Pelik | Kaki Kura2 diganti dengan Roda

Posted by Admin2u on Tuesday, 4 February 2014 | 0 comments



Unik! Apabila Kaki Kura-Kura Ini Digantikan Dengan Roda (2 Foto) | Kura-kura merupakan haiwan yang bercangkerang dan merupakan antara haiwan yang berjalan lambat. Terdapat seekor kura-kura yang telah mengalami masalah kakinya yang cedera di sebelah kanan. 

Ekoran daripada masalah itu, doktor terpaksa mengambil keputusan untuk memotong kakinya agar jangkitan kuman tidak merebak ke bahagian yang lain. Tetapi naluri seorang manusia yang sememangnya mahu membantu kura-kura ini, telah bertindak mencipta sebuah roda menggantikan kakinya yang dipotong sebelum ini. Sedikit sebanyak ia dapat membantu kura-kura ini bergerak ke satu-satu tempat.

KURA1
Di Jerman, seekor kura-kura bernama Schildi yang kakinya telah dipotong diberi roda LEGO untuk menggantikan kakinya.

Ketika ditinggalkan oleh pemiliknya, binatang itu dalam keadaan yang sangat buruk, bahagian bawah kaki depannya sudah hilang dan ulat telah memakan bahagian atas.

Dr Panagiotis terpaksa memotong kaki kura-kura itu dan mencari cara altenatif iaitu dengan menggantikan kaki kura-kura itu dengan roda lego. Dengan roda lego menggantikan salah satu kakinya itu, kini kura-kura itu boleh berjalan semula.

KURA2

Pin It

0 comments for "Pelik | Kaki Kura2 diganti dengan Roda"

Leave a reply

Most Popular

Buletin Archives

Recent News

Like Our FanPage

Follow Us

BackLink

    Blogged.my   Backlink - Waazin Blog      
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger