Tinggal di Wakaf Kerana Terpaksa
Posted by Admin2u on Wednesday 12 February 2014 | 0 comments
Kuantan: “Saya sudah terbiasa tidur bertemankan binatang buas, malah pernah terserempak dengan harimau pada waktu malam.
“Walaupun kecut perut, namun saya sedar itulah risiko tinggal di sini,” kata seorang ibu tunggal yang terpaksa menjadikan sebuah wakaf di kawasan perkelahan Hutan Lipur Beserah, di sini, sebagai kediamannya.
Wan Saribanu Wan Teh, 51, bersama tiga anak, menantu serta dua cucunya tinggal di wakaf berkenaan sejak lapan bulan lalu selepas rumahnya di Tanah Putih, dekat sini, rosak sejak dilanda banjir pada tahun lalu.
Katanya, walaupun sedar mereka sekeluarga terdedah dengan ancaman binatang buas, namun dia tiada pilihan lain dan terpaksa ‘mendiami’ wakaf berkenaan untuk sementara waktu sebelum menjumpai rumah yang sesuai.
Menurutnya, dia bergantung harap pada dua anaknya yang masing-masing bekerja sebagai buruh dan pencuci kereta untuk menampung perbelanjaan mereka anak-beranak, namun pendapatan kedua-dua anaknya itu tidak tetap.
Sumber HMetro
Admin: Banjir tahun lalu dengar kata berjuta2 yang di perolehi dari badan2 dalam dan luar negara.. Kemana perginya semua tu?
0 comments for "Tinggal di Wakaf Kerana Terpaksa"
Leave a reply