Global | Jutaan Penumpang di London Terkandas
Posted by Admin2u on Thursday, 6 February 2014 | 0 comments
LONDON - UNITED KINGDOM. Jutaan penduduk menghadapi masalah pengangkutan sejak kelmarin apabila ratusan pekerja sistem kereta api bawah tanah melancarkan mogok yang memasuki hari kedua.
Tindakan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan akan menutup kaunter tiket sekali gus mengakibatkan 1,000 pekerja hilang pekerjaan.
Keadaan makin tegang apabila, perbincangan antara Datuk Bandar London Boris Johson dan Ketua Sistem Pengangkutan Bawah Tanah London Bob Crow serta dua syarikat kereta api bawah tanah terbesar di Britain, Rail, Maritime and Transport (RMT) dan Persatuan Pengangkutan Pekerja (TSSA) kelmarin gagal mencapai kata sepakat.
Media tempatan melaporkan, ribuan pengguna pengangkutan awam terpaksa menaiki bas dan teksi.
“Mereka berbaris panjang untuk menaiki bas dan teksi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Sebahagian daripada mereka berbaris hampir dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan itu dan ramai yang lewat tiba ke pejabat,” menurut laporan itu.
Difahamkan mogok berkenaan menyebabkan kerugian 50 juta pound (RM270 juta) sehari, laporan dipetik dari Reuters.
Sumber Sinar Harian
0 comments for "Global | Jutaan Penumpang di London Terkandas"
Leave a reply