Maya Jahit Lidah Utk Kekal Kurus??

Posted by Admin2u on Sunday, 16 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Caracas: Walaupun sudah berbelanja sebanyak AS$7,000 (RM23,000) untuk pembedahan hidung dan membesarkan payu dara bagi memenuhi impiannya memenangi Ratu Venezuela, Maya Nava merasakan semua itu tidak pernah mencukupi. Malah gadis berusia 18 tahun itu sanggup mengambil langkah drastik menjahit plastik di lidahnya semata-mata untuk memastikan beliau kekal kurus. 

“Ia membuatkan saya turun berat badan dengan lebih cepat,” katanya kepada rancangan Extreme Beauty Queens: Secrets of South America yang disiarkan oleh BBC3. 

Ambil makanan cecair 
“Anda makan (benda) sama tetapi dalam bentuk cecair,” katanya yang mengakui jahitan lidah akan membuatkan beliau terlalu sakit jika memakan makanan pejal. 

Maya adalah salah seorang daripada ribuan gadis remaja yang terlalu taksub untuk dimahkotakan sebagai Ratu Venezuela dan keluarga mereka pula akan melakukan apa saja untuk mencapai impian berkenaan. 

Jaminan masa depan 
“Ia akan memberi jaminan masa depan untuk saya dan keluarga. Ia membolehkan kami untuk meninggalkan kawasan perumahan miskin ini,” katanya. 

Keazaman Maya untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Beliau tinggal di kawasan perumahan Santa Cruz di Caracas di mana satu pembunuhan dilaporkan berlaku setiap 40 minit. 

Dengan mencatatkan kemenangan paling banyak dalam Ratu Dunia berbanding negara lain dan memiliki 50 juta penonton televisyen bagi pertandingan akhir di peringkat kebangsaan, pertandingan ratu cantik disifatkan sebagai satu perniagaan besar di Venezuela. 

Raja Kecantikan 
Diselia ‘Raja Kecantikan’ negara itu, Osmel Sousa, 67, peserta menghabiskan masa enam bulan hingga ke peringkat akhir dalam satu ‘bootcamp’ kecantikan di mana kamera sering memerhati mereka dan pembedahan menjadi rutin. 

Miss Venezuela House dikendalikan orang seperti Sousa yang sentiasa memeriksa perkembangan gadis berkenaan dan sering memberikan nasihat. Malah beliau menggunakan ketajaman matanya untuk kesempurnaan bahagian yang perlu diperbaiki. 

Tetapi tidak semua bersetuju dengan pembedahan melampau yang perlu dilalui peserta. Ibu kepada seorang peserta, Lara menegaskan bahawa anak perempuannya enggan melakukan pembedahan kerana ia akan menjadi satu pertandingan yang tidak adil. 

AGENSI / BHarian.

Imam Masjid Mintak Dia Bertaubat,,

Posted by Admin2u on Thursday, 13 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Kuala Terengganu: “Dia (Haslinda) sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberinya peluang kembali ke pangkal jalan. Jadi, saya menasihatkan dia supaya segera bertaubat kerana dosanya amat besar.” (cerita sebelumnya)

Itu kata Imam Besar Masjid Negeri Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz mengenai kejadian menimpa Haslinda yang sebelum ini menggunakan batu mani gajah sebagai tangkal untuk memikat dan mengikis wang lelaki. 

Menurutnya, Haslinda wajib kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana perbuatan menggunakan tangkal adalah syirik kerana batu mani itu menjadi istimewa dengan bantuan syaitan.

“Percaya kepada kuasa yang ada pada makhluk boleh menandingi kekuasaan Allah sebenarnya perbuatan menyalahi hukum agama dan perlu pulang ke pangkal jalan,” katanya. 

Pengamal Perubatan Tradisional Azman Ahmad, 38, pula berkata, kebiasaannya pengamal ilmu hitam akan menyeru semangat yang dipuja pada jenglot atau dikenali juga anak kerak untuk menimbulkan gangguan kesihatan dan pemikiran mangsanya.

“Jenglot biasanya diamalkan pengamal perubatan dari tanah seberang dan patung itu perlu dipuja untuk menghidupkan kuasanya,” katanya.

Lelaki Kelar Isteri di Penjara

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

SEREMBAN – Seorang suami yang bertindak kejam mengelar isterinya, 30 November tahun lalu dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, semalam.

Tertuduh, Mas Nurazslan Abdoll Mulop, 30, yang memakai pakaian lokap warna merah berada dalam keadaan tenang menerima keputusan tersebut yang dibacakan oleh Hakim Datin Anita Harun.

“Setelah meneliti segala dokumen, fakta kes, laporan perubatan dan mengambil kira pengakuan tertuduh terhadap perbuatannya, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun berserta tiga kali sebatan, bagaimanapun hukuman denda tidak dikenakan terhadap tertuduh,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya, Nor Haffazalina Mohd, 30, dengan menggunakan pisau kira-kira jam 7 malam di Blok A Ampangan, Seremban, pada 30 November tahun lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farid Mohd Mokhtar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat selepas isterinya dilaporkan meminta cerai.

Mangsa, Nor Haffazalina yang ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan menerima 80 jahitan.

Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara.

Nor Haffazalina kini dilaporkan berada dalam keadaan trauma serta tertekan untuk berhadapan dengan masyarakat berikutan luka yang dialaminya itu merupakan cacat kekal.

Misteri Pokok Petai Tidak Boleh Di Tebang

Posted by Admin2u on Wednesday, 12 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

PASIR MAS - “Kami sama sekali tidak akan membenarkan pokok petai ini ditebang,” tegas penduduk Kampung Binjai, Bunut Susu, di sini.
Ia berikutan pihak berkuasa tempatan (PBT) datang untuk menebang pokok yang didakwa mengeluarkan bunyi kanak-kanak menangis dan mengeluarkan air seakan-akan air mata, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Abdul Razak Manaf, 57, berkata, pokok itu telah banyak berjasa kepada penduduk kampung dengan mengeluarkan hasil yang banyak sebelum ini.

Menurutnya, mereka tidak akan semudah itu membenarkan pihak Majlis Daerah Pasir Mas untuk menebangnya hanya kerana dikhuatiri boleh menyebabkan orang ramai melakukan perbuatan menyalahi agama Islam.

Katanya, pihaknya mengambil serius perkara tersebut dan tidak akan membenarkan sesiapa yang cuba melakukan perkara bertentangan dengan agama di pokok tersebut.

“Lagi pun pokok petai tersebut di bawah jagaan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Bechah Semak.

“Kami membuat pengawasan 24 jam dan pihak yang berniat serong tidak akan berkesempatan melakukannya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, mereka mengalu-alukan orang ramai yang ingin datang melihat keajaiban ciptaan ALLAH SWT.

Sementara itu, Ismail Loman, 57, berkata, malam kelmarin orang ramai tidak putus-putus datang ke kawasan tersebut untuk melihat lebih dekat kejadian pelik itu.

“Paling jauh ada yang datang dari Besut, Terengganu, dengan dua kenderaan, manakala selebihnya adalah penduduk dari sekitar Pasir Mas dan daerah berhampiran.

“Kami anggarkan lebih 100 orang datang seawal jam 8 malam hingga ke subuh,” katanya.

Menurutnya, pada malam kelmarin, pokok petai itu hanya menghasilkan titisan air sahaja dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Ismail berkata, pokok itu mulai mengeluarkan air selepas waktu Maghrib hingga ke Subuh.

25 Ekor Hantu Dalam Badan? Fuh...

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Shah Alam: Ibu kepada pensyarah Zara Eleena memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril Suhaimi memaklumkan konon dirinya (wanita itu) sakit disebabkan ada 25 hantu dalam badannya dan perlu ‘berubat’.

Saksi keempat pendakwaan, Normaliah Mahmood, 53, berkata, Mohamad Zul Shahril atau dikenali Shah yang juga teman lelaki anak tunggalnya memaklumkan cara ‘mengubati’ dirinya dengan tidur selain menyelongkar rumah mereka termasuk memeriksa barang kemas miliknya dipercayai untuk mencari hantu. 

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin, suri rumah itu berkata, dia mula mengenali Shah ketika lelaki itu datang ke rumah mereka di Taman Kinrara, Puchong 15 Februari 2012 selepas dia mengadu sakit kepada Zara Eleena. 

“Selepas mengadu sakit, saya terdengar Zara Eleena atau panggilan mesranya Yaya menghubungi seseorang menyoal di manakah orang itu berada sebelum Shah datang bersama dua lagi lelaki tidak diingati.

“Ketika itu, Shah kata saya ada sakit dengan 25 hantu pada diri saya, walhal saya tak bela dan saya takut dengan hantu,” katanya.

Sumber HMetro

Seram | Diganggu Penunggang Motosikal Yang Kemalangan

Posted by Admin2u on Wednesday, 5 February 2014 | 0 comments | Leave a comment...

Kisah yang ingin diceritakan ini adalah kisah benar yang telah di ceritakan oleh Abang kepada seorang insan yang mempunyai kelebihan melihat benda-benda alam ghaib sejak dari kecil lagi yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa.

Permulaan peristiwa ini berlaku di satu kawasan di negeri Selangor berhampiran UIA iaitu diselekoh di jalan Sungai Pusu. Ketika itu, beliau sedang menunggang motosikal sendirian untuk pergi kerumah rakannya di Sungai Pusu. Pada malam waktu kejadian, suasana amat dingin disebabkan hujan yang baru berhenti dan ditambahkan lagi suasana sekeliling yang dipenuhi dengan pohon-pohon besar dikiri kanan jalan tersebut.

Ketika menghampiri selekoh jalan tersebut beliau memperlahankan motosikal dan pada ketika itu terdapat sebuah kereta dari arah bertentangan. Tanpa diduga sebuah motorsikal yang datang dari belakang dan memotong dengan laju dan terus melanggar kereta tersebut. Penunggang tersebut terpelanting disebabkan pelanggaran tersebut dan apa yang mengejutkan kereta tersebut berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku.

Atas sifat kemanusiaan dan rasa simpati, beliau berhenti untuk menolong penunggang motosikal tersebut. Penunggang tersebut mengalami cedera parah di mukanya sehinggakan darah yang mengalir menutupi seluruh mukanya. Beliau tidak tahu nak buat apa lalu menahan beberapa kereta yang kebetulan lalu di jalan itu. Beliau memberitahu pemandu kereta bahawa ada kemalangan namun jawapan yang diterimanya mengejutkan beliau kerana mereka tidak nampak ada kemalangan. Beliau menunjukkan kepada penunggang motosikal yang terbaring itu, namun mereka semua memberitahu tidak nampak apa-apa pun. Lalu pemandu2 kereta berlalu pergi dan mengatakan beliau sudah gila.

Bertambah hairan beliau mengapa beliau seorang yang nampak, sedangnya pemandu2 kereta yang lain tidak nampak apa-apa. Ketika beliau kembali nak melihat penunggang motosikal tersebut tiba-tiba penunggang motosikal itu bersama dengan motosikalnya ghaib dengan tiba-tiba. Beliau terkejut dan perasaan seram datang dengan tiba2 kerana memikirkan mungkin dia seorang yang melihat kejadian itu. Beliau mengambil motosikal dan terus balik kerumah dan membatalkan niat untuk pergi kerumah kawan.

Ketika menunggang motosikal pulang kerumah dia perasan ada orang mengekorinya dan beliau menoleh ke belakang dan amat terkejut dimana penunggang yang kemalangan mengekori beliau. Beliau memandu dengan laju namun penunggang motosikal tersebut masih mengekorinya.

Sampai saja di rumah sebelum dia masuk ke rumah dia melihat kebelakang dan nampak penunggang motosikal tersebut masih ada. Lalu beliau berkata walaupun dengan perasaan cemas kepada penunggang motosikal tersebut "kamu jangan ganggu aku dan jangan masuk kedalam rumah aku."

Ketika beliau berada di dalam rumah beliau melihat penunggang motosikal masih ada di luar dan cuba masuk dengan mencakar tingkap rumah. Namun perkara itu hanya di dapat dilihat oleh beliau sahaja dan keluarga beliau tidak mengetahuinya.

Setelah 3 hari berlalu dan apabila malam menjelma, perkara yang sama berlaku dan ketika masuk hari keempat ketika beliau menonton TV, tiba-tiba penunggang motosikal itu telah masuk kerumah dan berada berhampiran adik lelaki. 

Beliau bertanya pada adiknya adakah melihat penunggang motosikal tersebut, namun adiknya memberitahu tidak melihat apa2 pun. Beliau bangun tanpa mengendahkan penunggang motosikal itu untuk pergi menunaikan solat. Ketika menunaikan solat tiba-tiba penunggang motosikal itu berada di depan beliau. 

Selesai sahaja dia solat, dengan perasaaan geram dan tanpa takut beliau bertanya kepada penunggang motosikal "aku dah lama bersabar dengan kamu, kali ini aku tak tahan sebab kamu telah menggangu hidup aku. Apa sebabnya kamu menggangu aku?"

Lalu jawablah penunggang motosikal itu “aku telah mati disebabkan kemalangan motosikal. Ketika aku kemalangan aku di dalam keadaan mabuk. Aku adalah manusia yang tidak berguna semasa hayatku dahulu. Arak bagiku satu perkara biasa. Tiada perasaan serba salah dalam diriku apabila aku meneguk arak. Mabuk tidak kira waktu juga sudah menjadi kebiasaan. Penyesalan sudah tidak berguna lagi. Kini aku perlu berhadapan dengan hukuman yang maha Esa atas kebodohan ku semasa aku hidup. Siksanya aku semasa bertarung nyawa untuk ke alam lain. Hanya satu permintaan ku, sedarkanlah sahabat seagamaku di muka bumi ini yang telah terpesong jauh dari landasan. Jauhi arak, jauhi zina kerana ia merosakkan kehidupan kita. Siksanya hukuman Tuhan di alam barzakh nanti. Mati tidak mengenal usia. Sedarlah betapa hebatnya kesan meminum arak yang boleh merosakkan hidup manusia”.

Beliau menjawab "Aku berjanji akan sebarkan beriata ini dengan syarat kamu tak ganggu aku"

Selepas beliau bercakap penunggung motosikal itu pun hilang dengan tiba-tiba.

Atas peristiwa itulah beliau memberitahu abangnya supaya ceritanya dapat disampaikan kepada orang lain.

Itulah cerita yang diberitahu kepada Admin dan ada beberapa cerita lagi yang diceritakan kepada admin mengenai kisah adik beliau.

Semoga cerita diatas menjadi pedoman kepada kita semua. Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak yang mabuk memandu kenderaan di jalan raya adalah satu keadaan yang sangat merbahaya, baik terhadap diri peminum itu sendiri mahupun orang ramai. Kemalangan atau kecelakaan lalulintas akan berlaku yang mana boleh mengakibatkan kecerderaan dan menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa. Malah si peminum arak itu sendiri akan mengalami kecederaan atau kecacatan pada anggota tubuh badannya, kurang siuman sekiranya mengenai bahagian otaknya paling malang lagi apabila membawa kepada kematian si peminum itu sendiri.

Tedung Selar Ragut Nyawa

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Butterworth: “Sebelum ini, saya pernah melarang kerana hobinya itu sesuatu yang bahaya tetapi dia teruskan juga kerana minat dengan pertunjukan ular,” kata Aziz Bakar, 50, bapa tiri kepada Mohd Sufian Mohd Zain, 22, yang disahkan meninggal dunia akibat dipatuk ular tedung selar kira-kira jam 8.55 pagi semalam.

Terdahulu dalam kejadian di Sungai Petani Kedah, Sabtu lalu, mangsa yang cuba menangkap reptilia berbisa sepanjang empat meter itu tidak sedarkan diri selepas dipatuk ular berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sunga Petani, Kedah. 

Bagaimanapun, selepas empat hari bertarung nyawa dan mendapat rawatan di wad di HSAH, Mohd Sufian disahkan meninggal dunia akibat terkena patukan reptilia berkenaan. 

Aziz, dari Taman KGN, Teluk Air Tawar di sini, berkata, secara peribadi dia memang tidak gemar dengan hobi anak bongsunya itu kerana boleh mengundang risiko pada bila-bila masa, bagaimanapun membiarkan arwah meneruskan aktiviti itu kerana ia adalah minatnya.

“Kadang-kadang dia tunjukkan gambarnya beraksi bersama ular yang ditangkapnya itu dan gambar itu disimpan di dalam komputer riba tetapi saya enggan melayan gelagatnya itu sebagai membantah hobi dianggap berisiko.

“Hinggakan ada kalanya kami bergaduh tetapi saya tidak mahu terlalu bertegas kerana arwah sudah minat dengan pertunjukan ular, mungkin sudah takdir dia meninggal akibat dipatuk ular dan saya reda dengan pemergiannya,” katanya. 

Berikutan minat mendalam mengenai reptilia itu, arwah sebelum ini kerap turut serta dalam pertunjukan ular bersama rakannya sejak menunjukkan minat dalam dunia menjinakkan dan menangkap reptilia berbisa itu setahun lalu. 

Seram | 20 Thn Merana di Ganggu Jin

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan.

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suis lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. 'Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling'

"SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup 'mengorbankan' keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam."

Begitulah luahan seorang wanita. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada 'belaan' keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

"Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai 'wali' ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan 'khadam' untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

"Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

"Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang 'ia' sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi 'amalannya' diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat dan perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

Seram | Diganggu 'Mayat' Selepas Pulang Dari Kubur

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

Proses pengebumian adalah proses akhir dalam menguruskan jenazah. Pada ketika inilah ramai orang akan berpusu-pusu menuju ke kawasan perkuburan untuk sama-sama membantu dan menyaksikan bagaimana jenazah itu dikebumikan dalam liang lahad. Terdapat pelbagai peristiwa pelik yang berlaku antaranya pengalaman seorang ustaz yang diganggu makhluk halus selepas pulang dari kubur. Namun mengapa ustaz itu diganggu?

Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami.

Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan. “Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,” pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

“Insya-Allah,” jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut.

“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. 

Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan. Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. 

Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran.

Seram | Hantu LRT

Posted by Admin2u on | 0 comments | Leave a comment...

KC, nama saya BLANKA cerita ini di sekitar tahun 2003..pada masa itu di kuala lumpur baru buat satu train yg macam MRT di singapore tu...

kisah ni diceritakan oleh kawan kepada saudara saya...yang mana dia sendiri mengalami satu kejadian di LRT tersebut...

Satu malam...train akhir dari KLCC ke salah satu destinasi, cik yati (bukan nama sebenar) bersama anaknya mizi berumur dalam lingkungan 4-5 tahun (bukan nama sebenar) dalam train terakhir tersebut dalam lingkungan pukul 11:30 malam.. 

Kebetulan sewaktu menaiki train tersebut, terdapat 3 orang wanita yg duduk berasingan...setiba dia perhentian pertama...ketiga-tiga wanita tersebut telah turun...tetapi..salah seorang dari wanita tersebut telah pergi kepada anak cik yati dan berkata..

"nakkk...xelok tinggalkan mak duduk dengan orang lain.." (tersenyum dan beredar keluar..) 

memandangkan anaknya kembali dduk disebelah...cik yati pun bertanya kepada anaknya.

"makcik tu cakap apa?"

anaknya pandang sebelah seperti ada seseorang sdg memndangnya dan memandang ibunya smula lalu menggelengkan kepala..

yati merasa pelik thadap anaknya itu...
kmudian membiarkan anaknya... dia memerhatikan anaknya yg masih lagi kejap kejap memandang dalam gerabak train tu..

mmndangkan tiada sesiapa dalam grabak tersebut..dia tidak mngambil endah walaupun dia rasa xsedap hati...

apabila sampai ke destinasi yg dituju..
setelah turun dari train...pak guard yg berada disitu turut sama terjenguk2 kedalam train...

setelah turun dan keluar dari stesen tersebut...dia bertanya skali lagi kepada anak nya..

"apa yg makcik tadi cakap kepada mizi dalam train sbntar tadi?"

mizi tidak menjawab soalan ibunya itu lalu bertanyakan sesuatu..

"ma, kenapa dalam train tadi mizi nampak smua orang pakai jubah putih ikat kat pinggang..ikat kat kaki..lepas tu dia pakai tudung..ikat keatas...selalu mizi nampak orang ikat tudung kat bawah leher je..patutla nenek tu cakap jgn bagi ma duduk dgn orang lain..dia suruh mizi teman ma"

terkejut dgn soalan dan kenyataan itu..cik yati segera mninggalkan tepat tersebut..rupanya train tersebut dipenuhi dengan POCONG.

dikhabarkan laluan bawah tanah train tersebut melalui salah satu kawasan tanah perkuburan di KL..

Ssekian.
Terima kasih kepada pengirim Blan

Seram | Nenek Kebayan Merayau Di Asrama Maktab Tentera Darat

Posted by Admin2u on Tuesday, 4 February 2014 | 1 comments | Leave a comment...

Misteri! Nenek Kebayan Merayau Di Asrama Maktab Tentera Darat | 
Sebut sahaja nenek kebayan, minda kita akan menggambarkan seorang nenek tua yang dilihat berjalan secara terbongkok-bongkok menyusuri jalan yang tidak diketahui. 

Sebuah kisah seram nenek kebayan yang dikaitkan dengan satu kejadian di sebuah asrama di Maktab Tentera Darat. Sejauh manakah dakwaan ini? KisahBest.My akan berkongsi artikel ini bersama anda untuk sama-sama kita nilaikan sejauh kebenaran kisah ini.


KEJADIAN ini berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi bersolat Jumaat di masjid berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang agak nakal ini cuba untuk ponteng. Dia menyorok di dalam almari pakaian dengan harapan tidak dapat dikesan warden.

Tetapi entah bagaimana, pelajar tersebut telah tertidur. Apabila sedar, hari sudah lewat petang. Pelajar itu menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu telah terkunci dari luar. Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang bersembunyi di dalamnya.

DAM! DAM! DAM!
Pelajar tersebut terus mengetuk pintu almari dan memanggil kawan-kawannya. Sunyi sepi. Namun tidak seperti biasa, hari itu tiada suara yang menyahut panggilannya. Rupa-rupanya, semua penghuni asrama telah pulang ke kampung kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan!


Kini tinggallah dia keseorangan. Tiada siapa dapat membantunya. Akibat suhu yang panas dan kekurangan udara, pelajar berkenaan akhirnya mati kelemasan.

Tragedi itu memulakan kisah misteri yang berlaku di asrama elit tersebut, sampailah hari ini. Kalau ada pelajar tidur di katilnya, arwah akan baring di sebelah mereka. Pintu almari juga akan diketuk-ketuk dari dalam, biasanya pada hari Jumaat dan lewat malam.

Kisah ini belum berakhir. Di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak pula berlaku satu kejadian menakutkan. Dini hari itu, seorang pelajar mengejutkan kawan di sebelah katil untuk menemaninya ke bilik air.

“Aku takutlah… aku dengar cerita tandas kita berhantu,” kata pelajar yang hendak ke tandas itu.

Sahabatnya tidak menjawab, hanya tersenyum dan menemaninya ke tandas. Selepas membuang hajat, pelajar pertama itu pergi ke singki untuk membasuh muka. Sebaik-baik paip dibuka dia terkejut. Yang keluar bukannya air, tetapi darah!

Dia menjerit memanggil sahabatnya yang masih di dalam bilik air. Tetapi suara yang menyahut panggilannya amat menakutkan. Garau dan pelik. Pelajar yang sedang ketakutan itu terus mengetuk pintu bilik air untuk mengajak kawannya pulang. Dan, kreeet…

Pintu terbuka, tetapi yang muncul bukanlah sahabatnya, sebaliknya lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Pelajar itu pengsan di situ juga!

Sebuah asrama puteri di Kelantan pula terkenal dengan kisah seorang nenek yang duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

Mengikut cerita, suatu malam seorang pelajar menyanyi-nyanyi seorang diri. Tiba-tiba pelajar itu terdengar ada suara pelik mengiringi nyanyiannya. Suara itu seperti suara seorang nenek dan alunannya amat meremangkan bulu roma.

Pelajar itu cepat-cepat menarik selimut dan memejamkan matanya. Dia cuba melelapkan mata tetapi gagal.

“Katil nombor satu dah tidur. Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga… pura-pura tidur!” tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan tua.

Pelajar itu menjengukkan kepala dan terkejut apabila melihat ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Menggerunkan
Anda pernah dengar cerita ini? Pasti pernah, bukan. Semua kisah misteri yang diceritakan itu ialah kisah-kisah seram yang sangat popular dalam kalangan pelajar asrama. Tanyalah kepada para pelajar asrama di mana-mana juga di negara ini, rata-rata tahu akan cerita tersebut.

Cuma persoalannya, adakah kejadian-kejadian itu benar-benar berlaku? Kalau berlaku, di mana?

Saya sengaja letakkan lokasi asrama-asrama tertentu, tetapi anda pergilah ke asrama berkenaan, pasti mereka menafikannya. Sebab, memang tidak ada kejadian seumpama itu berlaku di sana. Sedangkan, cerita yang sampai ke telinga kita mengatakan, memang kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan.

Mengapa ini terjadi? Dalam bidang kajian paranormal, kisah-kisah itu dikategorikan sebagai urban legends, atau lebih mudah difahami, cerita dongeng seram popular. Di Barat, ia dipanggil urban legends (dongeng bandaran), tetapi dalam konteks negara kita, istilah tersebut agak kurang sesuai.

Kembali kepada topik perbincangan kita: Perhatikan, cerita dongeng seram popular ini mempunyai beberapa ciri.

Pertama, ia berlaku kepada kawan kepada kawan, bukan kepada pencerita itu sendiri. Sebagai contoh, cerita tersebut disampaikan oleh pelajar bernama Maria.

Kata Maria, ia berlaku kepada kawannya, Shima. Apabila ditanya kepada Shima, pelajar itu mengatakan, sebenarnya ia terjadi kepada kawannya yang lain, Aishah. Begitulah seterusnya… tiada penghujung.

Untuk pengetahuan anda, apa yang sebenarnya berlaku adalah dalam rantaian sahabat itu, mereka saling mempercayai. Jadi bagi meringkaskan cerita, si A akan memendekkannya dengan berkata, ia berlaku kepada sahabatnya, B. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Cerita dongeng seram popular ini ringkasnya tidak diketahui berlaku kepada siapa, dan di mana. Ia tersebar dari mulut ke mulut, ke serata pelosok daerah.

Kedua, terdapat pelbagai versi. Sebagai contoh, ada versi mengatakan sebenarnya cerita seram di tandas itu berlaku ketika menjelang subuh. Pelajar lelaki itu pula melihat darah keluar daripada paip singki semasa mahu memberus gigi.

Versi lain pula mengatakan dia tidak pengsan di tandas, tetapi di dorm apabila mendapati kawannya itu sebenarnya sedang nyenyak tidur. Begitulah juga dengan kisah-kisah seram lain.

Ketiga, urban legends mengandungi pengajaran moral dan amaran. Misalnya, cerita pertama untuk menakutkan pelajar supaya jangan ponteng sembahyang Jumaat. Cerita nenek di atas almari pula bertujuan menakut-nakutkan pelajar supaya tidur pada waktu yang ditetapkan oleh pihak asrama.

Ciri keempat, cerita itu sangat aneh, janggal dan kadang kala lucu. Perhatikan cerita pertama itu. Tidak logik langsung ada pelajar yang sanggup menyorok di dalam almari untuk ponteng sembahyang Jumaat.

Tidak masuk akal pintu almari boleh terkunci dari luar, begitu juga tidak mungkin pelajar tersebut tidak dengar kawan-kawannya yang lain bergelak ketawa, berbual serta sibuk mengemas barang sebelum pulang ke kampung masing-masing.

Kisah-kisah urband legends ini lebih kurang sama cirinya dengan kisah hantu kum kum, hantu stoking dan lelaki tua penyabit kepala. Kisah-kisah itu sangat menarik dan kononnya ia berlaku di sesebuah tempat. Namun apabila dijejaki, semuanya palsu.

Hakikatnya, apa yang berlaku ialah semua kisah tersebut tersebar kerana ia menjadi bahan cerita paling digemari semasa para penghuni asrama ini berkumpul sebelum memejamkan mata. Ada juga dikatakan, antara cerita itu yang sebenarnya telah diubah suai daripada kisah-kisah urban legends di luar negara.

Anda tak percaya? Kalau ada mana-mana pelajar asrama yang betul-betul pernah mengalami kejadian seram seperti itu, saya cabar… sila hubungi saya sekarang.

Most Popular

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger