi berita hangat dalam ruangan media sosial. Dan mereka yang kurang mahir dan maklumat terus membuat andaian bahawa, “Proton tidak memasang bolt enjin ke casis dengan betul.”

Buat mereka yang memahami fungsi dan spesifikasi ujian NCAP, pastinya memiliki penjelasan mengapa enjin ditendang keluar dari ruangnya di bawah hud depan.

Mendapatkan penjelasan Proton mengenai insiden ini dan juga aspek keselamatan bagi Preve, Proton menjelaskan bahawa terdapat dua aspek keselamatan kereta yang perli difahami, iaitu keselamatan aktif dan keselamatan pasif.

Keselamatan aktif adalah kemampuan kereta untuk mengelakkan dari kemalangan, sebagai contoh dengan adanya ciri sistem anti-lock brakes (ABS). Keselamatan pasif pula ialah kemampuan kereta melindungi penumpang daripada kecederaan terus ketika terlibat di dalam kemalangan, ini termasuk penggunaan beg udara dan ketahanan kenderaan.

‘Hot Press Forming’
Ketua Pegawai Operasi Strategik dan Pengurusan Projek Proton, Abdul Rashid Musa menjelaskan; “Semasa merekabentuk Preve dan Suprima S, tiga perkara dipertimbangkan serius: keselamatan, prestasi dan pengendalian. Keselamatan sentiasa diutamakan, tambahan pula komitmen dan keperluan untuk mengaplikasi Hot Press Forming (HPF) untuk kenderaan masa kini dan akan datang.”

Dalam bahasa mudah, HPF merupakan kaedah bagi menghasilkan keluli ringan yang berketeguhan tinggi, digunakan untuk bahagian rangka kenderaan. Ia melibatkan proses pemanasan keluli pada suhu tinggi dengan proses penyejukan pantas. Kemudian, dengan bahan kimia yang digelar boron, keluli yang dihasilkan daripada proses ini akan menjadi lebih kukuh.

Ini menjelaskan mengapa Amalina mampu membuka pintu kereta walaupun selepas ia terbalik dan berpusing beberapa kali. Kita membaca banyak aduan kebanyakkan kereta yang terlibat dengan kemalangan teruk seperti ini tidak dapat dibuka pintunya dan menyebabkan anggota penyelamat perlu memotong pintu kereta.

Enjin dilucut
“Enjin Preve pula direka sedemikian untuk membolehkannya ‘ditendang’ keluar apabila berlaku impak tinggi, dan bukannya teralih ke bahagian kabin dan menghimpit kaki pemandu,” kata Rashid. Penjelasan ini antara lain membuktikan bagaimana Preve memperolehi kedudukan 5-bintang Australia New Car Assesment Programme (NCAP).

Atas alasan mengapa Proton memilih Australia NCAP dan tidak ASEAN NCAP, Rashid menjelaskan; “Australia NCAP ada ujian tambahan yang tidak terdapat di dalam ASEAN NCAP.”

Proton membangunkan kereta itu pada tahap keselamatan yang terbaik, dan Amalina, tidak gentar malah memilih untuk terus berdiri di samping Preve. Ketika ditanya sama ada akan menukar kenderaan lain menggantikan Preve selepas ini, Amalina menjawab; “Pastinya saya akan kekal dengan Preve, cuma mungkin warnanya merah kali ini.” - Adam Aubrey

Sumber BHAuto

Automotif | Global Small Car Proton Bakal Mengantikan Savvy

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...


Proton Bakal Pengganti Savvy Dirakam Di Sweden? (5 Foto)
Selepas Proton mengumumkan model pengganti Perdana, kini ada ura-ura mengatakan Proton bakal mengeluarkan model penggganti bagi Savvy. Berita ini mula tersebar luas apabila beberapa keping gambar ujian model berkenaan dilakukan di Sweden. 

Bagaimanapun setelah melihat gambar tersebut, KisahBest.My percaya model kereta ini direka juga bagi cuaca sejuk di beberapa buah negara. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Baru-baru ini, ‘paparazzi’ Automedia telah berjaya mengambil gambar kereta Proton Global Small Car (GSC). Gambar berkenaan dirakamkan nun jauh di Sweden, sedang dipandu uji dalam keadaan jalan dilitupi salji. Dipercayai, GSC sedang melalui proses ujian untuk menentukan keupayaannya dikendalikan dalam cuaca sejuk.

proton20141
Menurut jangkaan Automedia, GSC akan dilancarkan Proton seawal-awalnya suku tahun ini. Nama bagi kereta ini juga dikatakan sudah pun dipilih berdasarkan satu pertandingan yang diadakan.

Berdasarkan gambar, saiz GSC nampaknya kelihatan besar sedikit daripada Savvy. Sama-sama kita nantikan produk terbaru Proton ini..

proton20142
proton20143
proton20144

Selamat Datang ke Oh Buletin

Posted by Admin2u on Monday, 3 February 2014 | 4 comments | Leave a comment...

Assalamulaikum dan Selamat Datang Ke Oh! Buletin... 
Oh Buletin atau Oh! Buletin Merupakan Website berbentuk Blog Buletin yang Memaparkan dan Menyampaikan Berita Terkini, Isu-Isu Semasa, Kisah-Kisah Politik, Slot Agama, Perkongsian Informasi dan Tips, Hiburan, Sukan, Bisnes, Koleksi Cerita Lawak, Pelik, Seram dan Lain-Lain kepada Setiap Lapisan Umum Masyarakat yang Melawat Website Ini.


Kami menyambut kedatangan Anda dengan Tangan Terbuka bagi memeriahkan lagi Keadaan di Oh Buletin.
Segala Teguran Membina Amat kami hargai bagi meningkat dan menambahbaikkan Website Blog Oh Buletin ini.

Sekian Terim Kasih.
Admin2u
(Admin Oh! Buletin)

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger